Friday 8 December 2017

Mesyuarat PERWAKILAN Frankfurt Bil. 4/2017





Pada hari ini bertarikh 8hb Disember 2017, PERWAKILAN Frankfurt telah mengadakan Mesyuarat yang ke - 4 pada tahun 2017 bagi membincangkan beberapa perkara yang berbangkit dan juga aktiviti-aktiviti yang akan di adakan pada tahun hadapan 2018.

Mesyuarat dimulakan dengan ucapan aluan oleh Setiausaha Perwakilan Frankfurt, Cik Hasnani Hamid di Bilik Mesyuarat Konsulat Jeneral Malaysia Frankfurt. Pada mesyuarat ini, sesi pembentangan dan pengesahan Minit Mesyuarat Perwakilan Frankfurt Bil. 3/2017 turut dibentang dan disahkan. 

PERWAKILAN juga mengalukan kedatangan Ahli Perwakilan yang baru - Puan Rozila Jurimi. Selamat Datang Puan Rozila, semoga segala urusan Puan Rozila sekeluarga dipermudahkan.

Di bawah ini disertakan perkara yang telah berbangkit dan perbincangan yang telah diputuskan di dalam Mesyuarat Perwakilan Frankfurt Bil. 4/2017 :-

1. Yuran Sambutan Hari Jadi ahli Perwakilan,
   5 Euro setiap ahli setiap bulan untuk dibayar kepada Bendahari.

Ahli-ahli Perwakilan sebulat suara telah bersetuju untuk tidak meneruskan pembayaran yuran tersebut pada tahun hadapan 2018.

2. Baki Yuran Sambutan Hari Jadi ahli Perwakilan pada tahun 2017

Ahli-ahli Perwakilan telah bersetuju untuk menggunakan sejumlah baki yang ada bagi menganjurkan aktiviti sosial 'Theme Lunch Get Together' sesama ahli Perwakilan. Tarikh dan program TBA.

3. Berlin Frankfurt Sports Day Championship 2018

Tarikh dan program akan dimaklumkan kelak oleh Setiausaha Perwakilan.

4. Mesyuarat Agung Perwakilan Frankfurt Sesi 2018

Ahli-ahli Perwakilan telah sebulat suara untuk mengadakan Mesyuarat AGM 2018 pada bulan Januari 2018.


Terima kasih PERWAKILAN ucapkan kepada setiap ahli PERWAKILAN yang telah menyediakan jamuan ringan untuk dinikmati bersama ahli-ahli Perwakilan yang hadir pada mesyuarat hari ini. Mesyuarat Perwakilan Frankfurt Bil. 4/2017 bermula pada pukul 10 pagi dan berakhir pada pukul 12 tengahari. 


PERWAKILAN juga turut meraikan Hari Jadi adinda Cik Noramirah Yusoff, Bendahari Perwakilan yang dikasihi. Happy Belated Birthday Miera!














Coret-coret ketika selesai mesyuarat;-
Tarikh hari ulangtahun ahli-ahli Perwakilan yang dikasihi ;-

1. Puan Sharida Ahmad Shahidan & Puan Ling Hassim pada 7hb Januari.
2. Puan Aryanti Razali pada 7hb Februari.
3. Cik Hasnani Hamid pada 30hb Mac.
4. Puan Yaumee Hayati M. Nawi pada 9hb April.
5. Puan Rozila Jurimi pada 21hb Jun.
6. Cik Noramirah Yusoff pada 16hb November.



Saturday 11 November 2017

ISF - International Day 2017







Malaysia sekali lagi telah terpilih sebagai 'Focus Country' di dalam International Day event 2017 yang bertempat di ISF Internationale Schule Frankfurt-Rhein-Main. Ahli-ahli PERWAKILAN Frankfurt dari Agensi MIDA, MARA, JPA & Tourism Malaysia yang mempunyai anak yang belajar di sekolah ISF,  ianya merupakan hari yang istimewa buat mereka semua. Selain dari Malaysia, negara-negara South Korea, South Afrika dan Great Britain turut terpilih sebagai focus country.

Objektif utama International Day event 2017 yang diadakan pada 11hb November 2017 ini adalah untuk memperkenalkan budaya sesebuah Negara. Secara tidak langsung memberi ruang bagi 'focus country' yang terpilih ini untuk mempromosikan seni dan budaya yang terdapat di negara masing-masing melalui pameran, seni tari, pakaian, makanan dan aktiviti permainan tradisional.

