Wednesday 6 June 2012

Congrats!

Piala kemenangan milik Frankfurt lagi! Itulah keputusan rasmi Karnival Sukan Tahunan Berlin-Frankfurt terbaru. Berlangsung di Berlin, karnival tiga hari yang bermula dari Jumaat, 1 Jun dan berakhir Ahad, 3 Jun tersebut mempertaruhkan acara ping-pong, golf, bowling dan badminton.

Berkumpul sekali setahun untuk bersukan bersama ternyata menambahkan kemesraan yang ada, keeratan terasa. Terima kasih semua. Tahun depan, kami pula menjadi tuan rumah.. silakan semua.. turun ke Frankfurt pula!

Sekitar peristiwa..


Hari pertama.. selepas menikmati makan malam di Kedutaan Besar Malaysia Berlin, masing-masing bermain ping-pong

Hari kedua..bergambar beramai-ramai di Kediaman Rasmi TYT Duta Malaysia ke German, Dato' Ibrahim Abdullah selepas menikmati hi-tea

Selepas berhi-tea, masing-masing bersedia bersukan bowling pula..

Hari terakhir.. bergambar bersama sebelum perlawanan badminton bermula..

Menikmati jamuan tengahari di Kedutaan Besar Malaysia Berlin sebelum berangkat pulang..

Tahniah Frankfurt! Kita Juara lagi!

TUESDAY, 22 MAY 2012

Selasa 22 Mei 2012, jam 10:30 pagi - Ahli PERWAKILAN telah meluangkan masa di kediaman rasmi Konsulat Jeneral Malaysia di Frankfurt untuk sama-sama memasak kuah kacang dan menyiapkan 300 cucuk satay untuk dibawa ke Karnival Sukan Tahunan Berlin/Frankfurt.


Memerap daging ayam untuk dibuat satay


Menyediakan kuah kacang