Friday 11 May 2018

TASTE OF THE WORLD (TOTW) 2018 - JEMPUTAN



Rakyat Malaysia di sekitar Frankfurt dijemput hadir  dan dialu-alukan untuk bersama-sama memeriahkan acara tahunan ‘Sommerfest’ di International School Frankfurt Rhein-Main, pada 12hb Mei 2018. 




Acara tersebut bermula pada pukul 11.00 pagi.



Warung Malaysia akan menjual juadah seperti berikut;-
Nasi Lemak
Nasi Impit bersama Kuah Kacang dan Satay Ayam
Meehoon Sup
Mee Goreng ‘Vege’
Roti Canai pilihan bersama Kari Ayam Kentang atau Dhal ‘Vege’
Karipap ‘Vege’
Popia ‘Vege’
‘Sweet Corn’
Air Sirap Ros Limau

Harga juadah bermula dari £1.00 hingga £3.00.  Jualan juadah adalah jualan amal dan tiada sebarang keuntungan diambil oleh Perwakilan Malaysia-Frankfurt.  Segala keuntungan jualan juadah nanti akan disalurkan ke Persatuan IbuBapa Sekolah (Parent Network) untuk meningkat dana sekolah bagi aktiviti-aktiviti kebajikan.

Ayuh! rakyat Malaysia di sekitar Frankfurt, jemput hadir bersama untuk memeriahkan acara tahunan ‘Sommerfest’ di International School Frankfurt Rhein Main.




Sambil berlibur dengan acara yang telah disediakan oleh pihak sekolah, marilah singgah ke Warung Malaysia untuk membeli juadah tradisional sambil beramal. Semoga dengan amal jariah anda nanti dikurniakan kerberkatan di dalam kehidupan oleh yang maha kuasa.

Jumpa anda rakyat Malaysia pada 12hb Mei 2018 di International Schule Frankfurt (ISF).


Tschuss!!! Vielen Dank!!

TASTE OF THE WORLD (TOTW) 2018 - SIRI KE-EMPAT



Persediaan sehari  sebelum Hari Kemuncak

Sehari sebelum ‘Taste Of The World’ 2018 berlangsung, para ahli Perwakilan Malaysia-Frankfurt yang terdiri daripada Puan Yaumee Hayati M.Nawi, Puan Rozila Jurimi dan Puan Ariyanti Razali telah membuat persediaan untuk mendekorasi warung Malaysia. Mereka telah berkumpul di kafeteria sekolah pada pukul 3.30 petang.

Kebetulan hari tersebut diumumkan cuti untuk agensi-agensi Malaysia  di luar Negara, pasangan masing-masing telah meringankan tulang dengan membantu membuat dekorasi warung Malaysia.



Tidak ketinggalan juga anak-anak para ahli Perwakilan meringankan tulang turut membantu mendekorasi warung Malaysia.




Selain negara Malaysia, terdapat beberapa buah negara turut membuat persediaan mendekorasi warung untuk hari berlangsungnya karnival tersebut. Negara-negara terbabit adalah Korea, India, Japan, Turki, Amerika Syarikat, Jerman, United Kingdom dan Perancis.

 Turki


Korea 



Jerman



India


Dilampirkan foto-foto memori pada hari tersebut.
















Sejutaan terima kasih buat para ahli Perwakilan dan keluarga kerana sudi datang dan membantu mendekorasi warung Malaysia.


Tchuss!!! Vielen Dank!!

Thursday 10 May 2018

TASTE OF THE WORLD (TOTW) 2018 - SIRI KE-TIGA


‘Home Made Of’ Roti Canai

Roti canai adalah salah satu juadah yang sinonim dengan rakyat Malaysia dan ia merupakan salah satu menu yang akan dijual semasa ‘Taste Of The World’ di sekolah ‘International School Frankfurt Rhein-Main’ pada  12hb Mei 2018 nanti.



Para pelanggan yang membeli roti canai nanti boleh memilih kuah kari ayam atau dalca untuk dimakan bersama roti canai. Harga untuk roti canai bersama kuah kari atau dalca 'vege' dijual dengan harga  2.00.

