Friday 17 July 2015

Rumah Terbuka Aidilfitri Konsulat Jeneral Malaysia di Frankfurt

Sambutan Hari Raya Aidilfitri telah diadakan dengan meriahnya oleh Konsulat Jeneral di Frankfurt pada 17hb Julai 2015. Bertempat di kediaman rasmi Konsul Jeneral di Sachsenhausen, Frankfurt, Rumah Terbuka Aidilfitri dihadiri oleh para tetamu, khasnya rakyat Malaysia dan keluarga yang tinggal di sekitar Frankfurt. 

Pelbagai juadah istimewa telah dihidangkan pada hari istimewa ini. 


Sekitar majlis dan diantara tetamu yang hadir...

















Salam Aidilfitri

Majlis Hari Raya Aidilfitri tahun ini amat meriah dengan kehadiran ramai pelajar Malaysia di sini. Diadakan pada pagi 17hb Julai 2015, majlis bermula dengan solat sunat Aidil Fitri. Setelah selesai solat, para tetamu dihidangkan  juadah istimewa yang disediakan secara potluck oleh ahli Perwakilan di Dewan Tun Ghazali Shafie, Konsulat Jeneral Frankfurt.  


Solat Aidil Fitri 



Sesi makan makan




Sesi bergambar 


Selamat Hari Raya Aidil Fitri dan Maaf Zahir dan Batin dari kami di Frankfurt.