Wednesday 3 April 2019

Majlis Perpisahan Pengarah Tourism Malaysia, Encik Mohamed Amin Yahya

Pada 28 Disember 2018, Perwakilan Frankfurt telah mengadakan Majlis Perpisahan buat Pengarah Tourism Malaysia, Encik Mohamed Amin Yahya dan isteri, Puan Sharida Ahmad Shahidan di Dewan jamuan Tan Sri Ghazali Shafie, Pejabat Konsulat Malaysia Frankfurt.

Encik Mohamed Amin akan meneruskan tugas beliau di Malaysia setelah bertugas di Pejabat Tourism Malaysia, Frankfurt selama 4 tahun.

Menu Majlis Makan Malam ini telah disediakan secara potluck terancang oleh ahli-ahli Perwakilan. Tetamu yang hadir disajikan dengan Nasi putih, kari kambing, ayam masak kicap, sambal udang, sayur campur, sambal belacan dan ulam-ulaman. Tetamu juga dijamu dengan Mee kari, Sandwich dan tidak lupa juga pemanis mulut antaranya puding jagung dan pulut mangga.


Encik Mukundan Madavan, Konsul Jeneral Frankfurt memberikan ucapan penghargaan

Encik Mohamed Amin Yahya dan Encik Mukundan Madavan 

Puan Sharida Ahmad Shahidan dan Puan Yaumee Hayati bersama cenderahati dari Perwakilan

Pengerusi Kelab Friends of 1 Malaysia Germany (F1MG),
Datuk Noraini Anne Bechler turut sama meraikan majlis makan malam

Mee kari untuk tetamu yang hadir




lauk-pauk yang dihidangkan kepada tetamu

Pelbagai hidangan pencuci mulut

Ribuan terima kasih diucapkan kepada Encik Amin dan Puan Sharida atas segala usaha, jasa baik dan kerjasama sepanjang mereka di sini.


Selamat Tinggal / Penerbangan Pulang


Jumaat, 11 Januari 2019

Tiba masanya Puan Sharida dan keluarga mengucapkan selamat tinggal kepada rakan-rakan yang turut hadir di lapangan terbang.

Puan Sharida bersama ahli-ahli Perwakilan dan rakan-rakan 

Selamat maju jaya buat Puan Sharida dan keluarga dan kenangan bersama akan diabadikan didalam memori selamanya.


Bila ada sumur di ladang,
Bisa saya menumpang mandi,
Bila ada umur yang panjang,
Bisa kita bersua lagi.


Memori 2018 - Lawatan ke Bandar Oberursel & Oberursel Old Town





Pada 27 November 2018, Perwakilan telah membuat lawatan ke Bandar Oberursel dan Oberursel Old Town. Program lawatan telah diketuai oleh Pn. Sharida Ahmad Shahidan selaku ketua AJK Sosial dan Kebajikan.

Oberursel adalah sebuah bandar di Hesse. Bandar ini terletak di kawasan pergunungan Taunus di Hesse, utara Frankfurt.

Program bermula pada jam 9.30 pagi dimana semua ahli berkumpul di kediaman Pn. Sharida sebelum menikmati morning coffee/sarapan di Restoran Epinay, Oberursel.


morning coffee di Restoran Epinay, Oberursel

Kami berpeluang melawat tempat-tempat bersejarah disekitar bandar Oberursel. Tarikan utama di Oberursel adalah The Altstadt ( old town area), penempatan yang kebanyakannya terdiri daripada rumah-rumah separuh kayu. Transisi senibina di Oberursel dapat dilihat apabila menyusuri jalan-jalan disekitar bandar ini daripada senibina medieval ke senibina moden.


Historic Rathaus ( town hall)

The St. Ursula Church, the landmark of Oberursel

barisan rumah-rumah separuh kayu yang masih kekal

Hospitalkirche, Gereja yand dibina pada abad ke 18

rumah-rumah separuh kayu

Disekitar bandar Oberursel juga terdapat beberapa statue (tugu) dan fountain  yang membuatkan bandar ini unik dan bersejarah.