Puan Ling Hassim telah berbesar hati menawarkan kediamannya untuk para ahli Perwakilan Malaysia-Frankfurt bagi berkumpul dan berkerjasama membuat roti canai secara gotong-royong.

Program ‘Home Made Of' Roti Canai telah berlangsung pada  3hb Mei 2018, pukul 9.30 pagi. Program ini telah diwar-warkan melalui ‘WhatsApp Group – Perwakilan Frankfurt’  oleh Puan Yaumee Hayati M.Nawi.



Tuan rumah telah menyediakan sarapan pagi untuk para ahli Perwakilan Malaysia-Frankfurt iaitu 'cup cake' bersama air teh o’panas. Manakala Puan Sharida Ahmad Shahidan telah membawa  mee goreng dan Puan Ariyanti Razali pula membawa kek.

Setelah selesai para ahli perwakilan bersarapan, acara ‘Home Made Of' Roti Canai pun bermula. Puan Ling Hassim telah memulakan adunan pertama dengan menurunkan resepi dan cara-cara yang betul membuat roti canai. 





Diikuti adunan kedua oleh Puan Yaumee Hayati M.Nawi. Manakala adunan ketiga dan keempat dilakukan oleh Puan Ariyanti Razali.

Keseluruhan roti canai yang berjaya disiapkan pada hari tersebut adalah sebanyak 97 keping.  Puan Rozila Jurimi pula dilantik menjadi pegawai ‘Quality Control ’ untuk memastikan dan menyeragamkan saiz roti canai tersebut serta membuat pengiraan keseluruhan roti canai yang telah siap.



Syabas buat para ahli Perwakilan Malaysia-Frankfurt kerana hampir berjaya menepati sasaran yang dikehendaki iaitu sebanyak 100 keping roti canai.

Berakhirnya acara membuat roti canai, para ahli Perwakilan Malaysia-Frankfurt telah memulakan dengan ‘open table’ makan tengahari  ala ‘steamboat’ berkuahkan tomyam. 



Makan tengahari telah disediakan oleh Puan Ling Hassim dan Puan Ariyanti Razali ketika para ahli Perwakilan Malaysia-Frankfurt  yang lain sedang mencanai roti.  Bahan mentah seperti  sotong, udang, ketam, bebola ikan dan bermacam-macam lagi telah dibawa masing-masing oleh para ahli Perwakilan Malaysia-Frankfurt.






Sekalung terima kasih buat Puan Ling Hassim kerana sudi menyediakan tempat untuk para ahli Perwakilan Malaysia-Frankfurt berkumpul di rumah beliau dan tidak ketinggalan juga terima kasih di atas cenderahati daripada beliau. 



Dilampirkan foto-foto memori untuk hari tersebut.










Disertakan juga resepi roti canai daripada ahli Perwakilan Malaysia-Frankfurt iaitu Puan Ling Hassim.


Resipi Roti Canai ala Chef Ling Hassim

Bahan-bahan
1 kg Tepung Gandum
100 gm Marjerin
1 sudu Susu Pekat
 1 sudu Gula
700 ml Air
Garam secukup rasa

Cara membuat adunan
Satukan tepung, garam dan gula. Gaulkan sehingga serata.  Setelah itu, masukkan marjerin dan uli adunan tersebut menjadi serbuk roti. Manakala susu bersama air dibancuhkan di tempat berasingan. Semasa adunan tepung diuli, masukkan air perlahan-lahan sehingga air itu habis. Uli lagi sehingga sebati. Selesai adunan tepung diuli, sapukan marjerin dipermukaan adunan tersebut dan biarkan adunan tersebut selama setengah jam dengan menutup permukaan adunan tersebut dengan kain.  Setengah jam berlalu, barulah adunan tersebut dibahagi-bahagi kecil mengikut saiz yang diingini.  Setelah selesai adunan yang telah dibahagi kecil-kecil, sapukan sekali lagi marjerin dan biarkan selama satu jam.  Setelah sejam berlalu, barulah boleh mencanai dan menebarkan adunan tersebut menjadi roti canai.

