Wednesday 22 December 2010

Majlis Perpisahan Encik Ruzlan Abd. Malek dan Isteri

Semalam Selasa 21 Disember 2010 jam 6:30 petang, pihak Konsulat Frankfurt telah menganjurkan satu jamuan Perpisahan untuk Encik Ruzlan Abd. Malek (Konsul Pelajaran) dan isteri di Konsulat Malaysia Frankfurt. Encik Ruzlan dan isteri dijangka pulang pada 31 Disember ini untuk kembali bertugas semula di Malaysia setelah lebih tiga tahun bertugas di sini. 




Saturday 4 December 2010

Morning Coffee ~ Puan Siti Nur Hafiza Mansor

Morning coffee PERWAKILAN terakhir untuk tahun ini telah diadakan semalam Jumaat, 3 Disember 2010 di kediaman Puan Siti Nur Hafiza Mansor di Frankfurt am Main pada jam 10:30 pagi. Hampir semua ahli PERWAKILAN dapat turut-serta.


Wednesday 17 November 2010

Aidiladha Di Perantauan

Semalam Selasa, 16 November 2010 bersamaan dengan 10 Zulhijjah 1431 H, umat Islam di seluruh negara menyambut Aidiladha atau juga dikenali Hari Raya Haji. Aidiladha yang merupakan salah satu daripada hari kebesaran Islam dirayakan umat Islam seluruh dunia sebagai memperingati pengorbanan Nabi Ibrahim A.S. dan anaknya Nabi Ismail A.S. dalam mentaati perintah Allah S.W.T.



Wednesday 27 October 2010

Jom Makan!

Tengahari tadi, Rabu 27 Oktober 2010, pada jam 12 tengahari, PERWAKILAN Frankfurt berkumpul lagi.. kali ini lokasi pilihan ialah Restoran Iran iaitu Restoran Hafez di Baelerstr. 21, Frankfurt.


Thursday 21 October 2010

Majlis Makan-makan ~ Puan Faiza Jansa

Pada Selasa lepas, 19 Oktober 2010 ahli PERWAKILAN telah dijemput menghadiri majlis makan-makan oleh Puan Faiza Jansa di kediaman beliau di Dreieich. Aktif berpersatuan dan memegang jawatan sebagai Setiausaha MCD (Malaysian Club Deutshland), Puan Faiza, rakyat Malaysia yang sudah beberapa tahun berhijrah ke Frankfurt setelah berkahwin dengan warga German dan mempunyai dua orang anak.


Friday 15 October 2010

Morning Coffee ~ Puan Noor Hayati Abu Noh

Pagi semalam, Khamis 14 Oktober 2010, tepat jam 10:30 pagi telah berlangsung satu lagi aktiviti morning coffee PERWAKILAN Frankfurt di mana morning coffee kali ini mencatatkan tiga (3) peristiwa bersejarah iaitu meraikan kedatangan ahli baru PERWAKILAN Frankfurt iaitu Puan Siti Nur Hafiza Mansor atau dikenali sebagai Fiza isteri kepada Encik Mohamad Azli Mohamad Aishaari yang bertugas di Pejabat Konsulat menggantikan Miss Lim Juat Chin, majlis doa selamat untuk Puan Rahizam Abdullah yang akan berangkat ke tanah suci Mekah bersama suami pada 9 November ini untuk menunaikan fardu haji dan juga majlis perpisahan PERWAKILAN Frankfurt untuk Puan Emelia Fantoza Sarain isteri kepada Encik Asa'ari Zainudin yang akan pulang bertugas semula di Malaysia pada akhir November ini.



Thursday 16 September 2010

Morning Coffee ~ Puan Siti Roha Ibrahim

Semalam Rabu, 15 September 2010, majlis morning coffee yang kesembilan untuk tahun ini telah diadakan di kediaman Puan Siti Roha Ibrahim di Kronberg. Bertemakan Kelantan Authentic Food, ahli PERWAKILAN disajikan dengan hidangan utama nasi belauk yang berlaukkan gulai ikan dan juga kari ayam serta sikaya pulut sebagai pencuci mulut. Di dalam majlis ini juga, turut diadakan Majlis Perpisahan PERWAKILAN Frankfurt untuk Cik Lim Juat Chin.