Statue of a jester and a woman on a mule


fountain in the square



Di akhir lawatan, Perwakilan juga berkesempatan ke Taunus Information Centre untuk mendapatkan lebih maklumat berkenaan bandar Oberursel dan sekitarnya.




Memori 2018 - High Tea bersama H.E Ambassador Datin Sarah Al Bakri Devadason

High Tea bersama H.E Ambassador Datin Sarah Al Bakri Devadason


Pada 31 Oktober 2018, Perwakilan Frankfurt sangat berbesar hati kerana diberi peluang untuk mengadakan sesi beramah mesra dengan Puan yang Terutama Datin Sarah Al Bakri Devadason pada majlis High Tea yang diadakan di Pejabat Konsul Jeneral Malaysia, Frankfurt. Majlis ini bermula pada jam 5 petang dan berakhir sekitar jam 6.30 petang.


Datin Sarah Al Bakri Devadason bersama ahli-ahli Perwakilan menikmati hidangan 

Ribuan terima kasih diucapkan kepada Datin Sarah Al Bakri Devadason yang sudi meluangkan masa bersama ahli-ahli Perwakilan walaupun sibuk menghadiri acara rasmi di Frankfurt.  Terima kasih juga atas segala perkongsian dan nasihat yang diberikan pada majlis tersebut.




Memori 2018 - Aktiviti 'Jom Cucuk Sate' sempena Majlis Gala Malaysian Club Deutschland

Pada 13 September 2018, ahli-ahli Perwakilan telah mengambil kesempatan untuk sama-sama terlibat dalam persediaan untuk Majlis Gala Dinner yang akan dianjurkan oleh Malaysian Club Deutschland pada 15 September 2018.


gotong royong aktiviti 'Jom Cucuk Sate'




Ahli-ahli Perwakilan telah membantu dalam penyediaan mencucuk sate secara gotong royong. Perwakilan turut mengalu-alukan kehadiran ahli Perwakilan yang baru tiba ke Frankfurt iaitu Puan Sherrina.




Memori 2018 - Majlis Perpisahan Konsul Pendidikan Encik Syarqawi dan Puan Ling Hassim

Majlis Perpisahan Konsul Pendidikan Encik Syarqawi dan Pn Ling Hassim


Pada 7 Ogos 2018, pihak Perwakilan telah mengadakan majlis makan malam bagi meraikan Encik Syarqawi Muhammad, Konsul Pendidikan dari JPA dan isteri beliau Puan Ling Hassim yang akan pulang ke Malaysia. 

Majlis tersebut diadakan di Dewan Tun Ghazali Shafie, pejabat Konsulat Jeneral Malaysia - Frankfurt pada jam 7 petang. 

Encik Mukundan Madavan, Konsul Jeneral Malaysia-Frankfurt memberikan sedikit ucapan


Sepatah dua kata daripada Encik Syarqawi Muhammad

Wakil dari Malaysian Club Deutschland (MCD) Pn. Amy Lim turut sama hadir memeriahkan majlis

Pn Sharida memberikan ucapan bagi pihak Perwakilan


Walaupun majlis yang sederhana namun tetap meriah dengan kehadiran tetamu-tetamu yang hadir pada malam itu. Menu makan malam telah disediakan oleh ahli-ahli Perwakilan secara 'potluck terancang'.

lauk pauk yang dihidangkan kepada para tetamu

hidangan sampingan; soto ayam, ayam tandoori dan mee goreng

kari daging dan ulaman juga turut dihidangkan 

Seleksi pencuci mulut pada malam tersebut

 Ribuan terima kasih diucapkan kepada semua tetamu yang hadir memerihkan majlis makan malam bagi menghargai dan meraikan En. Syarqawi Muhammad dan Isteri, Pn. Ling Hassim yang banyak memberikan kerjasama sepanjang mereka berada di Franfurt.


Selamat tinggal / Penerbangan Pulang


31 Ogos 2018

Tiba masanya En. Syarqawi Muhammad dan Pn. Ling Hassim serta keluarga mengucapkan selamat tinggal kepada rakan-rakan yang turut hadir di lapangan terbang.

Encik Mukundan Madavan, Konsul General Malaysia-Frankfurt turut hadir bersama rakan-rakan yang lain

Selamat maju jaya buat En. Syarqawi dan Pn. Ling Hassim. Jasamu dan kenangan akan diabadikan di dalam memori selamanya.


