Saturday 29 April 2017

Sepetang Birthday BBQ di Kediaman Rasmi Yang Berbahagia Konsul Jeneral Malaysia



Sungguh Indah Bandar Sachsenhausen Pada Hari ini,
Bunga Berkembang Mekar & Sang Suria Menyinari,
Juadah BBQ adalah Tema Majlis Sambutan Hari Jadi,
Yg Berbahagia Puan Adina berdiri Anggun Manis Berseri


Ahli-ahli PERWAKILAN bersama Malaysian Club Deutschland turut hadir memeriahkan suasana Sepetang Birthday BBQ di Kediaman Rasmi Yang Berbahagia Konsul Jeneral Malaysia di Frankfurt


Pada pukul 1 tengahari sebentar tadi, berlangsungnya Majlis Sambutan Hari Jadi Yang Berbahagia Konsul Jeneral Malaysia di Frankfurt, Puan Adina Kamarudin di kediaman rasmi beliau yang terletak di Bandar Sachsenhausen. Di kesempatan dan ruang ini, PERWAKILAN ingin mengucapkan ribuan terima kasih di atas jemputan dari Yang Berbahagia Puan Adina sekeluarga kepada ahli-ahli PERWAKILAN dan keluarga ke kediaman rasmi Konsul Jeneral Malaysia bagi meraikan Majlis Birthday BBQ. PERWAKILAN juga ingin mengucapkan Selamat Hari Ulangtahun buat Yang Berbahagia Puan Adina, semoga sentiasa dimurahkan rezeki, dilimpahi dengan kasih sayang dan dipermudahkan segala urusan.

Istimewanya Majlis Birthday BBQ ini, sahabat-sahabat dari Malaysian Club Deutschland atau lebih dikenali dengan MCD turut dijemput hadir bagi mengikatkan tali silatulrahim di antara ahli-ahli dan keluarga PERWAKILAN. Majlis Birthday BBQ ini disempurnakan dengan kejutan 'surprise birthday treat' dari MCD buat Yang Berbahagia Puan Adina Kamarudin.

Di Majlis yang sama, Konsulat Malaysia di Frankfurt turut mengadakan rakaman Cinta Malaysia melalui 'Ekspresi Negaraku'. Rakaman ini merupakan inisiatif yang bertujuan menyemarakkan semangat cintakan negara dalam diri rakyat Malaysia khususnya ahli-ahli dan keluarga PERWAKILAN serta sahabat-sahabat MCD yang hadir.











Nota :

Hari Ulangtahun Yang Berbahagia Puan Adina Kamarudin adalah pada hari Isnin, 24hb April 2017. Majlis Birthday BBQ ini diraikan di kediaman rasmi Konsul Jeneral Malaysia, pada hari Sabtu petang 29hb April 2017 khas untuk Sepetang Bersama dengan ahli-ahli PERWAKILAN dan keluarga serta sahabat-sahabat dari Malaysian Club Deutchland. 

Juadah Istimewa di  Majlis Birthday BBQ: Laksa Johor, Kambing Bakar, Beehon Goreng, Nasi Goreng, Sosej Ayam bakar, Bebola Ikan bakar, Udang bakar, Ayam Bakar, Kek, Kuih Muih & Pemanis Mulut.








Friday 21 April 2017

Persampelan Makanan (Food Sampling) sempena acara Taste of the World 2017, ISF


Food Sampling sempena Taste of the World 2017, Internationale Schule Frankfurt (ISF)



Pada pukul 12:00 tengahari, 21hb April 2017 di ruang pantry pejabat MIDA yang beralamat di Konsulat Jeneral Malaysia di Frankfurt, ahli-ahli PERWAKILAN telah mengadakan food sampling sempena acara Taste of the World yang akan diadakan pada 20hb Mei, 2017 di Internationale Schule Frankfurt Rhein-Main (ISF). 

Taste of the World adalah merupakan sebuah event yang murni bertujuan mengumpul dana untuk disalurkan ke badan-badan kebajikan yang terpilih. Ini merupakan aktiviti tahunan bagi Sekolah Antarabangsa Internationale Schule Frankfurt atau lebih dikenali (ISF).

Berikut adalah senarai ahli-ahli PERWAKILAN yang telah menyediakan food sampling for Taste of the world event :

Puan Dhamayanthy Singaram atau lebih dikenali dengan Puan Selvi
  • Nasi Pulao
  • Kari Ayam
  • Gobi Manchurian
  • Raita
Puan Ling Hassim
  • Roti Canai
  • Nasi Lemak
  • Dhall
Puan Yaumee Hayati M. Nawi
  • Roti Jala
  • Kari Ayam
  • Mee Goreng
Cik Hasnani Hamid
  • Bihun Goreng vegeterian
Puan Ariyanti Razali
  • Ais Krim Malaysia
Cik Noramirah Yusoff
  • Ais Batu Campur (ABC)











Semoga penglibatan ahli-ahli PERWAKILAN Frankfurt di dalam acara Taste of the World 2017 yang akan berlangsung tidak lama lagi, dipermudahkan. 




