Wednesday 28 June 2017

Morning Coffee di Kediaman Puan Dhamayanthy Singaram


Pada hari ini bertarikh 28hb Jun 2017, Puan Dhamayanthy Singaram atau lebih dikenali dengan Puan Selvy telah berbesar hati menjemput setiap ahli PERWAKILAN ke kediaman beliau yang terletak di Bandar Sachsenhausen bagi sesi jamuan Morning Coffee. Ini adalah merupakan event social gathering di antara ahli-ahli PERWAKILAN bagi mengeratkan tali persaudaraan di antara satu sama lain. 

Puan Selvy juga turut mengadakan Kelas Masakan Pulao Rice, Gobi Manchurian dan Kuih Ros kepada ahli-ahli Perwakilan yang hadir. Terima Kasih PERWAKILAN ucapkan kepada Puan Selvy kerana sudi menjemput dan mengadakan bengkel kelas masakan. 

Di antara juadah menu menarik yang telah disediakan oleh Puan Selvy pada hari ini adalah Thosai, Chuttney, Kari Ayam, Nasi Pulao, Gobi Manchurian dan Raita. Morning Coffee di Kediaman Puan Selvy bermula pada pukul 10 pagi dan berakhir pada pukul 3 petang.








Monday 26 June 2017

Majlis Sambutan Hari Raya AidilFitri di Kediaman Rasmi Konsul Jeneral Malaysia, Frankfurt


Yang Berbahagia Konsul Jeneral Malaysia, Puan Adina Kamarudin sekeluarga 
bersama kenalan dan jemputan di Majlis Sambutan Hari Raya AidilFitri.


Pada 2 Syawal 1438 Hijrah bersamaan 26hb Jun 2017, Yang Berbahagia Konsul Jeneral Malaysia, Frankfurt Puan Adina Kamarudin telah berbesar hati menjemput semua Ketua-ketua Agensi dan ahli keluarga serta sahabat-sahabat di Malaysian Club Deutschland ke Majlis Sambutan Hari Raya 2017 di kediaman rasmi beliau yang terletak di Bandar Sachsenhausen. 

Di kesempatan dan ruang ini, PERWAKILAN ingin mengucapkan ribuan terima kasih di atas jemputan dari Yang Berbahagia Puan Adina Kamarudin sekeluarga kepada ahli-ahli PERWAKILAN ke kediaman rasmi Konsul Jeneral Malaysia bagi meraikan Majlis Sambutan Hari Raya AidlFitri. PERWAKILAN juga ingin mengucapkan Selamat Hari Raya AidilFitri, Maaf Zahir & Batin kepada Yang Berbahagia Puan Adina sekeluarga. PERWAKILAN mendoakan semoga hari lebaran ini, memberi seribu sinar dan rahmat kepada Yang Berbahagia Puan Adina.

Majlis Sambutan Hari Raya AidilFitri ini bermula pada pukul 6:00 petang dan bersurai sekitar 9:30 malam. Di antara juadah enak yang telah disediakan adalah Nasi Tomato, Kari Kambing, Lodeh, Sambal Goreng, Bihun sup, Udang Masak Merah, Puding Buah-buahan, Nasi Impit, Kuah Kacang, Satay, Kek, Mee Kari, Tapai & Rendang Ayam.












Sunday 25 June 2017

Majlis Sambutan Hari Raya AidilFitri 1438 Hijrah



Selamat Hari Raya Aidil Fitri, Maaf Zahir & Batin dari Perwakilan Malaysia di Frankfurt.


Sempena 1 Syawal 1438 Hijrah bersamaan 25hb Jun 2017, Majlis Sambutan Hari Raya AidilFitri telah di adakan di Pejabat Konsulat Jeneral Malaysia, Frankfurt yang bertempat di Dewan Makan Tun Ghazalie Shafie. Pelbagai juadah enak telah disediakan oleh setiap ahli PERWAKILAN bagi memeriahkan Majlis Sambutan Hari Raya AidilFitri ini dan di antaranya adalah Nasi Minyak, Kurma Daging, Ayam Masak Merah, Jelatah, Rendang Ayam, Sate Ayam, Sate Daging, Kuah Kacang, Nasi Impit, Lemang, Kuah Lodeh, Mihun Goreng, Kek Lapis, Tapai & Minuman. Terima Kasih diucapkan buat kesemua ahli PERWAKILAN yang telah memberi kerjasama yang baik bagi meraikan sambutan Hari Raya AidilFitri pada tahun ini.