Selamat Mencuba.

Tschuss!!!Vielen Dank!!!

Nota kaki
Cik Noramirah Yusuff
Cik Hasnani Hamid
Ketidakhadiran disebabkan oleh tuntutan kerja.

Saturday 5 May 2018

'LADIES EDUCATIONAL TRIP' BERAKHIR DENGAN 'LUNCH TOGETHER'


Program kedua untuk tahun ini adalah ‘Ladies Educational Trip’ ke Palmengarten, Frankfurt Am Main. 

Palmengarten Frankfurt Am Main





Jemputan telah diwar-warkan di dalam ‘WhatsApp Group’ – Perwakilan Frankfurt oleh AJK Sosial, Puan Sharida Ahmad Shahidan. Dilampirkan butiran program tersebut:-



Pengangkutan pula telah diusahakan oleh Cik Noramirah Yusuff bagi ahli-ahli Perwakilan yang memerlukan kenderaaan untuk bergerak ke tempat tersebut.



Sekalung terima kasih kepada Pejabat Konsulat Jeneral Malaysia-Frankfurt dan Pejabat Pelancongan Malaysia kerana telah memberi kebenaran untuk menggunakan kenderaan rasmi pejabat bagi membawa ahli-ahli Perwakilan ke lokasi tersebut.

Ahli-ahli Perwakilan tiba pada pukul  11.00 pagi  dan telah berkumpul di pintu utama. Caj bayaran masuk adalah sebanyak 7.00 bagi dewasa. Kos tersebut telah dibiayai sepenuhnya dari dana tahunan Perwakilan Malaysia-Frankfurt.

Caj Bayaran Masuk

Di antara pengisian program tersebut adalah mempelajari dan mengenali flora dan fauna yang terdapat di dalam taman tersebut sempena musim bunga dan secara tidak langsung sambil berjalan melihat keindahan alam dan dapat juga mengurangkan kalori  serta mengeratkan silaturahim antara ahli-ahli Perwakilan. 





Tidak ketinggalan juga ahli-ahli perwakilan dapat melepaskan kerinduan melihat flora dan fauna yang terdapat di kampung halaman masing-masing di Taman Asia yang terdapat di situ.







Program tersebut telah mengambil masa hampir satu setengah jam dan berakhir pada 12.30 tengahari.


Peta Lokasi Palmengarten

Dilampirkan foto-foto memori pada hari tersebut.




'LUNCH TOGETHER'

'Lunch Together' bersama ahli-ahli Perwakilan Malaysia-Frankfurt di Mamma Forno.




Program 'LADIES EDUCATIONAL TRIP' telah berakhir dengan 'LUNCH TOGETHER' di restoran Mamma Forno bersama kehadiran ke semua ahli Perwakilan Malaysia-Frankfurt.

Menu hidangan telah dipesan berasingan mengikut citarasa masing-masing. 




Peruntukkan perbelanjaan bagi makan tengahari ini telah ditanggung sepenuhnya dari baki Tabungan Kutipan Hari Jadi bagi tahun 2017. 

Untuk makluman, Tabungan Kutipan Hari Jadi telah dimansuhkan. Usul cadangan telah disuarakan oleh Puan Ling Hassim pada Mesyuarat Agung Pertama Perwakilan Malaysia-Frankfurt Tahun 2018 yang lalu. Ke semua ahli-ahli Perwakilan Malaysia-Frankfurt telah bersepakat bersetuju untuk memansuhkan tabungan kutipan tersebut.

Ribuan terima kasih kepada AJK Sosial dan ke semua ahli-ahli Perwakilan kerana telah menjayakan program ini.


Dilampirkan foto-foto memori pada hari tersebut.


Tschuss!!!Vielen Dank!!!


Nota Kaki
Puan Ling Hassim – Tidak dapat turut serta dalam program 'LADIES EDUCATIONAL TRIP' di atas sebab kesihatan yang tidak mengizinkan. Beliau hadir pada program 'LUNCH TOGETHER'.