Friday 10 September 2010

Rumah Terbuka Aidilfitri Konsulat 2010

Setelah 29 hari berpuasa, semalam tanggal 9 September 2010, umat Islam khususnya di bumi Germany menyambut Aidilfitri. Memandangkan pada masa ini pihak Frankfurt masih belum mendapat pengganti Konsul Jeneral Malaysia, maka sambutan Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Konsulat kali ini dibuat di rumah pemangku Konsul Jeneral Malaysia di Frankfurt, Encik Mohd. Marzuki Mohd. Amin dan pasangan Puan Misnah Salikan di Hattersheim.



Menjelang Raya 2010

Bermula pagi Sabtu 4 Ogos 2010, persiapan awal untuk menyambut kedatangan Hari Lebaran telah dibuat dengan penuh teliti oleh ahli PERWAKILAN bagi memastikan sambutan raya kali ini berjalan lancar.

Pada hari tersebut, ahli PERWAKILAN telah berkumpul di rumah Puan Misnah Salikan di Hattersheim untuk membuat persiapan awal lauk-pauk untuk hidangan di hari raya.





Wednesday 8 September 2010

Esok Hari Raya!

Menjelang 1 Syawal esok, PERWAKILAN Frankfurt mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada seluruh umat Islam tidak kira di mana jua anda berada. Sepuluh jari disusun, maaf dipohon di atas semua kesilapan dan kedaifan diri jika ada. Marilah kita bermaaf-maafan di hari yang mulia ini dan merayakannya sebagai tanda kemenangan kerana dapat menyempurnakan ibadah puasa dan juga dapat mengawal diri daripada melakukan perkara-perkara yang dilarangNYA.

Kepada muslimin dan juga muslimat, sekali lagi 'Selamat Hari Raya Aidilfitri.. semoga raya tahun ini lebih bermakna untuk semua!'

Sunday 29 August 2010

Majlis Buka Puasa 2010

Semalam, Sabtu 28 Ogos 2010, satu majlis berbuka puasa beramai-ramai telah diadakan di Pejabat Konsulat Jeneral Malaysia Frankfurt. Selain dihadiri oleh ahli keluarga PERWAKILAN Frankfurt, ia juga dihadiri oleh warga kerja Konsulat Frankfurt lain yang beragama Islam sebagai tetamu jemputan. Majlis yang bermula dengan tazkirah Ramadhan pada jam 7:30 malam ini, berhenti pada jam 8:15 malam untuk berbuka puasa dan solat magrib berjemaah.



Wednesday 11 August 2010

Salam Ramadhan..

Setahun sudah berlalu dan kini Ramadhan datang lagi. Hari ini 1 Ramadhan 1431H bersamaan dengan 11 Ogos 2010, umat Islam mula berpuasa. Di dalam bulan yang penuh rahmat dan keberkatan ini, PERWAKILAN Frankfurt mengambil kesempatan ini mengucapkan Selamat Berpuasa untuk semua yang beragama Islam. Mudah-mudahan kita menjadi insan yang lebih baik daripada sebelumnya dan semoga segala amal ibadah dan kebajikan yang kita lakukan di sepanjang bulan Ramadhan yang mulia ini akan diterima sebagai sebaik-baik amalan dan diberikan setinggi-tinggi ganjaran olehNYA.

Monday 9 August 2010

Koleksi Resipi PERWAKILAN Frankfurt



Pelancaran buku Koleksi Resipi PERWAKILAN Frankfurt telah dibuat oleh Konsul Jeneral Malaysia di Frankfurt, Encik Saiful Azam Abdullah yang juga merangkap Penasihat Kehormat PERWAKILAN Frankfurt. Pelancaran ini telah diadakan semalam, Khamis 8 Julai 2010 di Bilik Serbaguna Konsulat Jeneral Malaysia, Frankfurt. Ia merupakan terbitan pertama oleh PERWAKILAN Malaysia di Frankfurt.



