Monday 16 July 2018

MAJLIS PENGHARGAAN DAN PERPISAHAN BUAT PUAN ARIYANTI RAZALI DAN CIK NORAMIRAH YUSUFF



Pejam pelik, masa pun berlalu dengan begitu pantas.  Setelah lebih tiga tahun berkhidmat di perantauan maka dua orang ahli Perwakilan Malaysia-Frankfurt akan mengucapkan selamat tinggal kepada bumi Frankfurt, Jerman.  Mereka berdua akan kembali ke tanah air pada penghujung Jun dan awal Julai 2018.

Dua orang ahli Perwakilan Malaysia-Frankfurt tersebut adalah Puan Ariyanti Razali dan Cik Noramirah Yusuff. 


Untuk makluman salah seorang daripada mereka iaitu Puan Ariyanti Razali telah mengikut suami yang berkhidmat di Lembaga Penggalakan Pelancongan Malaysia (TOURISM Malaysia) iaitu Encik Rizal Mas, Timbalan Pengarah.  Manakala Cik Noramirah Yusuff pula adalah Konsul Muda dari Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA).  Tempoh perkhidmatan mereka masing-masing berakhir di penghujung bulan Jun.

Majlis tersebut telah berlangsung pada 8bh Mei 2018 yang lalu, bertempat di Dewan Tun Ghazali Shafie, Pejabat Konsulat Jeneral Malaysia-Frankfurt pada pukul 7.30 malam.  




Semua ahli-ahli Perwakilan Malaysia-Frankfurt dan keluarga masing-masing telah menghadirkan diri bagi memeriahkan majlis tersebut. 

Jemputan juga dipanjangkan oleh Pejabat Konsulat Jeneral Malaysia-Frankfurt kepada  kelab Malaysia Deutcshland (MCD) dan juga kelab Friends of One Malaysia Germany (F1MG).  Kelab Malaysia Deutcshland (MCD) telah menghantar dua orang wakil disebabkan pengerusi dan timbalan berada di luar dearah.  





Manakala kelab Friends of One Malaysia Germany (F1MG) telah dihadiri oleh pengerusinya sendiri iaitu yang berbahagia Datuk Noraini Anne Bechler dan salah seorang ahli kelab beliau.




Menu hidangan pula telah disediakan secara ‘potluck’ dengan ikhlas hati dan kerjasama daripada semua ahli-ahli Perwakilan Malaysia-Frankfurt.  



Antara menu hidangan tersebut adalah seperti berikut:-
1. Nasi Putih – Cik Hasnani Hamid
2. Ayam Masak Merah/Tomato – Puan Sharida Ahmad Shahidan
3. Pajeri Nenas – Puan Sharida Ahmad Shahidan
4. Brokoli dengan Udang – Cik Hasnani Hamid
5. Eight Treasure All Veges- Puan Ling Hassim
6. Salmon Asam Pedas -  Puan Ling Hassim
7. Kambing masak Black Pepper – Puan Ling Hassim
8. Ayam Goreng – Puan Yaumee Hayati M.Nawi







Menu Sampingan
1. Som Tam – Puan Ling Hassim
2. Roti Jala berkuahkan kari – Puan Yaumee Hayati M.Nawi
3. Nasi Impit berkuahkan Lodeh – Puan Rozila Jurimi
4. Ulam-ulaman – Cik Hasnani Hamid


 





Pemanis Mulut
1. Vege Spring Roll/Vege Samosa – Cik Hasnani Hamid
2. Kek – Puan Ling Hassim
3. Makaroni Bakar – Puan Yaumee Hayati M.Nawi
4. Buah-buahan - Cik Hasnani Hamid







Tidak ketinggalan juga, Encik Abdul Rahman Adun iaitu Konsul dari pejabat Konsulat Jeneral Malaysia-Frankfurt telah menyumbangkan satu jenis masakan iaitu masak lemak ikan masin ala Johor.




Puan Ariyanti Razali juga turut menyumbangkan beberapa jenis lauk-pauk dan menu sampingan.  Di antaranya adalah 

1. Nasi Pulo
2. Sayur Alu Gobi
3. Kari Vege
4. Salad Vege
5. Papadom
6. Pulut Kuning
7. Puding




Manakala Kelab F1MG, pengerusinya iaitu yang berbahagia Datuk Noraini Anne Bechler telah menyumbangkan kek keju hasil air tangannya sendiri.  Terima kasih diucapkan kepada yang berbahagia Datuk Noraini Anne Bechler di atas sumbangan tersebut.

Juruacara majlis telah diketuai oleh Encik Nur Ahmad Fadhli Mohd Naim iaitu Konsul Pendidikan dari Majlis Amanah Rakyat (MARA).


Juruacara majlis mengalukan terlebih dahulu, Encik Syarqawi Muhammad iaitu Konsul Pendidikan dari Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) untuk mengetuai bacaan doa dan juga ucapan sebagai ketua jabatan kepada Cik Noramirah Yusuff.



