Monday 26 February 2018

JEMPUTAN RUMAH TERBUKA TAHUN BARU CINA 2018

Malaysia Club Deutschland (MCD) telah berbesar hati menjemput ahli-ahli Perwakilan untuk turut sama memeriahkan sambutan Rumah Terbuka Tahun Baru Cina 2018.

Dilampirkan kad jemputan  daripada MCD untuk perhatian.



Sebarang pertanyaan dan maklum balas kehadiran, sila berhubung dengan Setiausaha Perwakilan.

tschuss!!!Vielen dank!!!

Sunday 18 February 2018

JEMPUTAN MAKAN TENGAHARI OLEH MALAYSIA CLUB DEUTSCHLAND (MCD)

Pihak Malaysia Club Deutschland (MCD) telah berbesar hati menganjurkan program makan tengahari bersama dengan ahli-ahli Perwakilan bertempat di Restoran Medina Steakhouse pada 6 Febuari 2018 bermula pada pukul 1245 tenghari.

Rombongan ‘Cik Puan’ yang disertai ahli-ahli Perwakilan telah bersepakat menaiki kenderaan awam yang popular di Frankfurt iaitu keretapi U-Bann daripada Pejabat Konsulat Jeneral-Malaysia ke stesen Dom Romer.

 


Kehadiran ahli-ahli Perwakilan adalah seramai 6 orang. Manakala Malaysia Club Deutschland (MCD) diwakili oleh Pengerusi Kelab, Puan Rosita Rahman Hailek dan Naib Pengerusi Kelab iaitu Puan Amy Lim. Kehadiran diserikan juga dengan kehadiran Encik Abdul Rahman Adun, Konsul Muda dari Konsulat Jeneral Malaysia-Frankfurt.



Perbincangan dimulakan dengan Malaysia Club Deutschland (MCD) telah mengusulkan beberapa perkara dengan ahli-ahli Perwakilan iaitu menganjurkan program bersama bagi sesi 2018.  Di antara usul-usul tersebut adalah program Majlis Makan Malam Gala (Gala Dinner) dan Perarakan Kebudayaan (Parade Culture). Perbincangan secara rasmi akan diadakan setelah mendapat pengesahan bagi tarikh rasmi program-program tersebut.

Kemeriahan diserikan lagi dengan gurauan dan cuitan manja di antara ahli-ahli Perwakilan dan Malaysia Club Deutschland (MCD) tidak lekang di bibir dan senyuman manis keceriaan.


 



Sesi makan tengahari di akhiri dengan merakamkan memori bersama ahli-ahli Pewakilan dan Malaysia Club Deutschland (MCD). Dilampirkan foto-foto memori bersama di bawah ini, 












Sekalung terima kasih kepada Malaysia Club Deutschland (MCD) di atas kesudian jemputan sesi makan tengahari dan cenderahati.

tschuss!!!Vielen dank!!!

MESYUARAT AGUNG PERWAKILAN FRANKFURT SESI 2018

Julang kalinya Mesyuarat Agung pertama bagi Sesi 2018 telah diadakan di Bilik Mesyuarat Bunga Raya, Konsulat Jeneral Malaysia-Frankfurt. Dilampirkan surat pekeliling bagi butiran mesyuarat tersebut;





Keahlian pada Sesi 2018 adalah seramai 7 orang. Untuk makluman, seorang ahli Perwakilan iaitu Puan Rozila Jurimi tidak dapat hadir ke mesyuarat agung tersebut di atas sebab yang tidak dapat dielakkan.

Mesyuarat bermula pada pukul 11.00 pagi iaitu dengan mengalukan kehadiran Konsul Jeneral yang baharu iaitu Yang Berusaha Encik Mukudan Madavan. Beliau dengan berbesar hati sudi untuk mempengerusikan mesyuarat tersebut.




