Monday 23 January 2017

Farewell Lunch buat Cik Rodziah Idris, Setiausaha Perwakilan

Cik Rodziah Idris (kanan) merangkap Setiausaha PERWAKILAN
 diraikan di dalam jamuan perpisahan Makan Tengahari bersama 
dengan Yang Berbahagia Pengerusi PERWAKILAN, Puan Adina Kamarudin
 dan ahli-ahli PERWAKILAN.


Hari ini, 23hb Januari 2017, farewell lunch gathering bersama ahli-ahli PERWAKILAN telah diadakan di Taverna Italiana Ristorante yang bertempat di Kelsterbach bagi meraikan Cik Rodziah Idris yang akan menamatkan perkhidmatannya sebagai Pembantu Setiausaha kepada Yang Berbahagia Konsul Jeneral Malaysia di Frankfurt pada 10hb Februari 2017.

Cik Rodziah Idris juga merupakan Setiausaha PERWAKILAN Malaysia di Frankfurt selama tempoh (6) tahun. Beliau merupakan seorang ahli PERWAKILAN yang aktif di dalam aktiviti sosial dan kebajikan PERWAKILAN. Di kesempatan ini, PERWAKILAN ingin mengucapkan terima kasih kepada Cik Rodziah di atas jasa dan bakti yang beliau telah curahkan sepanjang berkhidmat sebagai Setiausaha PERWAKILAN. 












Nota:

Cik Rodziah Idris telah berkhidmat sebagai Pembantu Setiausaha kepada Yang Berbahagia Konsul Jeneral Malaysia di Frankfurt, di bawah Kementerian Luar Negeri pada 4hb Mac 2011 dan akan menamatkan perkhidmatannya di pejabat Konsulat Jeneral Malaysia di Frankfurt pada 10hb Februari 2017 bagi meneruskan tugas di Ibu Pejabat, Kementerian Luar Negeri, Putrajaya.

Latar belakang : Cik Rodziah Idris mula berkhidmat di bawah Kementerian Luar Negeri pada 10hb Julai 1997. Beliau juga pernah berkhidmat di Konsulat Malaysia Pontianak, Kalimantan Barat, Indonesia dan Konsulat Jeneral Malaysia di Perth, Australia.