Friday 25 August 2017

Majlis Perpisahan Yang Berbahagia Konsul Jeneral Malaysia di Frankfurt, Puan Adina Kamarudin


Yang Berbahagia Pengerusi Perwakilan Malaysia di Frankfurt merangkap Konsul Jeneral Malaysia, Frankfurt (duduk di tengah) diraikan di dalam Majlis Perpisahan beliau oleh ahli-ahli Perwakilan.


Yang Berbahagia Puan Adina Kamarudin bersama suami beliau Encik Mahzan Abdul Samad, anakanda Muhammad Aqeel Rasikh dan pembantu rumah beliau Buaiti Nandi turut diraikan bersama di dalam Majlis Perpisahan ini.

Suasana hiba dan pilu menyelubungi malam tadi kerana ahli-ahli dan keluarga PERWAKILAN khususnya akan kehilangan Pengerusi Perwakilan yang di kasihi, Puan Adina Kamarudin namun inilah asam garam kehidupan ketika bertugas di luar negara. Tiada semua yang kekal di dalam kehidupan kita kerana ianya adalah pinjaman dari YANG ESA, yang pasti segala kenangan dan memori bersama ketika di dalam acara PERWAKILAN dan juga perkenalan kita akan sentiasa di kenang sampai bila-bila.

Majlis Perpisahan Yang Berbahagia Pengerusi  Perwakilan, Puan Adina Kamarudin telah diadakan pada hari Jumaat, 25hb Ogos 2017. Majlis Perpisahan ini dikelolakan oleh ahli-ahli PERWAKILAN bertempat di Dewan Makan Tun Ghazali Shafie, Pejabat Konsulat Jeneral Malaysia, Frankfurt. Majlis bermula pada pukul 8.00 malam.

Majlis Perpisahan Yang Berbahagia Puan Adina Kamarudin dimulakan dengan ucapan dan kata-kata aluan oleh Pengerusi Majlis merangkap Bendahari Perwakilan, Cik Noramirah Yusoff atau lebih dikenali dengan Cik Miera. Disusuli dengan menjemput Puan Ling Hassim, ahli Perwakilan yang telah bersama di dalam penglibatan aktiviti dan program Perwakilan Malaysia di Frankfurt selama atau hampir 4 tahun bagi menyampaikan ucapan penghargaan kepada Yang Berbahagia Pengerusi Perwakilan. 

Seterusnya, Encik Nur Ahmad Fadhli. Pengarah (MARA) mewakili pihak keluarga PERWAKILAN menyampaikan ucapan dan kata-kata penghargaan kepada Yang Berbahagia Pengerusi Perwakilan, Puan Adina Kamarudin sekeluarga. 

Majlis dilangsungkan dengan ucapan oleh Yang Berbahagia Pengerusi Perwakilan, Puan Adina Kamarudin. Terima Kasih dan sekalung kasih sayang dari PERWAKILAN kepada Yang Berbahagia Puan Pengerusi di atas ucapan penghargaan buat ahli-ahli Perwakilan, nasihat dan kata-kata perangsang untuk PERWAKILAN lebih maju di dalam menjayakan program dan aktiviti di masa hadapan serta menjaga kebajikan sesama ahli-ahli Perwakilan dan keluarga. 

Majlis diteruskan dengan penyampaian cenderahati dari Perwakilan Frankfurt kepada Yang Berbahagia Pengerusi Perwakilan, Puan Adina Kamarudin. 

Majlis disempurnakan dengan bacaan doa selamat yang dilafazkan oleh Encik Syarqawi Muhammad, Konsul Pendidikan dan Latihan JPA bagi mendoakan kesejahteraan Yang Berbahagia Puan Adina Kamarudin sekeluarga.

Di kesempatan ini, PERWAKILAN ingin mengucapkan Selamat Pulang Bertugas ke Malaysia kepada Yang Berbahagia Puan Adina Kamarudin, semoga maju jaya di dalam apa jua lapangan yang diceburi dan dipermudahkan segala urusan sekembali bertugas di Malaysia. Di panjangkan doa agar anakanda-anakanda Yang Berbahagia Puan Adina Kamarudin dan Encik Mahzan Abdul Samad berjaya di dalam pembelajaran mereka. Harapan PERWAKILAN agar tali persahabatan yang telah terjalin di antara kita akan terus utuh walaupun terpisah jauh di atas urusan kerja.






























Terima Kasih diucapkan kepada semua ahli PERWAKILAN yang telah menyediakan juadah yang enak dan istimewa di Majlis Perpisahan Yang Berbahagia Puan Adina Kamarudin.

