Sunday 25 December 2016

Majlis Kesyukuran Encik Syarqawi Muhammad & Puan Ling Hashim


Encik Syarqawi bersama Isteri, Puan Ling sempena Majlis Kesyukuran mereka 
bertarikh 24hb Disember, 2016 dan sekaligus menyambut Hari Kelahiran birthday anakanda bongsu beliau Cik Sofea Mardhiah yang pertama. Happy Birthday baby Sofea, you are one year old :)


Sebuah Majlis Kesyukuran telah diadakan di kediaman Encik Syarqawi dan Puan Ling Hashim di kediaman beliau yang beralamat di Haeberlinstrasse, Frankfurt Am Main pada hari Sabtu yang lalu, 24hb Disember 2016.

Puan Ling Hashim yang juga lebih dikenali sebagai Chef AJK Masakan PERWAKILAN telah berbesar hati menjemput PERWAKILAN dan keluarga ke kediaman beliau untuk bersama-sama menyambut Majlis Kesyukuran beliau sekeluarga. Puan Ling Hashim telah menyediakan pelbagai juadah masakan yang enak dan lazat. Sekalung terima kasih PERWAKILAN ucapkan di atas kesudian menjemput setiap ahli PERWAKILAN dan keluarga. PERWAKILAN juga ingin mengucapkan Selamat Hari Jadi buat anakanda comel Puan Ling dan Encik Syarqawi. Semoga Majlis Kesyukuran ini mendapat keberkatan dan keredhaan dari Ilahi. 

Encik Syarqawi telah menyusun atur agenda Majlis Kesyukuran beliau seperti berikut:-

0530-0600 petang : Ketibaan Jemputan

0615 petang : Solat Isyak dan Solat Hajat

0640 petang : Makan Malam

Majlis Kesyukuran Puan Ling dan Encik Syarqawi sekeluarga ini menjadi lebih meriah dengan kehadiran Yang Berbahagia Konsul Jeneral Malaysia di Frankfurt, Puan Adina Kamarudin dan keluarga.















Friday 23 December 2016

Morning Coffee di Kediaman Cik Rodziah Idris


Pada hari Isnin yang baru-baru ini, bertarikh 19hb Disember, 2016 Cik Rodziah Idris ataupun lebih dikenali dengan Kak Rod atau Kak G yang merupakan Setiausaha PERWAKILAN telah berbesar hati menjemput setiap ahli PERWAKILAN ke kediaman beliau yang beralamat di An Den Geiselwiesan, Frankfurt untuk jamuan Morning Coffee. Ini juga merupakan event social gathering Morning Coffee yang terakhir pada tahun 2016.

Cik Rodziah Idris telah menyediakan juadah Nasi Lemak yang enak di atas permintaan ahli-ahli PERWAKILAN berserta roti jala yang menjadi sebutan sehingga kini.

PERWAKILAN ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Cik Rodziah di atas kesudian menjemput dan menjamu juadah yang lazat. PERWAKILAN juga mengambil kesempatan dan ruang yang ada ini untuk mengucapkan Selamat Tahun Baru bagi kesemua ahli PERWAKILAN dan keluarga. 

Semoga Tahun Baru 2017, PERWAKILAN dan keluarga akan lebih maju jaya, diberi kesihatan yang baik dan dipermudahkan segala urusan. 



Cik Rodziah Idris, berdiri nombor dua dari kiri bersama 
Yang Berbahagia Konsul Jeneral Malaysia, Puan Adina Kamarudin 
serta ahli-ahli PERWAKILAN yang hadir memeriahkan Morning Coffee
 di kediaman Setiausaha PERWAKILAN.





Saturday 5 November 2016

Sambutan Deepavali 2016 di kediaman Encik S. Sivasuryarmoorthy & Puan Dhamayanthy


Indahnya Malam Sabtu di Sachsenhausen, Germany
Lampu Bewarna Warni Menghiasi Kediaman di sini,
Terima Kasih tuan rumah Encik Siva dan Puan Selvy,
Di atas jemputan sambutan makan malam Deepavali.


