Thursday 7 September 2017

Selamat Bertugas di Tanah Air kembali Buat Yang Berbahagia Puan Adina Kamarudin










Setiap pertemuan tentunya ada perpisahan namun setiap pertemuan itu akan meninggalkan seribu kenangan dan memori bersama yang telah singgah ke hati kami ketika sama-sama bertugas di dalam program dan aktiviti PERWAKILAN. Salam Kasih Sayang kami buat Yang Berbahagia Puan Adina Kamarudin, semoga segala urusan dipermudahkan & yang pasti panjang umur murah rezeki, kita akan bertemu jua di Malaysia!

Nota :

Yang Berbahagia Konsul Jeneral Malaysia di Frankfurt merangkap Pengerusi Perwakilan, Puan Adina Kamarudin telah memulakan perkhidmatan di Kementerian Luar Negeri sebagai Penolong Setiausaha pada Disember 1996. Yang Berbahagia Puan Adina juga pernah berkhidmat sebagai Setiausaha Pertama di Kedutaan Besar Malaysia di Dublin, Ireland pada tahun 2001 sehingga 2006. Pada 11hb Ogos, 2014, Yang Berbahagia Puan Adina Kamarudin telah ditugaskan sebagai Konsul Jeneral Malaysia Frankfurt sehingga kini. Beliau berangkat pulang ke tanahair Malaysia bagi meneruskan tugas dan perkhidmatan di Kementerian Luar Negeri  pada 7hb September, 2017.


Saturday 2 September 2017

20th Anniversary Malaysian Club Deutschland Gala Dinner



In 2017, and with a sense of pride, MCD is looking back at 20 years of its establishment. At the same token, Malaysia’s Independence returns for the 60th time, and so do the diplomatic relationships between Germany and Malaysia.There are hence reasons enough to proudly announce our 20th Anniversary Dinner. The event, which is co-organised by MCD and the Consulate General of Malaysia in Frankfurt, is going to be held on 02 September 2017 at the MCD’s most regular Gala venue, the Marriott Hotel in Frankfurt am Main. As in the years before, Chef Dato’ Ismail will once again grace the event with his presence, and evenly important, with his culinary excellence. Further details can be found in the attached flyer - http://malaysianclubgermany.de

*Maklumat lanjut mengenai 20th Anniversary Malaysian Club Deutschland Gala Dinner boleh dirujuk di halaman sesawang Malaysian Club Germany di http://malaysianclubgermany.de/.

Chef Selebriti yang tersohor dari Malaysia, Dato' Chef Ismail telah diterbangkan khas ke Frankfurt, dibawa oleh Tourism Malaysia Board bagi menjayakan 20th Anniversary Malaysian Club Deutschland Gala Dinner.

PERWAKILAN sekali lagi pada tahun 2017 ini turut membantu bersama di belakang tabir dengan menghulur bantuan di dalam penyediaan sate di kediaman Encik Syarqawi dan Puan Ling Hassim. PERWAKILAN juga turut diberi peluang untuk membantu Dato' Chef Ismail di bahagian dapur Hotel Marriot, Frankfurt sempena berlangsungnya 20th Anniversary Malaysian Club Deutschland Gala Dinner.

Terima Kasih PERWAKILAN ucapkan kepada Yang Berbahagia Konsul Jeneral Malaysia di Frankfurt merangkap Pengerusi PERWAKILAN, Puan Adina Kamarudin kerana telah menjemput ahli-ahli PERWAKILAN untuk turut serta menyertai acara gilang gemilang yang dianjurkan oleh Malaysian Club Deutschland dan Konsulat Jeneral Malaysia di Frankfurt.

Perkongsian gambar yang telah dirakam sempena berlangsungnya 20th Anniversary Malaysian Club Deutschland Gala Dinner ;-


Mencucuk sate ayam di kediaman Encik Syarqawi & Puan Ling pada 31hb Ogos, 2017.
 Terima kasih tuan rumah kerana telah menyediakan juadah Nasi Ganja yang lazat!



Ahli-ahli PERWAKILAN yang turut membantu di ruang dapur Marriot Hotel di Frankfurt












.









Friday 1 September 2017

Majlis Sambutan Hari Raya AidilAdha 1438 Hijrah


Yang Berbahagia Konsul Jeneral Malaysia di Frankfurt, Puan Adina Kamarudin bersama dengan para tetamu jemputan yang terdiri dari delegasi Sarawak Tourism Board dan Johor Tourism Board. 



Salam 10 Zulhijah 1438 Hijrah bersamaan dengan 1hb September 2017 dari warga PERWAKILAN di Frankfurt, Germany.


Satu Majlis Sambutan Hari Raya AidilAdha telah di adakan pada hari ini di Pejabat Konsulat Jeneral Malaysia, Frankfurt bagi meraikan kehadiran hari yang mulia 10 Zulhijah yang bertempat di Dewan Makan Tun Ghazalie Shafie. Pelbagai juadah yang enak dan lazat telah disediakan oleh setiap ahli PERWAKILAN bagi memeriahkan Majlis Sambutan Hari Raya AidilAdha ini dan diantaranya adalah Nasi Tomato, Rendang Daging, Beehon Goreng Tomyam, Kambing masak Cili Hijau, Ayam Masak Merah, Nasi Impit bersama kuah kacang dan Gulai Dalca. Kuih-muih dan pemanis mulut turut disediakan oleh ahli-ahli PERWAKILAN. Terima kasih diucapkan buat kesemua ahli PERWAKILAN yang telah memberi kerjasama yang baik bagi meraikan sambutan Hari Raya AidilAdha pada tahun ini.

Majlis Hari Raya ini dimulakan dengan Solat Sunat Hari Raya AidilAdha pada seawal 09:00 pagi dan diikuti dengan Khutbah Hari Raya AidilAdha. Jamuan Hari Raya pula diadakan sebaik sahaja selesai Solat Sunat Hari Raya dan Khutbah Hari Raya. Sambutan Hari Raya AidilAdha ini menjadi lebih meriah dengan kehadiran delegasi dari Johor Tourism Board dan Sarawak Tourism Board yang dijemput bagi memeriahkan acara 20th Anniversary Malaysian Club Deutschland Gala Dinner yang akan diadakan pada 2hb September, 2017 di Marriot Hotel, Frankfurt. Terima Kasih PERWAKILAN ucapkan kepada semua hadirin yang hadir melapangkan Majlis Sambutan Hari Raya AidilAdha 2017.