Friday 15 January 2016

Sofea Mardhiah binti Syarqawi, pelengkap hidup Puan Ling Hassim dan Encik Syarqawi Mohammad sekeluarga.

Sofea Mardhiah binti Syarqawi, puteri kesayangan ketiga Puan Ling Hassim dan Encik Syarqawi Mohammad dilahirkan pada 25 Disember 2015 di Sachsenhausen Krankenhaus, Frankfurt. Bila ditanya apakah maksud disebalik nama Sofea Mardhiah, Puan Ling menjelaskan bahawa Sofea dinamakan sempena nama isteri Nabi Muhammad SAW, sementara Mardhiah bermaksud Yang Disayangi. Istimewa sungguh nama yang diberikan kepada puteri comel yang dilahirkan seberat 3.34kg ini. 

Ahli Perwakilan yang diketuai oleh Puan Adina Kamarudin telah melawat baby Sofea dan Puan Ling Hassim di kediaman mereka di Ginnheim pada hari Jumaat, 15 Januari 2016. 

Tahniah diucapkan kepada Puan Ling Hassim dan Encik Syarqawi Mohammad sekeluarga.