Saturday 12 January 2013

Selamat Jalan Semua..Sehingga Jumpa Lagi

Selamat Jalan.. Semoga Berjumpa Lagi.. itulah antara kata-kata terakhir kami PERWAKILAN Frankfurt untuk kedua-dua sahabat baik kami Puan Sharifah Noraida Syed Ibrahim dan Puan Sarinah Ali. Kedua-duanya daripada Tourism Malaysia mengikuti suami masing-masing iaitu Tuan Syed Yahya Syed Othman dan Encik Wan Muhamad Sukri Wan Ibrahim bertugas di sini. 

Pulangnya berasingan, tetapi mereka berdua bersama keluarga masing-masing kami raikan di dalam satu Majlis Perpisahan yang sama sebagai tanda penghargaan di atas sumbangan dan penglibatan sepanjang berada di sini.

Untuk rekod..

FRIDAY, 11 JANUARY 2013
Puan Sharifah Noraida Syed Ibrahim dan keluarga telah berlepas pulang ke Malaysia dari Lapangan Terbang Antarabangsa Frankfurt.  

Sekitar peristiwa..

Minum-minum dulu sebelum berlepas pulang..

Anak-anak Puan Sharifah Noraida dan Tuan Syed..

Antara yang turut hadir.. local staff Tourism dan MATRADE

Ok lah.. kita jumpa di Malaysia pula.. itulah agaknya kata-kata Tuan Syed untuk ladies..

Bergambar bersama Puan Sharifah Noraida, pengganti Tuan Syed iaitu Puan Maizan Ahmad.. Selamat Datang Puan!

Possing terakhir kami untuk tahun ini! 

FRIDAY, 14 DECEMBER 2012
Puan Sarinah Ali dan keluarga berlepas pulang ke Malaysia dari Lapangan Terbang Antarabangsa Frankfurt



THURSDAY, 13 DECEMBER 2012
6:30 petang - Majlis Perpisahan Tuan Syed Yahya Syed Othman dan Encik Wan Muhamad Sukri Wan Ibrahim Dan Keluarga Masing-masing Di Dewan Tun Ghazali Shafie Konsulat General Malaysia di Frankfurt. Potluck makan malam daripada PERWAKILAN.