Saturday 11 February 2012

Kegembiraan Berganda..

Hadirnya menambah seri dalam keluarga.. Fatima Zahra nama diberi.. bayi comel Puan Norsyika Diana seberat 3.3kg ini lahir normal pada pagi Khamis, 12 Januari lepas di salah sebuah hospital di bandar Frankfurt. Bertujuan bertanya khabar dan mendengar cerita, PERWAKILAN Frankfurt diketuai oleh Puan Karen George Abraham telah pergi bersama-sama melawat Puan Norsyika dan anak di kediaman beliau di Oberursel semalam, Jumaat 10 Februari 2012. Sentiasa ceria dan murah senyuman, Puan Norsyika menyambut kami dengan tangan terbuka.

Untuk Puan Norsyika dan suami.. tahniah sekali lagi diucapkan..kami doakan semoga Fatima Zahra menjadi anak yang solehah.. penyejuk hati ibu dan ayah..

Fatima Zahra yang comelnya..

Tuesday 7 February 2012

Maulud Nabi


Hari ini, Selasa 7 Februari 2012 keluarga besar Konsulat Jeneral Malaysia di Frankfurt berkumpul lagi di bangunan pejabat.. kali ini untuk sama-sama meraikan Maulidur Rasul yang jatuh pada hari Ahad lepas 5 Februari 2012 M / 12 Rabiulawal 1433 H. Majlis yang bermula jam 5:30 petang itu didahului dengan sembahyang maghrib berjemaah, tazkirah diikuti dengan bacaan yassin dan selawat ke atas rasul. Selesai berselawat, masing-masing menjamu selera yang dibawa khas oleh PERWAKILAN secara pot-luck terancang.

Friday 3 February 2012

Makan Lagi!

Jumaat 11 pagi, 2 Februari 2012..

Mengatur langkah berjalan seiringan.. kali ini ke kediaman rasmi Pengerusi PERWAKILAN Konsulat Jeneral Malaysia di Frankfurt, Puan Karen George Abraham.

Sepakat untuk menikmati hidangan tengahari secara pot-luck ala kampung.. nasi putih, ikan sumbat, singgang ikan.. ulam-ulaman dan sambal belacan tidak ketinggalan. Sambil makan sambil borak-borak, kesempatan ini juga digunakan untuk berbincang aktiviti-aktiviti PERWAKILAN yang bakal diadakan bulan ini dan bulan-bulan seterusnya.. hemm.. aktiviti apa ya? Tunggu liputan kami akan datang..

Sengaja tidak mengabadikan gambar-gambar aktiviti kali ini.. jemu mungkin asyik menatap wajah-wajah yang sama?