Setelah itu juruacara majlis menjemput Konsul Jeneral Malaysia-Frankfurt  iaitu Yang Berusaha Encik Mukudan Madavan memberikan ucapan sepatah dua.  Petikan ucapan yang ditujukan oleh Yang Berusaha Encik Mukudan Madavan kepada kedua-dua pegawai tersebut penuh bermakna dengan amanat tersurat dan tersirat.  Beliau juga menyatakan majlis ini bukan hanya untuk meraikan majlis perpisahan tapi lebih ke arah majlis penghargaan bagi menghargai keringat yang telah diberikan oleh kedua-dua pegawai tersebut selama berkhidmat di Frankfurt, Jerman.



Juruacara majlis seterusnya mempersilakan suami kepada Puan Ariyanti Razali iaitu Encik Rizal Mas untuk berucap sepatah dua dan diikuti oleh Cik Noramirah Yusuff.  




Suasana agak sayu apabila kedua-dua mereka masing-masing memberikan ucapan.  Ringkasan ucapan mereka berdua telah mengungkapkan ribuan terima kasih kepada Konsul Jeneral Malaysia, iaitu Yang Berusaha Encik Mukudan Madavan dan ketua jabatan masing-masing iaitu Encik Mohd. Amin Yahya iaitu Pengarah dari Lembaga Penggalakkan Pelancongan (TOURISM Malaysia) dan Encik Syarqawi Muhammad iaitu Konsul Pendidikan dari Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA).  

Tidak ketinggalan juga ucapan terima kasih dipanjangkan kepada semua ahli Malawakil yang dianggap sahabat lebih diumpamakan saudara kerana telah sudi menghulurkan pertolongan, bantuan dan  juga nasihat yang diberikan kepada mereka sepanjang berada di Frankfurt, Jerman.

Juruacara majlis kemudiannya mempersilakan sekali lagi kepada Yang Berusaha Encik Mukudan Madavan bagi pihak semua jabatan untuk penyampaian cenderahati yang akan diberikan kepada kedua-dua pegawai tersebut.



Manakala bagi pihak Perwakilan Malaysia-Frankfurt pula diwakilkan oleh Puan Ling Hassim untuk serahan cenderahati dan jambangan bunga untuk Puan Ariyanti Razali dan juga Cik Noramirah Yusuff.

Kelab Malaysia Deutcshland (MCD) juga tidak ketinggalan menyumbang cenderahati kepada Encik Rizal Mas dan Cik Noramirah Yusuff.


Semua hadirin kemudiannya telah disajikan dengan selingan rakaman memori untuk kedua-dua pegawai tersebut sepanjang berada di bumi Jerman.  Selingan rakaman memori telah disediakan dan diolah oleh Encik Badrul Hisham Hilal iaitu Konsul dari Pembadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE).  Ribuan terima kasih kepada beliau di atas usaha mengolahkan rakaman tersebut walaupun kekangan masa yang terhad.



Berakhirnya sudah acara berlangsung, juruacara majlis telah mempersilakan semua hadirin menjamu selera.

Jutaan terima kasih yang tidak terhingga buat dua orang ahli Perwakilan Malaysia-Frankfurt, Puan Ariyanti Razali dan Cik Noramirah Yusuff di atas kerjasama yang diberikan sepanjang berada di bumi Jerman.

Selamat Maju Jaya buat kedua-dua ahli Perwakilan Malaysia-Frankfurt, Puan Ariyanti Razali dan Cik Noramirah Yusuff.  Jasamu dan kenangan bersama-sama akan dipotret di dalam memori buat selama-lamanya.

Semoga tali persaudaraan akan lebih tererat terjalin walaupun berjauhan berlainan benua.  ‘Keep in Touch Girls’.

Dilampirkan foto-foto memori pada hari tersebut.














Nota kaki
Ketidakhadiran
Puan Sharida Ahmad Shahidan – masalah kesihatan yang tidak mengizinkan beliau untuk hadir.



Selamat tinggal buat kedua-dua ahli Perwakilan Malaysia-Frankfurt

28 haribulan Jun 2018
Tiba masanya Puan Ariyanti Razali dan keluarga mengucapkan selamat tinggal kepada semua ahli-ahli Malawakil Malaysia-Frankfurt dan juga kakitangan Lembaga Penggalakan Pelancongan Malaysia (TOURISM Malaysia) yang turut hadir di lapangan terbang.  Mereka berlepas pada 28 haribulan Jun dengan penerbangan pada pukul  3.20 petang. 

Dilampirkan foto-foto memori pada hari tersebut.

















2 Julai 2018

Giliran Cik Noramirah Yusuff pula mengucapkan selamat tinggal kepada semua ahli Malawakil Malaysia-Frankfurt, kakitangan daripada Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dan juga Pembadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE) serta para pelajar yang turut hadir di lapangan terbang.  Beliau telah berlepas pada 2hb Julai 2018 dengan penerbangan pukul 8.30 pagi.

Dilampirkan foto-foto memori pada hari tersebut,

 
















Tschuss!!! Vielen Dank!!!