Frankfurt muncul sebagai JUARA bagi kali keempat secara berturut-turut dalam Karnival Sukan Tahunan Berlin-Frankfurt 2013. Karnival Tahunan telah berlangsung selama tiga hari bermula dari hari Jumaat (17hb Mei 2013) dan berakhir pada hari Ahad (19 Mei 2013). Frankfurt yang menjadi tuan rumah telah mengalahkan Berlin di dalam ketiga-tiga acara; Golf, Badminton dan Bowling.
Hari Pertama : 17 Mei 2013
Delegasi Berlin yang diketuai oleh TYT Duta Malaysia ke Jerman, Dato' Ibrahim Abdullah tiba di kediaman Encik Zulkipli Endut di Hattersheim di mana jamuan makan malam serta acara telematch telah diadakan.
Hari Kedua: 18 Mei 2013
Hari ini bermula dengan acara Golf pada awal pagi. Acara ini telah berlangsung di Hofheim.
Aktiviti seterusnya, iaitu Bowling, bermula pada lewat tengahari sekitar jam 3 petang di Brunswick Bowling Center, Eschersheim, Frankfurt.
(gambar sumbangan Pn. Shamsidah Salahudin)
(gambar sumbangan Pn. Shamsidah Salahudin)
Pasukan dari Berlin
Hari Ketiga : 19 Mei 2013
Hari ketiga dimulakan dengan acara Badminton di sebelah pagi. Acara ini mengambil tempat di Sport Fabrick di Frankfurt.
(gambar sumbangan Puan Wan Nor Hasima Hj. Wan Abdullah)
Karnival Tahunan Berlin-Frankfurt 2013 telah diakhiri dengan upacara penyampaian hadiah dan makan petang di Kediaman Rasmi Konsul Jeneral Malaysia di Frankfurt, Encik John K. Samuel di Frankfurt Am Main.
(gambar sumbangan Pn. Marleena Manaf)
(gambar sumbangan Puan Wan Nor Hasima Hj. Wan Abdullah)
Jumpa lagi di tahun hadapan!