Wednesday 8 July 2009

Kelas Mengaji Al-Quran


AJK Agama dan Kebajikan telah mengadakan aktiviti Kelas Mengaji Al-Quran bagi anak-anak ahli PERWAKILAN. AJK Agama dan Kebajikan telah mendapatkan khidmat tenaga pengajar seorang ustazah iaitu Puan Azmurahima bte Mohd Sa’aid yang berasal dari Muar, Johor dan bermaustatin di Jerman bersama suami dan tiga orang cahayamata. Beliau mempunyai kelulusan ijazah dan berpengalaman dalam pengajaran agama semenjak tahun 1995.






Kelas agama ini bermula dari rumah kediaman Puan Misnah Salikan beralamat di Hattersheim, Frankfurt pada 22 Februari 2009 (Ahad) jam 4.30 petang. Pertama kali diadakan kelas agama ini telah dihadiri oleh anak-anak Puan Sharifah Nor Aida Syed Ibrahim dan Puan Suharti Shuib.

Atas persetujuan ramai lokasi kelas agama telah diadakan di Pejabat Konsulat di Frankfurt Am Main bagi memudahkan ahli keluarga yang tidak mempunyai kenderaan untuk menghantar anak-anak mereka. Kelas agama ini diadakan pada setiap hari Ahad jam 11.30 pagi.