Thursday 5 August 2010

Jalan-jalan Cari Makan ~ Japanese Food

Jalan-jalan Cari Makan merupakan aktiviti terbaru PERWAKILAN yang telah dijalankan semalam Rabu, 4 Ogos 2010. Dicadangkan oleh Puan Pengerusi PERWAKILAN, ia merupakan aktiviti terakhir ahli PERWAKILAN bersama beliau sebelum beliau berlepas ke New York pada Jumaat 6 Ogos 2010 kerana mengikuti suami bertugas di sana. PERWAKILAN telah makan tengahari (sushi buffet) bersama-sama di Buffet Restaurant (Yan Jin GmbH), Frankfurt. Sushi yang dihidangkan amat menyelerakan sekali, tidak rugi kalau ingin datang lagi!


Saturday 24 July 2010

Morning Coffee ~ Pn. Norsyika Diana Che Othman

Semalam Jumaat, 23 Julai 2010 satu lagi morning coffee telah diadakan. Kali ini giliran Puan Norsyika Diana Che Othman menjadi tuan rumah. Bertempat di Oberursel, hampir semua ahli PERWAKILAN telah hadir beserta beberapa tetamu jemputan yang lain daripada Malaysian Club Deutschland (MCD) dan locally recruited staff.

Friday 16 July 2010

Majlis Perpisahan En. Abdullah Omar Dan Keluarga

Pihak PERWAKILAN Frankfurt sekali lagi bekerjasama menyediakan juadah makan malam secara pot luck bagi menjayakan Jamuan Perpisahan Encik Abdullah Omar, Konsul Muda (Pendidikan dan Latihan) dan Keluarga yang diadakan semalam, Khamis 15 Julai 2010 di Bilik Serba Guna Konsulat Jeneral Malaysia Frankfurt. Encik Abdullah Omar akan kembali ke Malaysia pada 30 Julai 2010 untuk bertugas semula di sana setelah berkhidmat di Frankfurt selama lebih kurang dua setengah tahun. 


Friday 9 July 2010

Majlis Perpisahan CG Dan Pelancaran Buku Koleksi Resipi

Khamis, 8 Julai 2010 jam 7:00 malam mencipta sejarah di mana Majlis Perpisahan Konsul Jeneral Malaysia di Frankfurt dan Pelancaran Buku Koleksi Resepi PERWAKILAN Frankfurt telah diadakan serentak di Bilik Serbaguna Konsulat Jeneral Malaysia, Frankfurt. Encik Saiful Azam Abdullah akan berangkat ke New York pada 6 Ogos 2010 bersama keluarga untuk meneruskan kerjaya beliau di sana setelah berkhidmat di Frankfurt selama tiga tahun setengah.


Saturday 3 July 2010

Terima Kasih Puan..

Sepanjang jalan kenangan, kita selalu berganding tangan..
Sepanjang jalan kenangan, kita selalu bermesra..


Memories last forever, never do they die..
Friends stay together, never say goodbye..


Morning Coffee ~ Puan Rahimah Mohd

Semalam, Jumaat 2 Julai 2010 telah berlangsung satu lagi majlis morning coffee. Majlis yang diadakan di kediaman Puan Rahimah Mohd di Frankfurt kali ini juga bertujuan untuk meraikan Pengerusi PERWAKILAN Puan Khadijah Mahmud yang akan mengikut suaminya bertugas di New York pada bulan hadapan dan Puan Zalina Zainal sekeluarga yang akan mengerjakan ibadat umrah esok.



Friday 18 June 2010

PERWAKILAN Berganding Bahu

Khamis, 17 Jun 2010, sepertimana yang dirancang, seramai 11 daripada 14 orang ahli PERWAKILAN telah hadir di rumah Puan Misnah Salikan di Hattersheim untuk bergotong-royong menyiapkan tempahan 600 cucuk satay, kuah kacang dan 400 biji karipap yang telah diterima daripada Malaysian Club Deutschland (MCD) yang bakal menyertai Parade of Culture pada 26 Jun 2010 di Romerplatz, Frankfurt. Aktiviti ini dijadikan sebagai salah-satu daripada usaha untuk menambah dana PERWAKILAN sediada.




