Sunday, 15 June 2014

Erdbeeren Pflücken di Praunheim, Frankfurt



Erdbeeren Pflücken atau Strawberry Picking merupakan aktiviti popular di negara Jerman. Bermula pada akhir musim bunga dan permulaan musim panas (akhir bulan Mei sehingga akhir bulan June) ramai yang membawa keluarga ke ladang strawberry untuk memetik strawberi. 

Ahli Perwakilan Frankfurt juga tidak ketinggalan. Walaupun ramalan cuaca bagi hari Sabtu, 14 Jun 2014 tidak begitu menggalakkan kerana dijangka akan hujan namun ia tidak mematahkan semangat ahli perwakilan dan keluarga untuk meneruskan juga rancangan untuk memetik strawberi pada hari tersebut. 

Bersenjatakan payung dan baju hujan, ahli perwakilan dan keluarga telah sampai di Bauer Würfl di Praunheim, Frankfurt pada jam 10.30 pagi. Tetapi nasib di pihak kami kerana sepanjang aktiviti, cuaca agak cerah dan tidak setitik hujan pun turun membasahi bumi.