Tuesday 23 December 2014

Majlis Perpisahan Puan Wan Nor Hasima Abdullah dan Puan Marleen Abdul Manaf

Majlis perpisahan Puan Wan Nor Hasima Abdullah dan Puan Marleena Abdul Manaf telah diadakan di Dewan Tan Sri Ghazali Shafie, Konsulat Malaysia Frankfurt pada 26 November 2014.

Puan Wan Nor Hasima serta suami beliau, Encik Zulkiply Endut  yang bertugas sebagai Konsul Pentadbiran di Konsulat Malaysia, Frankfurt sejak pertengahan 2011, pulang ke Malaysia untuk meneruskan tugas di ibu pejabat. 

Puan Marleena Abdul Manaf, Timbalan Pengarah Pelancongan di Frankfurt sejak awal tahun 2012 juga pulang ke Malaysia bersama suami dan anak tercinta untuk meneruskan tugas di ibu pejabat. 

Majlis yang bermula pada pukul 6 petang itu disajikan pelbagai juadah yang disediakan oleh ahli-ahli perwakilan. Antara menu yang disediakan ialah nasi putih, ulam-ulaman, sup kambing, ayam bakar, ikan bakar ala Portugis, sambal sotong, ayam varuval, siew pak choy dengan sos tiram, kek coklat, kek pelangi, kuih muih dan sebagainya. 






Tanam lenggun tumbuh kelapa
Terbit bunga pucuk mati
Budi puan kami tak lupa
Telah terpahat di dalam hati



22 Disember 2014

Ahli perwakilan dan keluarga telah berkumpul di Lapangan Terbang Antarabangsa Frankfurt pada 22 Disember 2014 untuk mengucapkan selamat jalan kepada Puan Wan Nor Hasima Abdullah dan Encik Zulkiply Endut. 





31 Januari 2015

Kami juga sempat berkumpul di Lapangan Terbang Antarabangsa Frankfurt pada 31 Januari 2015 untuk mengucapkan selamat tinggal kepada Puan Marleena Abdul Manaf sekeluarga. 










Friday 12 December 2014

Bengkel Memasak di kediaman Puan S. Dhamayanthy

Pada 11 Disember 2014, Puan Selvi dengan berbesar hati telah mengadakan Bengkel Memasak di kediaman beliau di Sachsenhausen. Semua ahli perwakilan yang hadir pada hari itu berpeluang untuk mempelajari pelbagai resipi dan cara masakan seperti membuat muruku, chutney kelapa, nasi pulao, thosai dan sebagainya. 

Puan Selvi bukan sahaja telah menyediakan resipi untuk disalin oleh ahli perwakilan, malah telah menunjukkan bahan-bahan yang diperlukan serta langkah-langkah untuk menyediakan masakan yang diajar. 

Setelah belajar, kami pun beralih kepada aktiviti yang paling kami gemari iaitu MENJAMU SELERA! 







Terima kasih diucapkan kepada Puan Selvi. 


Monday 17 November 2014

Perayaan Deepavali di kediaman Encik S. Jai Shankar dan Puan Lau Peck Leng

Pada 16hb November 2014, Encik S. Jai Shankar dan Puan Pecky Lau telah menjemput ahli-ahli Perwakilan sekeluarga ke kediaman mereka di Bad Soden sempena menyambut perayaan Deepavali. 

Para tetamu telah dihidangkan pelbagai juadah seperti kari ayam, ayam goreng, sambal udang, rendang kambing, raita, roti canai, tart telur, buah-buahan dan sebagainya. 





Terima kasih diucapkan kepada Encik Jai dan Puan Pecky. 


Monday 10 November 2014

Lawatan ke Limburg an der Lahn

Pada 9 November 2014, ahli perwakilan dan keluarga telah melawat salah satu bandar bersejarah di Jerman iaitu Limburg an der Lahn

Perjalanan menaiki bas yang bermula pada pukul 9 pagi telah mengambil masa lebih kurang sejam untuk sampai ke Limburg yang terletak kira-kira 75 km dari Frankfurt. 

Walaupun cuaca agak sejuk pada hari itu, kami masih seronok bersiar-siar di bandar Limburg sambil bergambar. Kami sempat juga berpiknik dan menjamu makanan tengahari yang disediakan secara potluck oleh setiap ahli perwakilan. 








Sunday 9 November 2014

Hari Antarabangsa di Internationale Schule Frankfurt


Pada 8 November 2014, ISF (Internationale Schule Frankfurt) telah meraikan Hari Antarabangsa yang ke-12. Negara yang diberi fokus adalah Malaysia, Brazil, Jerman, Jepun, Rusia dan Thailand. 

Pelbagai aktiviti dan persembahan telah diadakan. Ramai peserta yang mewakili negara asal masing-masing turut serta untuk membuat persembahan yang menunjukkan keunikan negara mereka. Perwakilan Malaysia di Frankfurt juga tidak ketinggalan. Dibawah bimbingan dan dorongan Konsul-Jeneral Malaysia, Puan Adina Kamarudin, Perwakilan Malaysia telah membuat persembahan Dikir Barat dan pertunjukan fesyen. 

Sebagai salah sebuah negara fokus pada hari ini, ahli Perwakilan telah bekerjasama untuk menghiasi Bilik Malaysia. Ramai yang mengunjungi Bilik Malaysia untuk mengenali negara Malaysia dengan lebih dekat. Pengunjung telah berpeluang untuk merasai kuih muih serta mencuba permainan tradisi Malaysia seperti congkak dan batu seremban. 

