Saturday 16 June 2012

Kunjungan Ziarah Ke Rumah En Gafurr Durmishi

Semalam Jumaat 15 Jun 2012, satu kunjungan ziarah telah dibuat oleh PERWAKILAN Frankfurt ke rumah En. Gafurr Durmishi yang merupakan salah seorang locally recruited staff di Pejabat Konsul Jeneral. Lebihkurang jam 12 tengahari, rombongan PERWAKILAN Frankfurt yang diketuai oleh Pengerusi PERWAKILAN Frankfurt, Puan Karen George Abraham sampai di kediaman beliau untuk berkongsi rasa kegembiraan beliau dan isteri mendapat anak lelaki. Anak kedua di dalam keluarga tetapi merupakan anak lelaki pertama bagi keluarga ini telah selamat dilahirkan 1 Mei 2012 lepas. 

Friday 15 June 2012

Orange Morning Coffee ~ Puan Wan Nor Hasima Hj. Wan Abdullah

Jingga menjadi tema tuan rumah untuk morning coffee bulan ini.  Sana-sini jingga..mencipta keindahan tersendiri.. Puan Nor Hasima Hj. Wan Abdullah, tuan rumah morning coffee kali ini memilih untuk mengadakan majlis ini semalam, Selasa 14 Jun 2012 di kediaman beliau di Hattersheim. Majlis yang bermula jam 10:30 pagi itu, dimulakan dengan aktiviti makan-makan. Laksa penang dan nasi beriani ayam menjadi pilihan tuan rumah kali ini. Kuih-muih tidak ketinggalan. Majlis kali ini juga diisi dengan Parti Tupperware..tetapi kali ini didemonstrasi oleh Puan Ku Asma Muehlenberg pula.. Terima kasih kepada semua yang hadir, terima kasih atas sokongan yang diberi..

Wednesday 6 June 2012

Congrats!

Piala kemenangan milik Frankfurt lagi! Itulah keputusan rasmi Karnival Sukan Tahunan Berlin-Frankfurt terbaru. Berlangsung di Berlin, karnival tiga hari yang bermula dari Jumaat, 1 Jun dan berakhir Ahad, 3 Jun tersebut mempertaruhkan acara ping-pong, golf, bowling dan badminton.

Berkumpul sekali setahun untuk bersukan bersama ternyata menambahkan kemesraan yang ada, keeratan terasa. Terima kasih semua. Tahun depan, kami pula menjadi tuan rumah.. silakan semua.. turun ke Frankfurt pula!