Saturday 13 September 2014

Makan Malam di kediaman Encik S. Sivasuriyamoorthy dan Puan S. Dhamayanthy (MIDA)

Sempena menyambut kedatangan Puan Adina Kamarudin, Konsul Jeneral Malaysia di Frankfurt dan Encik Mahzan Abdul Samad sekeluarga ke Frankfurt, Encik Siva dan Puan Selvi telah menjemput warga Konsulat Malaysia di Frankfurt untuk makan malam di kediaman mereka di Sachsenhausen South pada 12 September 2014. 

Diantara menu utama ialah kari ayam, sambal ikan bilis dan petai, petola masak lemak, varuvel udang, ayam goreng dan sebagainya. Tetapi yang paling istimewa ialah thosai dan chapati yang dihidangkan terus dari kuali ke pinggan! 

Perwakilan Frankfurt juga mengambil kesempatan untuk bermesyuarat untuk merancang program seterusnya iaitu BBQ Picnic di kediaman Puan Wan Nor Hasima Hj Wan Abdullah pada hari Ahad berikutnya. 

Setelah habis perbincangan, kami diajar 5 langkah tarian Salsa oleh Puan Adina sendiri. Wow! Rupanya Puan Adina mempunyai bakat menari. Selepas ini boleh la Perwakilan Frankfurt memulakan aktiviti menari pula ye Puan ;-p !






 Mari lah kita menjamu selera!


 Wajah gembira setelah menjamu selera! 

 Ahli Perwakilan berbincang mengenai program BBQ Picnic

Puan Adina menunjukkan langkah Tarian Salsa.



Terima kasih diucapkan kepada Encik Siva dan Puan Selvi!