 Bilik Malaysia

 Bilik Malaysia

 Bersiap sedia untuk membuat persembahan 

Persembahan Dikir Barat


Terima kasih diucapkan kepada semua ahli yang hadir dan bekerjasama. 



Thursday 23 October 2014

Perayaan Deepavali di kediaman Encik S. Sivasuriyamoorthy dan Puan S. Dhamayanthy (MIDA)

Sempena Hari Deepavali, semua ahli serta keluarga telah dijemput hadir ke majlis rumah terbuka Puan Selvi dan Encik Siva di kediaman mereka di Sachsenhausen pada petang 22 Oktober 2014. 

Tuan rumah telah menyediakan pelbagai juadah seperti tosai, capati, kari ayam, mutton peratel, sambal telur, ayam popcorn, sayur campur, raita, kek lobak merah, agar-agar dan kuih sagu serta buah-buahan. 





Terima kasih diucapkan kepada Puan Selvi dan Encik Siva sekeluarga.


Monday 15 September 2014

BBQ Picnic di kediaman Puan Wan Nor Hasima Hj. Wan Abdullah


Sementara cuaca masih indah, kami mengambil kesempatan untuk mengadakan BBQ picnic secara potluck pada hari Ahad, 14 September 2014. Puan Wan Nor Hasima Hj Wan Abdullah telah dengan berbesar hati menawarkan kediaman beliau untuk aktiviti ini.

Bersantai sambil bersembang dan menjamu selera, aktiviti hujung minggu ini memang sesuai terutamanya setelah penat bekerja di pejabat dan menguruskan keluarga di rumah. Tetapi paling penting ialah kesempatan untuk mengeratkan lagi hubungan silaturahim sesama warga Konsulat Malaysia di Frankfurt. 



 Jom buat chapati!

 Masa untuk BBQ!

 Marilah bergambar!

 Puan Adina menunjukkan kemahiran berBBQ!

 Posing...jangan tak posing!

 Jom makan!

Khaleef, warga Konsulat paling muda! 

Saturday 13 September 2014

Makan Malam di kediaman Encik S. Sivasuriyamoorthy dan Puan S. Dhamayanthy (MIDA)

Sempena menyambut kedatangan Puan Adina Kamarudin, Konsul Jeneral Malaysia di Frankfurt dan Encik Mahzan Abdul Samad sekeluarga ke Frankfurt, Encik Siva dan Puan Selvi telah menjemput warga Konsulat Malaysia di Frankfurt untuk makan malam di kediaman mereka di Sachsenhausen South pada 12 September 2014. 

Diantara menu utama ialah kari ayam, sambal ikan bilis dan petai, petola masak lemak, varuvel udang, ayam goreng dan sebagainya. Tetapi yang paling istimewa ialah thosai dan chapati yang dihidangkan terus dari kuali ke pinggan! 

Perwakilan Frankfurt juga mengambil kesempatan untuk bermesyuarat untuk merancang program seterusnya iaitu BBQ Picnic di kediaman Puan Wan Nor Hasima Hj Wan Abdullah pada hari Ahad berikutnya. 

Setelah habis perbincangan, kami diajar 5 langkah tarian Salsa oleh Puan Adina sendiri. Wow! Rupanya Puan Adina mempunyai bakat menari. Selepas ini boleh la Perwakilan Frankfurt memulakan aktiviti menari pula ye Puan ;-p !






 Mari lah kita menjamu selera!


 Wajah gembira setelah menjamu selera! 

 Ahli Perwakilan berbincang mengenai program BBQ Picnic

Puan Adina menunjukkan langkah Tarian Salsa.



Terima kasih diucapkan kepada Encik Siva dan Puan Selvi! 

Sunday 17 August 2014

Sambutan Hari Raya di kediaman Encik Syarqawi Mohammad & Puan Ling Hassim (JPA)

Warga Konsulat Malaysia di Frankfurt telah dijemput ke kediaman Encik Syarqawi Mohammad dan Puan Ling Hassim di Ginnheim untuk sambutan Hari Raya Aidilfitri pada 16 Ogos 2014. 

Tetamu istimewa pada hari ini ialah Puan Adina Kamarudin, pengganti Encik John Samuel sebagai Konsul Jeneral Malaysia di Frankfurt dan suaminya Encik Mahzan Abdul Samad serta tiga orang anak. Puan Adina sekeluarga telah tiba di Frankfurt pada 11 Ogos 2014. Beliau pernah berkhidmat sebagai Setiausaha Pertama di Kedutaan Malaysia di Dublin, Ireland. 

Pelbagai juadah telah disediakan oleh Puan Ling, dari pembuka selera kepada pencuci mulut. Diantara hidangan utama ialah sate ayam dan daging, soto sup kambing & bergedil kambing, nasi impit, & kuah kacang, kambing dan ayam panggang, nasi goreng Yong Chow, mee goreng, rendang kambing, kek lapis, kek coklat dan bermacam macam lagi. 




Hos yang peramah - Encik Sharqawi dan Puan Ling 


  Puan Adina Kamarudin, CG baru Malaysia di Frankfurt.




  


Para tetamu yang hadir 









 D

Juadah enak yang disediakan oleh Puan Ling Hassim



Terima kasih diucapkan kepada Encik Sharqawi dan Puan Ling! 


Friday 8 August 2014

Ladies' Lunch Out - Part 2

Satu lagi sesi Ladies' Lunch Out telah diadakan pada 7 Ogos 2014 bagi ahli Perwakilan yang tidak sempat hadir untuk sesi lepas. Kali ini, Restoran Baan Thai di Leipzinger Straße menjadi pilihan. 


 Di antara juadah yang dinikmati 


 Ahli Perwakilan yang hadir 

Perut kenyang hati riannnggg!