Saturday 27 October 2012

Aidil Adha..

Pagi semalam, Jumaat 10 Zulhijah 1433 H bersamaan 26 Oktober 2012 M, warga konsulat Malaysia Frankfurt yang beragama Islam telah berkumpul semula di bangunan konsulat bagi menunaikan solat sunat Aidil Adha. Majlis yang bermula jam 9:00 pagi tersebut diketuai oleh Encik Zulkiply Endut. 

Wednesday 10 October 2012

Potluck High Tea

Semalam, Selasa 9 Oktober 2012, satu majlis Potluck High Tea bersama Chef Dato' Ismail Ahmad telah diadakan di Kediaman Rasmi Konsul Jeneral Di Frankfurt. Selain ahli PERWAKILAN Frankfurt, ahli-ahli MCD (Malaysian Club Deutschland e.v) juga turut hadir bagi memeriahkan lagi majlis tersebut. Majlis yang bermula jam 4:00 petang tersebut berakhir jam 5:30 petang. Kepada yang hadir, terima kasih banyak-banyak atas sumbangan yang dibawa.. semoga kita dapat berkumpul lagi di masa akan datang pula..

Morning Coffee ~ Cik Rodziah Idris

Lain dari yang..itulah yang dapat disimpulkan mengenai morning coffee kali ini..kebiasaan diadakan di waktu pagi, tetapi kali ini tuan rumah, Cik Rodziah Idris yang juga merupakan Setiausaha PERWAKILAN Frankfurt sessi ini memilih untuk mengadakannya pada waktu tengahari.