Sunday 23 July 2017

Jemputan ke Rumah Terbuka AidilFitri 1438 Hijrah


Jemputan ke 'Networking Day by Tourism Malaysia, Frankfurt with Airlines & Tour Operators in conjunction with Eid Mubarak' bertarikh pada hari Rabu, 5hb Julai, 2017. 
Sekalung kasih & sayang serta ucapan terima kasih diucapkan buat tetamu kehormat 
Yang Berbahagia Konsul Jeneral Malaysia, Puan Adina Kamarudin kerana sudi melapangkan majlis. - dari seisi Keluarga Tourism Malaysia di Frankfurt.


Jemputan Makan Tengahari sempena AidilFitri bersama keluarga En. Badrul Hisham Hilal
 & isteri Puan Nurul Sharyzat Abu Bakar di kediaman beliau yang bertempat di Western-nord, Frankfurt bertarikh pada hari Jumaat, 7hb Julai 2017.


Jemputan Makan Malam ke Rumah Terbuka bersama keluarga En. Syarqawi Muhammad 
& Puan Ling Hasim di kediaman beliau yang beralamat di Haeberlinstrasse, Frankfurt 
bertarikh pada hari Khamis, 20hb Julai 2017


Jemputan Minum Petang ke Rumah Terbuka bersama keluarga Encik Nur Ahmad Fadhli Mohd Naim 
& Puan Yaumee Hayati M. Nawi  di kediaman beliau yang bertempat di Praunheimer, Frankfurt 
bertarikh pada hari Sabtu, 22hb Julai 2017


Di kesempatan dan ruang yang diberikan, Perwakilan ingin mengucapkan ribuan terima kasih di atas kesemua jemputan yang telah dipanjangkan buat Perwakilan dan keluarga. Semoga Majlis Tuan Puan mendapat keberkatan dariNYA yang ESA dan dipermurahkan rezeki selalu.

Penganjuran Rumah Terbuka AidilFitri 1438 Hijrah adalah untuk memupuk kasih sayang dan toleransi di antara satu sama lain dan mengeratkan silatulrahim sesama ahli keluarga PERWAKILAN. Selain itu, memberi kefahaman buat  sahabat dan kenalan baru yang berlainan budaya dan agama tentang sambutan AidilFItri di kalangan umat islam. Juadah yang enak dan lazat adalah menjadi tumpuan utama di dalam acara Rumah Terbuka. Semoga nila-nilai positif dan murni ini sentiasa dipupuk dan disemai di dalam jiwa dan sanubari kita Rakyat Malaysia khususnya yang berada di luar negara agar kita sentiasa hormat menghormati di antara satu sama lain dan memupuk semangat kasih dan sayang di dalam persekitaran yang harmoni dan kekeluargaan.

Berikut adalah beberapa keping gambar yang telah dirakam ketika majlis sedang berlangsung di Rumah Terbuka AidilFitri 1438 Hijrah. 

  • 'Networking Day by Tourism Malaysia, Frankfurt with Airlines & Tour Operators in conjunction with Eid Mubarak' bertarikh pada hari Rabu 5hb Julai, 2017





Encik Mohamed Amin Yahya, Pengarah Tourism Malaysia di Frankfurt (berdiri tengah) bersama dengan dengan para jemputan yang hadir.





Di antara juadah yang telah disediakan oleh Tourism Malaysia adalah Mee Goreng Malaysian Style, Nasi Beriyani, Gobi Manchurian, Nasi Impit Kuah Kacang, Satay Ayam dan Daging, Roti Jala, Ayam Masak Merah, Rendang Daging, Bihun Goreng, Murtabak Ayam, Pemanis Mulut & Kuih Muih.






  • Jemputan Makan Tengahari sempena AidilFitri bersama keluarga En. Badrul Hisham Hilal & isteri Puan Nurul Sharyzat Abu Bakar di kediaman beliau yang bertempat di Western-nord, Frankfurt bertarikh pada hari Jumaat, 7hb Julai 2017.