Malam yang dinanti-nantikan telahpun kunjung tiba. Yang Berbahagia Encik Siva, Pengarah MIDA di Frankfurt, Germany bersama isterinya Puan Dhamayanthy ataupun lebih dikenali dengan Puan Selvy telah berbesar hati menjemput PERWAKILAN dan keluarga ke kediaman beliau yang terletak di Bandar Sachsenhausen untuk makan malam sempena sambutan Deepavali 2016. 

Hidangan yang enak telah disediakan oleh Puan Selvy. Pelbagai juadah istimewa seperti kari ikan, kari ayam. ayam goreng berempah, kari kambing dan sayur campur bersama kuih muih tradisional India seperti Maruku dan seumpamanya. Tosei panas-panas dari dapur Puan Selvy menjadi tarikan utama pada malam itu.

Sambutan Deepavali di kediaman Encik Siva dan Puan Selvy ini menjadi lebih meriah dengan kehadiran Yang Berbahagia Konsul Jeneral Malaysia di Frankfurt, Puan Adina Kamarudin bersama keluarganya. 

Puan Selvy sedang menyediakan tosei panas dari dapur beliau

Tuan Rumah, Encik Siva (kiri) bersama Encik Mohamed Amin Yahya








Nota:

Keluarga Encik Mohamed Amin Yahya & Puan Sharida ingin mengucapkan terima kasih kepada Tuan Rumah, Encik Siva & Puan Selvy di atas sambutan Hari Jadi anak beliau, Mohamed Irfan Ismail yang ke 13 tahun pada malam yang istimewa ini. 








Selamat Pulang ke Malaysia Cik Sharifah Nazreen Farhana Syed Marzuki



Kepada Bendahari Perwakilan yang dikasihi, Cik Sharifah Nazreen Farhana ataupun lebih dikenali dengan Cik Reen, PERWAKILAN ingin mengucapkan Selamat Pulang ke Malaysia, semoga segala perancangan dan urusan sekembalinya ke tanah air dipermudahkan. Selamat Maju Jaya.



Nota:

Cik Sharifah Nazreen Farhana Syed Marzuki telah berkhidmat sebagai Konsul Muda di Konsulat Jeneral Malaysia di Frankfurt, di bawah agensi MATRADE pada 15hb Ogos, 2014 dan akan menamatkan perkhidmatannya di pejabat Frankfurt pada 9hb November 2016 bagi meneruskan tugasnya sebagai Pengarah Pejabat Matrade Wilayah Utara. Beliau telahpun berangkat pulang ke Malaysia pada 5hb November, 2016.




Tuesday 1 November 2016

Makan Tengahari Bersama Cik Sharifah Nazreen Farhana & Meraikan Ahli baru Perwakilan, Puan Nurul Huda Sharyzat

Restoran Pandan, 
Eckenheimer Landstrasse 103,
60318 Frankfurt Am Main


Hari ini, 1hb November 2016,  'lunch gathering' secara informal dan kasual diadakan bagi tujuan mengukuhkan tali persaudaraan sesama ahli-ahli PERWAKILAN. Istimewanya, PERWAKILAN juga berpeluang untuk meraikan kedatangan ahli baru, Puan Nurul Huda Sharyzat. Selamat Datang kami ucapkan, semoga segala perancangan dan urusan dipermudahkan. 

PERWAKILAN juga turut meraikan Bendahari Perwakilan, Cik Sharifah Nazreen Farhana Syed Marzuki sebagai 'farewell lunch' di mana beliau akan menamatkan perkhidmatannya di Frankfurt sebagai Konsul Muda (bahagian perdagangan) agensi Matrade di Konsulat Jeneral Malaysia, Frankfurt pada 5hb November, 2016. Selamat Jalan Cik Reen dan Semoga segala urusan dipermudahkan sekembalinya ke tanah air!












Thursday 27 October 2016

Morning Coffee & aktiviti Sosial Perwakilan di Kediaman Rasmi Yang Berbahagia Konsul Jeneral Malaysia, di Frankfurt



Pada hari Selasa yang lalu bertarikh 25hb Oktober, 2016, Yang Berbahagia Konsul Jeneral Malaysia di Frankfurt, Puan Adina Kamarudin telah berbesar hati menjemput ahli-ahli PERWAKILAN ke kediaman rasmi beliau yang terletak di Bandar Sachsenhausen untuk aktiviti sosial yang berbentuk ilmiah kepada ahli-ahli PERWAKILAN.

