Monday 8 February 2016

Majlis Perpisahan Puan Elmy Marina Mohamad (Konsul Muda MIDA) & Encik Radin Shah Izuan sekeluarga

Setelah tiga tahun bertugas sebagai Konsul Muda MIDA di Frankfurt, kini tiba masanya Puan Elmy Marina Mohamad meninggalkan kami demi tugas di ibu pejabat, Kuala Lumpur. 
Satu majlis makan malam telah diadakan pada 18 Januari 2016 di Dewan Tan Sri Ghazalie Shafie, Konsulat Malaysia di Frankfurt. Kami mendengar ucapan dari Encik S. Sivasuriyamoorthy, Konsul MIDA di Frankfurt dan juga dari Puan Elmy sendiri. Puan Adina Kamarudin, Konsul Jeneral Malaysia di Frankfurt dan Pengerusi Perwakilan telah menyampaikan cenderahati kepada Puan Elmy sebagai tanda penghargaan atas jasa beliau di Frankfurt. 

Majlis yang bermula pada pukul 6 petang itu disajikan pelbagai juadah yang disediakan secara potluck oleh ahli-ahli perwakilan.




8 Februari 2016

Ahli Perwakilan dan keluarga telah berkumpul di Lapangan Terbang Antarabangsa Frankfurt pada pagi Isnin, 8 Februari 2016 untuk mengucapkan selamat jalan kepada Puan Elmy sekeluarga. 

We will miss you, Elmy! Thank you for being a wonderful friend and sister to us all.