Sunday 13 June 2010

Morning Coffee ~ Puan Emelia Fantoza Sarain

Seperti kelaziman bulanan, PERWAKILAN Frankfurt akan mengadakan program morning coffee. Puan Emelia Fantoza Sarain telah memilih untuk menjayakan program ini di kediamannya iaitu di Haeberlinstrasse, Frankfurt pada minggu lepas, Khamis 10 Jun 2010. Semua ahli PERWAKILAN telah hadir kecuali seorang kerana sedang bercuti di Malaysia. Majlis sambutan kali ini diserikan dengan kedatangan ahli baru iaitu Puan Fadhilah Hashim (pengganti Puan Suharti Shuib). Beliau dan keluarga telah selamat sampai di Frankfurt pada 31 Mei 2010 lepas.

Sunday 6 June 2010

Lawatan Ke Wertheim Village

Semalam, Sabtu 5 Jun 2010, PERWAKILAN Frankfurt telah mengadakan lawatan ke Wertheim Village Outlet Shopping. Terletak di antara Frankfurt dan Wuurbung, ia merupakan pusat membeli-belah dan menjadi tumpuan pelancong kerana menawarkan diskaun sehingga 60% daripada harga pasaran sepanjang tahun untuk barangan berjenama dan berkualiti. Berpegang kepada konsep jimat-cermat, bersederhana dan berbelanja secara berkhemah, seramai 7 orang ahli telah turut-serta di dalam rombongan ini.

Wednesday 19 May 2010

Morning Coffee ~ Puan Misnah Salikan

Hari ini, 19hb Mei 2010 jam 10:30 pagi, Pn Misnah Salikan telah mengadakan morning coffee di kediamannya di Hattersheim am Main. Pengisian majlis ini dimulakan dengan bacaan surah Yassin beramai-ramai oleh ahli PERWAKILAN dengan diketuai oleh Ustazah Azmurahima Mat Sa'ad. Semua ahli PERWAKILAN dan beberapa tetamu jemputan lain telah hadir di dalam majlis ini. 



Sunday 25 April 2010

Majlis Perpisahan Puan Suharti Shuib

Jasamu dikenang nama diberi
Buat merai teman bestari
Anda sahabat yang kami kasihi
Jasa anda amat dihargai


Monday 12 April 2010

Karnival Sukan Tahunan Berlin/Frankfurt Kali Ke 2

Setelah tertangguh sekian lama, akhirnya hajat untuk mengadakan Karnival Sukan Tahunan Berlin/Frankfurt Kali Ke 2 telah berjaya diadakan di Berlin pada Sabtu dan Ahad, 10 dan 11 April 2010 lalu.

Rombongan Frankfurt yang disertai oleh sebelas (11) orang pegawai dan kakitangan bersama keluarga masing-masing diketuai oleh Konsul Jeneral Malaysia di Frankfurt, Encik Saiful Azam Abdullah dan isteri Puan Khadijah Mahmud. Rombongan ini telah disambut mesra oleh pegawai, kakitangan dan keluarga Kedutaan Besar Malaysia Berlin pada petang Jumaat 9 April 2010, jam 7 malam dengan jamuan ringan.






Friday 9 April 2010

Resipi Satay

Resipi Satay (Untuk 1 kg Daging Ayam)

Bahan-bahan :





1 kg ayam
1 sudu teh garam
150 g gula merah
2 sudu besar minyak
Lidi satay

Resipi Kuah Kacang

Bahan-bahan :

500 g kacang tanah - goreng tanpa minyak dan tumbuk
2 batang serai
1 cawan santan
1 sudu besar air asam jawa
2 - 3 sudu besar gula
Sedikit belacan / udang kering (opt)
Garam secukup rasa
Minyak, air



Thursday 8 April 2010

Morning Coffee ~ Puan Sarinah Ali

Sebagai meneruskan program bulanan, semalam Rabu 7 April 2010 jam 10:30 pagi, bertempat di kediaman Puan Sarinah Ali iaitu di Friedrichsdorf telah diadakan satu lagi aktiviti morning coffee. Hampir semua ahli PERWAKILAN hadir kecuali beberapa ahli yang bekerja dan pulang bercuti ke Malaysia.