       Kalau ada sumur di ladang,
      Boleh saya menumpang mandi,
      Kalau ada umur yang panjang,
     Boleh kita berjumpa lagi.

Memori 2018 - Mesyuarat Perwakilan & Welcome Brunch

Mesyuarat Perwakilan dan Welcoming Brunch

Pada 11 Julai 2018, Perwakilan telah mengadakan sesi Mesyuarat Perwakilan di Bilik Mesyuarat Bunga Raya, Konsulat Jeneral Malaysia, Frankfurt.

Didalam mesyuarat kali ini ahli-ahli membincangkan program-program yang akan diadakan sepanjang tahun 2018.

Perwakilan juga telah berbesar hati meraikan kehadiran ahli Perwakilan yang baru ke Frankfurt iaitu Puan Elizayana Mohd Nordin, isteri kepada Encik Ardi Shah Erwan Abdul Rahim, Konsul Muda Konsulat Jeneral Malaysia, Frankfurt dan Puan Nur Asnida Hussin, Konsul Muda, Pejabat Pendidikan dan Latihan dibawah JPA.




The Welcoming Brunch bermula sebaik sahaja berakhirnya sesi mesyuarat Perwakilan . Ahli-ahli Perwakilan telah mengadakan 'potluck terancang' untuk hidangan pada sesi tersebut.

Bihun Goreng

Pelbagai pilihan kuih muih

pelengkap hidangan untuk Nasi Lemak

tidak lupa ayam goreng dan paru goreng berlada

Memori 2018 - Majlis Perpisahan Konsul Muda Encik Abdul Rahman Adun

Majlis Perpisahan Encik Abdul Rahman Adun


Pada 3hb Julai 2018, Perwakilan Frankfurt telah mengadakan majlis perpisahan bagi Encik Rahman di dewan Tan Sri Ghazali Shafie di bangunan Konsulat, Frankfurt.

Encik Rahman akan meneruskan tugasnya ke Davao, Filipina pula setelah bertugas di pejabat Konsulat Malaysia, Frankfurt selama kira-kira 4 tahun. Majlis tetap meriah walaupun sederhana dengan menu makan malam yang telah disediakan secara potluck terancang oleh ahli-ahli PERWAKILAN.



En Amin , Pengarah Tourism Malaysia, Frankfurt bersama Encik Rahman


Ucapan dari Presiden Kelab Malaysia Deutchland (MCD), Puan Rosita Rahman Hailek

Ahli-ahli PERWAKILAN bersama Encik Rahman

Walaupun sederhana namun kehadiran para tetamu pada malam tersebut memeriahkan lagi majlis meraikan jasa En. Rahman sepanjang beliau berada di Frankfurt. Ribuan terima kasih pada tetamu yang hadir.





Pelbagai hidangan disajikan kepada tetamu yang hadir pada malam itu antaranya Nasi putih, udang masak merah dan Laksa Sarawak.


Hidangan sampingan; Roti canai dan Roti Jala bersama kuah kari


turut dihidangkan Bihun Goreng, Sambal kentang dan Ulaman

Seleksi lauk pauk

tidak ketinggalan sayur campur dan sambal udang

seleksi pencuci mulut untuk tetamu

Cendol, puteri ayu dan creme karamel juga turut dihidangkan 

Ribuan terima kasih diucapkan kepada Encik Abdul Rahman Adun diatas kerjasama yang diberikan sepanjang perkhidmatan beliau di Frankfurt.

Selamat Tinggal / Penerbangan Pulang


Tiba masanya En. Abdul Rahman Adun mengucapkan selamat tinggal kepada rakan-rakan yang turut hadir ke lapangan terbang.

Encik Abdul Rahman Adun bersama rakan-rakan sebelum berlepas

Selamat maju jaya buat Encik Abdul Rahman Adun. Jasamu dan kenangan bersama akan diabadikan di dalam memori selamanya.


  Pucuk pauh delima batu,
    Anak sembilang di tapak tangan,
   Walau jauh di negeri satu,
    Hilang di mata, di hati jangan.