Monday, 20 August 2012

Hari Ini Raya!

Berakhirnya Ramadhan semalam Sabtu, 19 Ogos 2012, genaplah 30 hari kami berpuasa, rukun Islam keempat. Bermulalah Syawal bulan yang mulia..hari ini Aidilfitri disambut gembira tanda kemenangan memerangi hawa nafsu, menahan diri dari lapar dan dahaga..juga perkara-perkara yang membatalkan puasa..  Untuk semua yang beragama Islam 'Selamat Berhari Raya.. Minal Aidil Wal Faizin'

Saturday, 28 July 2012

Majlis Perpisahan En. Mohamad Sabri Ab. Rahman Dan Keluarga

Malam Ini Menanam Jagung
Malam Esok Menanam Serai
Malam Ini Kita Berkampung
Malam Esok Kita Bersurai

Tiga tahun terasa cepat berlalu..sedar tak sedar kali ini giliran En. Mohamad Sabri Ab. Rahman dan keluarga pula meninggalkan kami. En. Sabri yang memulakan tugasan di Pejabat MATRADE, Frankfurt pada  Ogos 2009 bakal pulang ke Malaysia for good pada awal bulan hadapan.. Jumaat, 27 Julai 2012 merupakan hari ke lapan (8) kami warga konsulat berpuasa di bumi Frankfurt... hari yang sama juga kami berkumpul beramai-ramai meraikan beliau dan keluarga di dalam majlis berbuka puasa di bangunan konsulat.

Saturday, 16 June 2012

Kunjungan Ziarah Ke Rumah En Gafurr Durmishi

Semalam Jumaat 15 Jun 2012, satu kunjungan ziarah telah dibuat oleh PERWAKILAN Frankfurt ke rumah En. Gafurr Durmishi yang merupakan salah seorang locally recruited staff di Pejabat Konsul Jeneral. Lebihkurang jam 12 tengahari, rombongan PERWAKILAN Frankfurt yang diketuai oleh Pengerusi PERWAKILAN Frankfurt, Puan Karen George Abraham sampai di kediaman beliau untuk berkongsi rasa kegembiraan beliau dan isteri mendapat anak lelaki. Anak kedua di dalam keluarga tetapi merupakan anak lelaki pertama bagi keluarga ini telah selamat dilahirkan 1 Mei 2012 lepas. 

Friday, 15 June 2012

Orange Morning Coffee ~ Puan Wan Nor Hasima Hj. Wan Abdullah

Jingga menjadi tema tuan rumah untuk morning coffee bulan ini.  Sana-sini jingga..mencipta keindahan tersendiri.. Puan Nor Hasima Hj. Wan Abdullah, tuan rumah morning coffee kali ini memilih untuk mengadakan majlis ini semalam, Selasa 14 Jun 2012 di kediaman beliau di Hattersheim. Majlis yang bermula jam 10:30 pagi itu, dimulakan dengan aktiviti makan-makan. Laksa penang dan nasi beriani ayam menjadi pilihan tuan rumah kali ini. Kuih-muih tidak ketinggalan. Majlis kali ini juga diisi dengan Parti Tupperware..tetapi kali ini didemonstrasi oleh Puan Ku Asma Muehlenberg pula.. Terima kasih kepada semua yang hadir, terima kasih atas sokongan yang diberi..

Wednesday, 6 June 2012

Congrats!

Piala kemenangan milik Frankfurt lagi! Itulah keputusan rasmi Karnival Sukan Tahunan Berlin-Frankfurt terbaru. Berlangsung di Berlin, karnival tiga hari yang bermula dari Jumaat, 1 Jun dan berakhir Ahad, 3 Jun tersebut mempertaruhkan acara ping-pong, golf, bowling dan badminton.

Berkumpul sekali setahun untuk bersukan bersama ternyata menambahkan kemesraan yang ada, keeratan terasa. Terima kasih semua. Tahun depan, kami pula menjadi tuan rumah.. silakan semua.. turun ke Frankfurt pula!