Encik Badrul Hisham Hilal, Konsul Perdagangan (MATRADE) 
bersama isteri Puan Nurul Sharyzat Abu Bakar




Di antara juadah yang telah disediakan oleh Tuan Rumah adalah Nasi Putih, Gulai Ayam, Kurma Ayam, Udang Sambal Petai, Pajeri Nanas, Bubur Pulut Hitam & Air Jagung Istimewa


  • Jemputan Makan Malam ke Rumah Terbuka bersama keluarga En. Syarqawi Muhammad  
    Puan Ling Hasim di kediaman beliau yang beralamat di Haeberlinstrasse, Frankfurt 
    bertarikh pada hari Khamis, 20hb Julai 2017


Puan Ling Hasim (yang pertama dari kanan) bersama tetamu yang hadir


Tuan Rumah, Encik Syarqawi Muhammad, Konsul Pendidikan dan Latihan JPA 
sedang sibuk membakar sate buat tetamu yang hadir






Di antara juadah yang telah disediakan oleh Tuan Rumah adalah Rendang Daging Terengganu, 
Sate Ayam, Sate Lembu, Sate Kambing, Nasi Impit Lemang bersama Kuah Kacang, Nasi Ganja, Ayam Goreng Berempah, Kuah Kari, Sambal Nanas, Papadum, Kway Teow Sup & Kek Lapis Tersohor dari Negeri Sarawak








  • Jemputan Minum Petang ke Rumah Terbuka bersama keluarga Encik Nur Ahmad Fadhli Mohd Naim & Puan Yaumee Hayati M. Nawi  di kediaman beliau yang bertempat di Praunheimer, Frankfurt, bertarikh pada hari Sabtu, 22hb Julai 2017

Tuan Rumah, Encik Nur Ahmad Fadhli Mohd Naim, Pengarah (MARA) 
bersama isteri tersayang Puan Yaumee Hayati M. Nawi.




Di antara juadah yang telah disediakan oleh Tuan Rumah adalah Nasi Hujan Panas, Dalca , Ayam Masak Merah, Soto Ayam, Sate Ayam, Sate Daging, Rendang, Lemang, Nasi Impit bersama Kuah Kacang, Laksa dan Cendol Manis Special.





• ˚Selamat★* 。 • ˚ ˚ ˛ ˚ ˛ •
•。★Hari Raya!★ 。* • ˚。
° 。 ° ˛˚˛ * _Π_____*。*˚
˚ ˛ •˛•˚ */______/~\。˚ ˚ ˛
˚ ˛ •˛• ˚ | 田田 |門| ˚
SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI 1438 HIJRAH
MAAF ZAHIR DAN BATIN DARI PERWAKILAN FRANKFURT

Wednesday 12 July 2017

Mesyuarat Perwakilan Frankfurt Bil. 2/2017



Pada hari ini bertarikh 12hb Julai 2017, PERWAKILAN Frankfurt telah mengadakan Mesyuarat yang ke-2 pada tahun 2017 ini bagi membincangkan beberapa perkara yang berbangkit dan juga aktiviti-aktiviti yang akan diadakan pada bulan Julai, Ogos & September 2017.

Mesyuarat dipengerusikan oleh Yang Berbahagia Konsul Jeneral Malaysia, Puan Adina Kamarudin di Bilik Mesyuarat Konsulat Jeneral Malaysia, Frankfurt. Pada mesyuarat ini, sesi pembentangan dan pengesahan Minit Mesyuarat Perwakilan AGM Bil. 1/2017 turut dibentang dan disahkah.

Di bawah ini disertakan senarai aktiviti dan tarikh yang telah diputuskan di dalam Mesyuarat PERWAKILAN Frankfurt Bil. 2/2017 ;-

  1. 10hb Ogos : Farewell Lunch buat ahli Perwakilan yang dikasihi, Puan Selvy yang akan pulang ke tanahair pada bulan Ogos 2017. Ini juga merupakan PERWAKILAN Appreciation Day buat kesemua ahli Perwakilan
  2. *30hb Ogos 2017 : Jom Cucuk Sate sempena Malaysian Gala Dinner anjuran MCD
  3. Jumaat, 1hb September 2017 : Sambutan Hari Raya Aidil Adha di Pejabat Konsulat Jeneral Malaysia, Frankfurt. Ahli-ahli PERWAKILAN telah bersetuju untuk meyediakan juadah masakan Potluck Terancang diantaranya adalah Mee Goreng, Nasi Tomato, Ayam Masak Merah, Rendang, Nasi Impit dan Kuah Kacang.

Yang Berbahagia Pengerusi PERWAKILAN,
Puan Adina Kamarudin bersama setiap ahli PERWAKILAN yang hadir.



Pada mesyuarat kali ini, ahli-ahli PERWAKILAN telah berbesar hati menyediakan juadah Nasi Kerabu bersama kuah tumis, sambal ikan, ayam percik, ulam-ulaman, telur masin, beehon goreng, sandwich sardin, pemanis mulut dan minuman. Terima kasih kepada setiap ahli PERWAKILAN yang telah memberi kerjasama yang baik di dalam menyediakan jamuan ringan ini.











Nota:
Mesyuarat PERWAKILAN Bil. 2/2017 bermula pada pukul 11:30 tengahari dan berakhir pada pukul 1 petang.