Pelbagai aktiviti telah diatur dengan jayanya oleh semua pihak yang terlibat bagi menjayakan International Day event hari ini. Di antaranya ialah memperkenalkan makanan Malaysia Nasi Lemak kepada pengunjung yang hadir. Penjualan Nasi Lemak bermula pada pukul 12 tengahari hingga 4 petang.  Seminggu sebelum International Day event di jalankan, ISF terlebih dahulu menyediakan dan menjual makanan tradisi Malaysia iaitu Mee goreng kepada pelajar-pelajar ISF.  Ucapan setinggi terima kasih kepada Encik Nur Ahmad Fadhli selaku Ketua Program, isteri beliau Puan Yaumee Hayati yang bertindak sebagai Country Rep untuk berurusan dengan pihak sekolah ISF, Encik Rizal Mas sebagai Ketua Pameran yang bertanggungjawab menyediakan informasi maklumat, barang pameran dan alatan permainan tradisional, Encik Syarqawi Mohammad sebagai Ketua Persembahan bagi menjayakan persembahan seni tari dan Cik Noramirah Yusoff selaku Ketua Permainan.

Bilik Pameran Malaysia telah dihiasi dengan pelbagai maklumat umum mengenai negara Malaysia. Beberapa peralatan, permainan tradisional seperti batu seremban dan congkak turut diadakan di dalam bilik pameran. Manakala di Gymnasium pula yang diketuai oleh Cik Noramirah Yusoff sebagai Ketua Permainan telah mempamerkan permainan tradisional masyarakat Melayu iaitu sepak takraw.dan lompat tali.

Perwakilan juga ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan terima kasih kepada semua pelajar-pelajar Malaysia yang telah membantu memberi kerjasama yang baik di dalam menjayakan International Day 2017 di ISF. Sekalung kasih sayang dari PERWAKILAN  buat kesemua Pelajar-Pelajar Malaysia di Coburg & Darmstadt, Germany.

Perkongsian memori sekitar International Day 2017 dijalankan ;-























Thursday 26 October 2017

Majlis Makan Malam Bersama anjuran ahli-ahli PERWAKILAN


Majlis Makan Malam Bersama anjuran PERWAKILAN ini di adakan adalah sempena meraikan kedatangan Yang Berbahagia Konsul Jeneral Malaysia di Frankfurt merangkap Penaung PERWAKILAN, Encik Mukundan Madavan. PERWAKILAN juga turut mengadakan Majlis Perpisahan Encik S. Sivasuryarmoorthy (Konsul Pelaburan, Agensi MIDA) & mengalukan ketibaan Encik Yusri Hasnan Chu sekeluarga yang mengambil alih tugas sebagai Konsul Pelaburan Agensi MIDA.



Yang diraikan : Selamat Datang PERWAKILAN ucapkan kepada Penaung PERWAKILAN, 
Yang Berbahagia Konsul Jeneral Malaysia di Frankfurt, Encik Mukundan Madavan (kanan) bersalaman dengan Encik S. Sivasuryarmoorthy yang turut diraikan  di dalam Majlis Perpisahan ini.


PERWAKILAN juga ingin mengucapkan Selamat Datang ke Frankfurt buat Encik Yusri Hasnan Chu sekeluarga (yang ketiga dari kiri) yang menyandang tugas sebagai Konsul Pelaburan Agensi MIDA di Pejabat Konsulat Jeneral Malaysia di Frankfurt bermula pada 25hb Oktober, 2017.


Ahli-ahli PERWAKILAN Malaysia di Frankfurt. Selamat Jalan kami ucapkan buat Puan Selvi yang dikasihi dan Selamat Datang kami ucapkan buat Puan Rozila Jurimi (yang kedua dari kiri).


Majlis Makan Malam Bersama ahli-ahli PERWAKILAN dan keluarga anjuran PERWAKILAN di adakan pada 26hb Oktober, 2017 tepat pukul 7 malam, bertempat di Dewan Makan Tun Ghazalie Shafie bagi meraikan kedatangan Yang Berbahagia Konsul Jeneral Malaysia di Frankfurt merangkap Penaung Perwakilan, Encik Mukundan Madavan. PERWAKILAN juga berbesar hati meraikan Majlis Perpisahan buat Encik S. Sivasuryarmoorthy dan isteri Puan Dhamayanthy Singaram. Di samping itu PERWAKILAN turut mengalukan kedatangan Konsul Pelaburan Agensi MIDA yang baru, Encik Yusri Hasnan Chu & isteri Puan Rozila Jurimi sekeluarga ke Frankfurt.

Harapan PERWAKILAN agar anjuran Majlis Makan Malam Bersama ini dapat mengukuhkan hubungan silaturahim & memupuk semangat kecintaan kasih sayang kejiranan di antara ahli-ahli PERWAKILAN dan keluarga. PERWAKILAN juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada setiap ahli dan keluarga yang hadir memeriahkan acara Majlis Makan Malam Bersama ini. Sekalung kasih sayang buat kesemua ahli Perwakilan yang telah menyediakan juadah yang enak dan lazat secara potluck terancang. 

Perkongsian memori sekitar Majlis berlangsung;-