Agenda mesyuarat dimulakan dengan membuat pengesahan bagi minit Mesyuarat Agung bagi Sesi 2017 bagi kali ke-9. 

Disusuli dengan perbentangan daripada AJK Kewangan, AJK Masakan dan AJK Biro Sosial dan Kebajikan. Semua ahli majlis mesyuarat telah sebulat suara dan bersetuju bagi mengesahkan di atas laporan-laporan tersebut.


Lain-lain perkara berbangkit iaitu Penaung, Yang Berusaha Encik Mukudan Madavan telah mencadangkan beberapa usul iaitu:-

1.  Cadangan mengadakan program dan aktiviti membabitkan konsulat negara-negara lain. Ia secara tidak langsung ia dapat menyemai semangat muhibbah di antara Perwakilan dan konsulat negara-negara lain serta mendapat menambah kenalan dari pelbagai latarbelakang negara.  Tambahan daripada itu, ahli-ahli Perwakilan juga dapat memperbaiki kemahiran diri di dalam kemahiran berkomunikasi dengan orang luar serta menyemai sifat yakin diri di dalam interaksi sosial.

2.  Ahli Perwakilan perlu memikirkan aktiviti-aktiviti bersama yang membolehkan menjana dan meningkatkan sumber kewangan Perwakilan. Di antara inisiatif untuk menambah sumber kewangan Perwakilan adalah dengan membuka bazaar makanan dan menjual barangan kraftangan. Ianya secara tidak langsung dapat mempromosikan makanan tradisi dan hasil kraftangan daripada Malaysia.


Sekalung ribuan terima kasih daripada ahli-ahli Perwakilan untuk Yang Berusaha, Encik Mukudan Madavan di atas kesudian beliau meluangkan masa bagi mempengerusikan Mesyuarat Agung yang Pertama Perwakilan untuk Sesi 2018 dan disamping itu dapat membantu dengan memberikan cadangan-cadangan yang bernas serta teguran manja bagi memperbaiki Persatuan Perwakilan serta memantapkan keutuhan persaudaraan di antara ahli-ahli Perwakilan.

Ahli-ahli Perwakilan seterusnya mengambil kesempatan dengan kehadiran Yang Berusaha Encik Mukundan Madavan untuk bergambar bersama beliau dan ahli-ahli Perwakilan.







Agenda terakhir bagi Mesyuarat Agung Perwakilan adalah pembubaran Ahli Jawatankuasa bagi Sesi 2017 dan perlantikan ahli baharu bagi Sesi 2018.

Senarai Ahli Jawatankuasa bagi Sesi 2018 iaitu -
Penaung : Encik Mukudan Madavan
Setiausaha : Cik Hasnani Hamid
Bendahari : Cik Noramirah Yusoff
AJK Biro Sosial dan Kebajikan : Ketua - Puan Sharida Ahmad Shahidan
                                                           Penolong - Puan Ling Hassim
AJK Masakan : Puan Yaumee Hayati  M.Nawi
Pentadbir Web : 1.  Puan Ariyanti Razali
                    2. Puan Rozila Jurimi


Tindakan Susulan-

1. Bendahari telah mengutip yuran keahlian tahunan bagi Sesi 2018.

2. AJK Biro Sosial dan Kebajikan akan membuat tindakan susulan untuk program-program yang diusulkan di dalam mesyuarat iaitu –


2.1 Program Bersama Kedutaan Berlin-Konsulat Jeneral Frankfurt
2.2 Hari Keluarga Perwakilan Frankfurt

3. AJK Masakan akan memaklumkan maklumat terkini bagi Taste of The World 2018.


Mesyuarat Agung Pertama Perwakilan Frankfurt bagi Sesi 2018 berakhir pada pukul 1230 tengahari.  

Ribuan terima kasih buat semua ahli-ahli Perwakilan di atas kehadiran dan kerjasama yang telah diberikan di dalam mesyuarat tersebut.

tschuss!!!Vielen dank!!!