Puan Dhamayanthy Singaram atau lebih kenali sebagai Puan Selvi telah menjemput ahli Perwakilan ke kediaman baru beliau di Sachsenhausen pada 29 Januari 2014 untuk Sesi Morning Coffee pertama bagi tahun 2014.
Puan Selvi tiba di Frankfurt pada bulan Julai 2013, namun boleh dianggap sebagai ahli lama Perwakilan Frankfurt kerana pernah menetap di Köln/Frankfurt dari 2006 hingga 2009.
Menu kali ini agak istimewa - Nasi Pulao, Ayam Bhuna, Kari Kambing, Ayam Tandoori, sayur campur serta Chapati dan Thosai. Ahli yang hadir berpeluang menjamu selera sambil melihat cara Puan Selvi menyediakan Thosai dan Chapati.
Sungguh istimewa juadah yang disediakan sehingga kami hampir lupa mengambil gambar.