Majlis Hari Raya AidilFitri ini dimulakan dengan Solat Sunat AidilFitri pada seawal 08:30 pagi dan diikuti dengan Khutbah Hari Raya oleh Encik Syaqawi Muhammad. Yang Berbahagia Konsul Jeneral Malaysia, Puan Adina Kamarudin turut memberi sepatah dua kata ucapan AidilFitri dan ucapan terima kasih kepada semua yang terlibat di dalam menjayakan Majlis Sambutan Hari Raya AidilFitri pada tahun ini.

Jamuan Hari Raya AidilFitri bermula pada pukul 10:00 pagi dan bersurai pada sekitar 12 tengahari. Sesi bergambar beramai-ramai telah di adakan di hadapan Pejabat Konsulat Jeneral Malaysia, Frankfurt.

Jamuan Hari Raya AidilFitri ini menjadi lebih meriah dengan kehadiran pelajar-pelajar tajaan JPA & MARA, Ibu Bapa & keluarga Konsul Perdagangan (Matrade), Encik Badrul Hisham. Terima Kasih PERWAKILAN ucapkan kepada semua yang hadir melapangkan Majlis Sambutan Hari Raya AidilFitri 1438 Hijrah.



Yang Berbahagia Konsul Jeneral Malaysia di Frankfurt, Puan Adina Kamarudin 
bersama dengan para muslimat di dewan solat wanita.


















Saturday 17 June 2017

Penggambaran Salam Perantauan & Majlis Berbuka Puasa

Yang Berbahagia Konsul Jeneral Malaysia di Frankfurt, Puan Adina Kamarudin 
bersama suami tercinta Encik Mahzan Abdul Samad


Di minggu terakhir Ramadhan yang ke 22 bertarikh 17hb Jun 2017, Yang Berbahagia Konsul Jeneral Malaysia, Puan Adina Kamarudin sekeluarga telah berbesar hati menjemput kesemua ahli dan keluarga PERWAKILAN untuk bersama-sama berbuka puasa di kediaman rasmi beliau yang terletak di Bandar Sachsenhausen. 

Istimewanya pada hari tersebut, Pejabat Konsulat Malaysia turut mengadakan penggambaran Hari Raya Salam Perantauan Awani. Ahli-ahli Perwakilan dan keluarga berpakaian  serba lengkap, berbaju melayu/berbaju kurung bagi sesi penggambaran hari raya.

Sesi penggambaran bermula sekitar 8:00 malam di depan halaman kediaman rasmi Konsul Jeneral Malaysia. Manakala Majlis Berbuka Puasa secara potluck terancang bermula sebaik azan Mahgrib berkumandang tepat pukul 9:38 malam. 







Encik Mahzan Abdul Samad (suami kepada Yang Berbahagia Puan Adina Kamarudin, 3 dari kanan) bersama dengan Pegawai-pegawai Kerajaan Malaysia yang terdiri dari Agensi Matrade, 
JPA, MARA & Tourism Malaysia.


Encik Abdul Rahman Adun, Konsul Muda (Wisma Putra) tampan bergaya berbaju melayu merah






















Nota:

Terima Kasih PERWAKILAN ucapkan kepada semua ahli & keluarga yang telah memberi kerjasama yang baik di dalam menyediakan juadah potluck terancang bagi memeriahkan Majlis Berbuka Puasa di Kediaman Rasmi Yang Berbahagia Konsul Jeneral Malaysia, Puan Adina Kamarudin.

Perwakilan juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih di atas segala usaha Konsul Perdagangan (Matrade), Encik Badrul Hisham bagi menjayakan penggambaran Salam Perantauan Awani. Tidak dilupakan ucapan terima kasih kepada Pengarah Tourism Malaysia di Frankfurt, Encik Mohamed Amin Yahya yang telah mengirimkan gambar penggambaran kepada Ketua Editor Utusan Malaysia. 

Gambar ucapan Selamat Hari Raya dari Perantauan telah disiarkan di Utusan Malaysia 
pada hari Jumaat, 23hb Jun 2017.

Menu Majlis Berbuka Puasa

Nasi Putih, Sambal Udang Petai, Kari Ikan Salmon, Dorade Tempoyak, Roti Jala, Kari Ayam, Kuih Ketayap, Sayur Campurm Taufufah, Mihun Sup, Bubur Lambuk, Somtam, Ayam Grill, Udang Brocolli Black Pepper, Puding buah, Sotong Goreng Tepung, Ulaman, Pulut Mangga & Onde-onde.