Dalam majlis ini juga, ahli PERWAKILAN telah bekerjasama menyiapkan lebih kurang 300 cucuk satay ayam dan kuah kacang untuk dibawa ke Berlin sempena Karnival Sukan Tahunan Berlin/Frankfurt Kali Ke-2 yang dijadualkan pada Sabtu dan Ahad, 10 dan 11 April 2010 nanti.




Monday 29 March 2010

Senamrobik

28 Mac 2010 (Ahad) - Bertempat di Dewan Serbaguna, Konsulat Jeneral Malaysia Frankfurt, satu program riadah anjuran PERWAKILAN iaitu senamrobik telah dimulakan tepat jam 11:30 pagi. Acara senamrobik yang mengambil masa selama 1 jam ini merupakan julung kali diadakan khas untuk ahli PERWAKILAN. 

Saturday 27 March 2010

Resipi Tempura



Bahan-bahan Batter Tempura

Air + Telur : Tepung = 1 : 1

Air mesti sejuk (ais)

Friday 26 March 2010

Resipi Sushi





Bahagian 1 : Tanak Nasi


Bahan-bahan :

4 pot beras sushi
4 pot air


Cara-caranya :


Masak nasi macam biasa.


Morning Coffee ~ Puan Rahizam Abdullah

Pada 25 Mac 2010 (Khamis) lalu, morning coffee kali ketiga untuk tahun ini telah diadakan di kediaman Puan Rahizam Abdullah beralamat di Bad Soden.

Berikut merupakan ahli-ahli PERWAKILAN yang hadir..

Bergambar beramai-ramai bersama Puan Pengerusi PERWAKILAN, Puan Khadijah Mahmud (lima daripada kanan)


Monday 22 March 2010

Kelas Matematik

Bertempat di Pejabat Konsulat Jeneral Malaysia Frankfurt, bermula semalam 21 Mac 2010, PERWAKILAN Frankfurt telah mengambil satu lagi initiatif iaitu dengan mengadakan kelas tambahan Matematik untuk anak-anak PERWAKILAN yang memerlukan khidmat bantuan di dalam bidang tersebut. Kelas yang dijadualkan pada setiap hari Ahad jam 11:30 pagi ini dikendalikan oleh En. Sharizan Sudin sebagai tenaga pengajar. Sebagai permulaan, seramai 3 orang anak PERWAKILAN telah menyertai kelas tambahan ini. Diharapkan dengan usaha murni ini, para pelajar dapat memanafaatkannya untuk kecemerlangan diri dan sekolah.




Monday 15 March 2010

Majlis Perpisahan TYT Datuk Zakaria Sulong Dan Isteri Datin Hazizah Ahmad

Bertemu dan berpisah, adat manusia biasa, hilang di mata tapi di hati tidak lupa..

Tanggal 14 Mac 2010 (Ahad) lalu bertempat di Dewan Serbaguna, Pejabat Konsulat Jeneral Malaysia, Frankfurt pada jam 10:30 pagi telah diadakan Majlis Jamuan Perpisahan TYT Duta Besar Malaysia ke Jerman Datuk Zakaria Sulong dan isteri Datin Hazizah Ahmad yang akan bertukar ke London.

Sunday 7 March 2010

Maulidur Rasul 2010

Maulidur Rasul yang jatuh pada hari Khamis 12 Rabiul Awal Tahun Gajah bersamaan dengan 23 April 571 merupakan hari keputeraan Nabi Muhammad S.A.W. Baginda merupakan nabi terakhir yang diutuskan oleh Allah S.W.T.

Sambutan Maulidur Rasul pada tahun ini telah diadakan pada 6 Mac 2010 (Sabtu). Lokasi sambutan ialah di Konsulat Jeneral Malaysia Frankfurt.