Nota :

Yang Berbahagia Konsul Jeneral Malaysia di Frankfurt merangkap Pengerusi Perwakilan, Puan Adina Kamarudin telah memulakan perkhidmatan di Kementerian Luar Negeri sebagai Penolong Setiausaha pada Disember 1996. Yang Berbahagia Puan Adina juga pernah berkhidmat sebagai Setiausaha Pertama di Kedutaan Besar Malaysia di Dublin, Ireland pada tahun 2001 sehingga 2006. Pada 11hb Ogos, 2014, Yang Berbahagia Puan Adina Kamarudin telah ditugaskan sebagai Konsul Jeneral Malaysia Frankfurt sehingga kini. Beliau dijadualkan untuk berangkat pulang ke tanahair Malaysia bagi meneruskan tugas dan perkhidmatan di Kementerian Luar Negeri  pada 7hb September, 2017.




  • Isnin, 14hb Ogos, 2017
Majlis Perpisahan (Farewell Luncheon) meraikan Yang Berbahagia Puan Adina Kamarudin, Konsul Jeneral Malaysia, Frankfurt telah dikelolakan oleh Ketua- ketua Agensi, Pegawai HBS & Staf KAT Konsulat Jeneral Malaysia, Frankfurt.

Majlis Perpisahan Yang Berbahagia Puan Adina Kamarudin bermula pada pukul 12:00 tengahari bertempat di Dewan Jamuan Tun Ghazali Shafie, Tingkat 18, Bangunan Kastor, Konsulat Jeneral Malaysia, Frankfurt.

Penyediaan jamuan Makan Tengahari telah disediakan oleh setiap Agensi (potluck terancang) yang dibantu oleh ahli-ahli Perwakilan Malaysia, Frankfurt.

Program yang telah disusun adalah seperti di bawah :-

12:00 tengahari Ketibaan Jemputan
12:30 tengahari Majlis Bermula dengan ucapan dari wakil HBS,
                          ucapan dari wakil KAT,
                          ucapan dari Yang Berbahagia Konsul Jeneral Malaysia Frankfurt, Puan Adina
                          pertunjukan Video
                          penyampaian cenderahati kepada Yang Berbahagia Puan Adina.
1:30 tengahari   Jamuan Makan
2:15 petang       Majlis Bersurai




Yang Berbahagia Puan Adina Kamarudin bersama dengan Ketua- ketua Agensi, Pegawai HBS & Staf KAT Konsulat Jeneral Malaysia, Frankfurt.















Salam Kasih Sayang dari PERWAKILAN Frankfurt buat Yang Berbahagia Puan Adina Kamarudin, semoga kasih sayang yang telah terjalin di antara kita sesama ahli-ahli PERWAKILAN akan sentiasa mekar mewangi di hati dan sanubari Yang Berbahagia Puan Adina. Take Care Puan! Best wishes always.

Friday 18 August 2017

Mesyuarat Perwakilan Frankfurt Bil. 3/2017


Pada hari ini bertarikh 18hb Ogos 2017, PERWAKILAN Frankfurt telah mengadakan Mesyuarat yang ke - 3 pada tahun 2017 ini bagi membincangkan beberapa perkara yang berbangkit dan juga aktiviti-aktiviti yang akan diadakan pada bulan Ogos & September 2017.

Mesyuarat dipengerusikan oleh Yang Berbahagia Konsul Jeneral Malaysia, Puan Adina Kamarudin di Bilik Mesyuarat Konsulat Jeneral Malaysia Frankfurt. Mesyuarat Perwakilan Frankfurt Bil. 3/2017 bermula pada pukul 11.00 pagi dan berakhir pada pukul 12:00 tengahari.

Di bawah ini disertakan perkara yang berbangkit dan perbincangan yang telah diputuskan di dalam Mesyuarat Perwakilan Frankfurt Bil. 3/2107 :-
  1. Perbincangan mengenai Gala Dinner 2017 :  Pengerusi menjemput ahli-ahli Perwakilan untuk turut serta di dalam acara tersebut yang akan diadakan pada hari Sabtu, 2hb September 2017 dan kos di tanggung sepenuhnya oleh Perwakilan Malaysia di Frankfurt. 
  2. Jom Cucuk Sate sempena Gala Dinner 2017 akan diadakan di kediaman Puan Ling Hassim pada hari Jumaat, 31hb Ogos 2017 sekitar pukul 11 pagi. Perwakilan bersetuju untuk membantu menyediakan Potluck lunch bagi memeriahkan acara mencucuk sate beramai-ramai.
  3. Bertugas di Marriot Hotel Frankfurt sempena Gala Dinner 2017 : Ahli - ahli Perwakilan diberi peluang sekali lagi untuk membantu Dato' Chef Ismail dan Executive Chef Thomas Fahr di bahagian dapur Hotel Marriot, Frankfurt sempena berlangsungnya Gala Dinner. Tugasan bermula pada pukul 9 pagi - 12 tengahari, pada hari Sabtu, 2hb September 2017.

Terima kasih PERWAKILAN ucapkan kepada Yang Berbahagia Pengerusi Perwakilan, Puan Adina Kamarudin kerana sudi menyediakan Laksa Utara yang enak buat ahli-ahli Perwakilan yang hadir pada mesyuarat hari ini.