Tuesday 17 April 2018

BERKELAH SAMBIL BERIADAH DI HARI 'APRIL FOOL'

Bersempena hari bercuti pada 1 April 2018, Cik Noramirah Yusuff dan Puan Ling Hassim julung kali telah merancang program 'Berkelah sambil Beriadah' bersama ahli-ahli Perwakilan untuk tahun ini.

Jemputan telah dipanjangkan kepada ahli-ahli Perwakilan melalui ‘WhatsApp Group – Perwakilan Frankfurt’. Dilampirkan butiran program tersebut,





Ahli-ahli Perwakilan bersama keluarga masing-masing turut hadir untuk memeriahkan program tersebut dan ianya diceriakan lagi dengan kehadiran para pelajar tajaan Jabatan Pelajaran Awam (JPA).

Jamuan telah disediakan secara ‘Potluck’ dengan kerjasama di antara ahli-ahli Perwakilan. Di antara hidangan tersebut iaitu:-

Nasi Kerabu
Kambing Bakar
Daging dan Ayam Bakar
Satay
Keropok Lekor
'Vietnamese Rolls'

Dilampirkan foto-foto memori tersebut,








Terima kasih kepada Cik Noramirah Yusuff dan Puan Ling Hassim di atas usaha sama merancang program Perwakilan bagi tahun 2018.

Tschuss!!!Vielen Dank!!!


Nota Kaki
Puan Sharida Ahmad Shahidan
Puan Ariyanti Razali
Cik Hasnani Hamid
(Ketidakhadiran - Tidak dapat turut serta kerana telah merancang percutian bersama keluarga masing-masing).

Monday 16 April 2018

MAJLIS SOLAT HAJAT DAN DOA SELAMAT PUAN LING HASSIM


Ahli Perwakilan dan keluarga telah dijemput untuk turut serta bagi memeriahkan majlis solat hajat dan doa selamat daripada Puan Ling Hassim dan keluarga.

Kiriman jemputan telah diterima melalui ‘WhatsApp group – Uswatun Hasanah Frankfurt'.  Dengan ini dilampirkan butiran majlis tersebut,



Dengan penuh keceriaan tuan rumah dan keluarga telah menyambut kedatangan para tetamu bermula pada pukul 6 petang.

Setelah ketibaan semua tetamu, majlis dimulakan dengan menunaikan solat Maghrib berjemaah terlebih dahulu dan diimamkan oleh tuan rumah sendiri. Kemudiannya tuan rumah membaca doa sebelum mempersilakan para tetamu menjamu selera.

Hidangan telah disediakan oleh air tangan Puan Ling Hassim sendiri dan dibantu oleh para pelajar tajaan Jabatan Pelajaran Awam (JPA).

Antara hidangan yang telah disediakan adalah seperti berikut:-

Nasi Putih

Daging Masak Lemak Rebung 





Udang Masak Mentega


Sup Bebola Ayam

Telur Goreng Tiram

Ayam Goreng ala KFC

Sayur Campur bersama Tohu

Putu Mayam

Kuih Lopes

Kuih Lapis Keju Coklat


Dilampirkan foto-foto memori di majlis tersebut.








Terima kasih kepada Puan Ling Hassim dan keluarga di atas jemputan.

Titipan terakhir, semoga segala himpunan doa dan solat hajat yang dilakukan diberkati olehNya .


tschuss!!!Vielen dank!!!


Nota Kaki
Puan Sharida Ahmad Shahidan
(Ketidakhadiran -  Di atas sebab yang tidak dielakkan.)