Pertandingan Mingguan Bowling

Pada hari Selasa, 16 Mac 2010, satu pertandingan bowling telah diadakan di Brunswick Bowling Centre, Berkersheimer Weg 104, 60433 Frankfurt am Main untuk merebut piala pusingan. Turut serta dalam acara ini ialah Pengerusi PERWAKILAN, Puan Khadijah Mahmud, Puan Peteri Azizah Megat Ahmad Zamil (Ketua AJK Sukan), Puan Sarinah Ali (Ketua AJK Sosial dan Kebudayaan), Puan Rahimah Mohd (Ketua AJK Agama dan Kebajikan), Puan Rahizam Abdullah (Ketua AJK Masakan), Puan Sharifah Nor Aida Syed Ibrahim (Penolong Ketua AJK Masakan) dan Puan Faiza Jansa (Setiausaha Malaysian Club Deutschland (MCD)). Pertandingan ini telah dimenangi oleh Puan Khadijah Mahmud.

Wednesday 3 March 2010

Selamat Menimang Cahaya Mata

Pada 2 Mac 2010 (Selasa), ahli PERWAKILAN telah membuat lawatan menziarahi Puan Emelia Fantoza Sarain isteri kepada Encik Asaari Zainudin (Konsul Latihan) yang telah selamat melahirkan cahaya mata keduanya pada hari Rabu, 17 Februari 2010. Lawatan ke rumah beliau di Frankfurt Am Main telah dihadiri oleh hampir keseluruhan ahli PERWAKILAN. Pihak PERWAKILAN juga amat berbesar hati di atas kesudian Pengerusi PERWAKILAN, Puan Khadijah Mahmud untuk turut-serta dan menyampaikan cenderamata di atas kehadiran cahaya mata tersebut. 


Saturday 27 February 2010

Resepi Pastri Karipap

Bahan-bahan :


1 kg tepung gandum 



1 ½ cawan minyak masak
½ cawan lelemak sayuran
2 cawan air + 3 camca teh garam
inti - sediakan mengikut citarasa
minyak untuk menggoreng

Friday 26 February 2010

Morning Coffee ~ Puan Zalina Zainal

25 Februari 2010 (Khamis) yang lalu merupakan giliran Puan Zalina Zainal menghoskan morning coffee di rumah beliau di Frankfurt. Pada majlis berkenaan hampir keseluruhan ahli PERWAKILAN hadir kecuali beberapa ahli yang bekerja.


Inilah sebahagian besar ahli PERWAKILAN yang hadir pada majlis beliau


Wednesday 24 February 2010

Mesyuarat Agong PERWAKILAN Frankfurt 2010

Mesyuarat Agong PERWAKILAN Frankfurt Tahun 2010 telah bersidang semalam, 23 Feb 2010 di Pejabat Konsul Jeneral Malaysia Frankfurt jam 10:30 pagi. Mesyuarat Agong ini telah dimulakan dengan ucapan aluan Pengerusi PERWAKILAN, kemudian diikuti dengan ucapan aluan Penasihat Kehormat PERWAKILAN Frankfurt. Setelah Agenda Mesyuarat 23 Feb 2010 dan Minit Mesyuarat Agong Bil 2/2009 disahkan, semua Ketua Ahli Jawatan Kuasa (AJK) PERWAKILAN Tahun 2009 telah membuat Pembentangan Laporan Aktiviti masing-masing untuk sepanjang tahun 2009. Ini diikuti pula dengan Pembentangan Penyata Kewangan Tahun 2009 oleh Bendahari PERWAKILAN Tahun 2009 dan telah disahkan oleh ahli PERWAKILAN yang hadir.





Thursday 21 January 2010

Morning Coffee ~ Puan Hajjah Peteri Azizah Megat Ahmad Zamil

Semalam Rabu, 21 Januari 2009, Puan Hajjah Peteri Azizah Megat Ahmad Zamil telah mengadakan satu majlis morning coffee di kediamannya di Frankfurt am Main. Dihadiri oleh hampir semua ahli PERWAKILAN Frankfurt, beliau yang baru pulang daripada menunaikan haji bersama suami memanjat rasa syukur kerana telah berjaya menyempurnakan rukun Islam yang kelima tersebut. Selain dihidangkan dengan hidangan utama spaghetti goreng dan kek apple, ahli telah dijamu dengan buah tamar dan air zam-zam.
















Ahli-ahli PERWAKILAN Frankfurt bergambar bersama Pengerusi PERWAKILAN (Puan Khadijah Mahmud) (duduk lima dari kiri)