Saturday 8 April 2017

Program Lawatan Bersama PERWAKILAN Brussels dan PERWAKILAN Frankfurt ke Bonn


Sesi Bergambar Bersama ahli-ahli PERWAKILAN Frankfurt & ahli-ahli PERWAKILAN Brussels di Cherry Blossom Festival Avenue.


Yang Berbahagia Konsul Jeneral Malaysia di Frankfurt, Puan Adina Kamarudin (kiri) bersama dengan Yang Berbahagia Pengerusi Perwakilan Brussels, Datin Rusnah Ismail


Program lawatan bersama PERWAKILAN Brussels ke Bonn yang julung sekali di adakan pada hari Sabtu, 8hb April 2017 telah meninggalkan seribu kenangan manis bagi kesemua ahli-ahli PERWAKILAN yang terlibat di dalam program lawatan ini. Objektif utama PERWAKILAN Frankfurt untuk bersama dengan PERWAKILAN Brussels ke Bonn adalah untuk menjalinkan tali silatulrahim dan berkenalan dengan ahli-ahli PERWAKILAN Brussels. Di samping itu dapat menimba pengalaman baru, bertukar pendapat dan melawati Cherry Blossom Festival yang beralamat di Heerstrasse, 53111 Bonn.

Program Lawatan Bersama PERWAKILAN Brussels ke Bonn telah disambut baik oleh Yang Berbahagia Konsul Jeneral Malaysia di Frankfurt, Puan Adina Kamarudin. Perbincangan untuk mengadakan lawatan ini telah dibincangkan di dalam Mesyuarat AGM yang lalu. Aturcara program PERWAKILAN Frankfurt untuk menyambut kedatangan PERWAKILAN Brussels di Bonn telah disusun dengan rapi oleh Ketua Sosial, Kebajikan & Kebudayaan, Puan Ariyanti Razali. Terima kasih diucapkan kepada Yang Berbahagia Pengerusi PERWAKILAN Frankfurt Puan Adina Kamarudin dan Puan Ariyanti Razali di atas segala usaha untuk merealisasikan program lawatan bersama ini berjalan dengan sempurna. Ahli-ahli PERWAKILAN Frankfurt juga turut sama menyumbang tenaga di dalam menyediakan juadah potluck terancang untuk 'picnic' bersama kesemua ahli-ahli PERWAKILAN Brussels dan Frankfurt.


Program lawatan PERWAKILAN Frankfurt untuk menyambut kedatangan Yang Berbahagia Pengerusi PERWAKILAN Brussels dan ahli-ahli PERWAKILAN Brussels di Bonn :-

  • 0830 : Ahli-ahli PERWAKILAN berkumpul di Pejabat Konsulat Jeneral Malaysia di Frankfurt
  • 0845 : Bertolak ke Bonn yang beralamat di Heerstrasse 53111, Bonn
  • 1030 : Tiba di Heerstrasse, Bonn untuk menyambut kedatangan Yang Berbahagia Pengerusi PERWAKILAN Brussels Datin Rusnah Ismail bersama ahli-ahli PERWAKILAN Brussels. Sesi Fotografi Bergambar Bersama di Cherry Blossom Festival Avenue.
  • 1120 : Bertolak ke Beethoven Haus
  • 1130 : Sesi lawatan Beethoven Haus, Borngasse 20,53111. Saturday Market & Bonn Town Hall
  • 1300 : Sesi Makan Tengahari di Rheinaue Park, Ludwig-Erhad-Allee 20, 53175 Bonn
  • 1545 : Bertolak ke Steigenberger Grand Hotel Petersberg 
  • 1600 : Sesi lawatan ke Petersberg Guest House
  • 1730 : Bertolak ke Frankfurt
  • 1915 : Ahli-ahli PERWAKILAN selamat tiba di Frankfurt dan bersurai

Sekalung kasih buat kesemua ahli PERWAKILAN Frankfurt yang telah memberi kerjasama yang baik di dalam menjayakan program lawatan bersama PERWAKILAN Brussels ke Bonn.















Berikut adalah senarai ahli PERWAKILAN Brussels & ahli PERWAKILAN Frankfurt yang mengikuti lawatan bersama ke Bonn pada 8hb April, 2017.

Perwakilan Brussels
  1. Yang Berbahagia Datin Rusnah Ismail
  2. Cik Fenny Nuli
  3. Puan Idariana 
  4. Puan Siti Fatimah
  5. Puan Nor Anis
  6. Cik Fazlisya
  7. Cik Alina
  8. Puan Devi
  9. Vimala Murugan
Perwakilan Frankfurt
  1. Yang Berbahagia Puan Adina Kamarudin
  2. Puan Dhamayanthy Singaram
  3. Puan Ling Hassim
  4. Cik Noramirah Yusoff
  5. Puan Ariyanti Razali
  6. Puan Yaumee Hayati M. Nawi
  7. Cik Hasnani Hamid

Potluck Picnic yang disediakan bersama : Nasi Lemak Bungkus, Ayam Goreng, Samosa, Kek, Buah-buahan & Minuman (Perwakilan Frankfurt). Bingka Ubi, Sambal Udang, Kek Pisang, Roti Sandwich Sardin, Beehoon Goreng & Minuman (Perwakilan Brussels).