Aktiviti sosial yang sungguh istimewa ini adalah merupakan aktiviti belajar membuat roti canai dari doh, menibar canai sehingga masak roti canai. Istimewanya di pagi Selasa itu, Chef yang mengajar dan menurunkan ilmu penyediaan roti canai ini adalah Chef Selebriti yang tersohor dari tanahair Malaysia, Dato' Chef Ismail. Terima kasih Dato' Chef di atas tunjuk ajar dan tips yang diberikan. 

Terima Kasih juga PERWAKILAN ucapkan kepada kedua AJK Masakan Perwakilan, Puan Dhamayanthy Singaram atau lebih dikenali dengan Puan Selvi yang menyediakan thosai lazat dan panas, begitu juga kepada Puan Ling Hashim yang membawa donut sebagai jamuan ringan buat kesemua Ahli PERWAKILAN yang hadir.







Majlis Perpisahan Cik Sharifah Nazreen Farhana Syed Marzuki, Bendahari Perwakilan

Cik Sharifah Nazreen Farhana (Kanan) atau lebih dikenali dengan Cik Reen
bersama dengan Yang Berbahagia Konsul Jeneral Malaysia di Frankfurt, Puan Adina Kamarudin


Majlis Perpisahan buat Cik Sharifah Nazreen Farhana Syed Marzuki, Konsul Muda Konsulat Jeneral Malaysia di Frankfurt, di bawah agensi MATRADE (bahagian perdagangan) telah dikelolakan oleh ahli-ahli PERWAKILAN pada hari Isnin yang lalu, bertarikh 24hb Oktober, 2016 bertempat di Dewan Makan Tun Ghazalie Shafie, Pejabat Konsulat Jeneral Malaysia, Frankfurt.

Kesedihan amat dirasai oleh setiap ahli PERWAKILAN kerana Cik Reen merupakan Bendahari Perwakilan yang aktif di dalam setiap kegiatan sosial PERWAKILAN dan beliau bersifat mudah mesra dengan ahli-ahli baru dan lama di dalam PERWAKILAN. Di kesempatan ini, PERWAKILAN ingin mengucapkan Selamat Jalan kepada Cik Reen, semoga lebih maju jaya di dalam tugasan yang baru sebagai Pengarah Pejabat Matrade Wilayah Utara, Semenanjung Malaysia.

Majlis Perpisahan ini bermula pada pukul 6:30 petang dan berakhir pada pukul 8:30 malam. Detik dan moment yang istimewa serta manis untuk dikenang ketika majlis berlangsung adalah sahabat baik Cik Reen, Cik Noramirah Yusoff atau lebih dikenali dengan Cik Miera menghadiahkan serangkap pantun buat Cik Reen. Beliau juga turut mengambil tugas sebagai emcee di dalam Majlis Perpisahan ini. Perwakilan juga ingin mengucapkan terima kasih kepada Pengerusi Perwakilan, Yang Berbahagia Puan Adina Kamarudin di atas ucapan yang diberikan buat Cik Reen mewakili ahli-ahli Perwakilan. Terima kasih juga diucapkan kepada Encik Rizal Mas di atas kesudian untuk membacakan doa selamat. PERWAKILAN juga menghargai setiap usaha dan kerjasama yang diberikan oleh setiap ahli Perwakilan di dalam penyediaan juadah yang lazat Potluck yang Terancang untuk meraikan Konsul Muda Cik Reen di dalam Majlis Perpisahan beliau ini.














Nota:
Cik Sharifah Nazreen Farhana Syed Marzuki telah berkhidmat sebagai Konsul Muda Konsulat Jeneral Malaysia di Frankfurt di bawah agensi MATRADE pada 15hb Ogos, 2014 dan akan menamatkan perkhidmatannya di pejabat Frankfurt pada 9hb November 2016 bagi meneruskan tugasnya sebagai Pengarah Pejabat Matrade Wilayah Utara.