Wednesday 12 July 2017

Mesyuarat Perwakilan Frankfurt Bil. 2/2017



Pada hari ini bertarikh 12hb Julai 2017, PERWAKILAN Frankfurt telah mengadakan Mesyuarat yang ke-2 pada tahun 2017 ini bagi membincangkan beberapa perkara yang berbangkit dan juga aktiviti-aktiviti yang akan diadakan pada bulan Julai, Ogos & September 2017.

Mesyuarat dipengerusikan oleh Yang Berbahagia Konsul Jeneral Malaysia, Puan Adina Kamarudin di Bilik Mesyuarat Konsulat Jeneral Malaysia, Frankfurt. Pada mesyuarat ini, sesi pembentangan dan pengesahan Minit Mesyuarat Perwakilan AGM Bil. 1/2017 turut dibentang dan disahkah.

Di bawah ini disertakan senarai aktiviti dan tarikh yang telah diputuskan di dalam Mesyuarat PERWAKILAN Frankfurt Bil. 2/2017 ;-

  1. 10hb Ogos : Farewell Lunch buat ahli Perwakilan yang dikasihi, Puan Selvy yang akan pulang ke tanahair pada bulan Ogos 2017. Ini juga merupakan PERWAKILAN Appreciation Day buat kesemua ahli Perwakilan
  2. *30hb Ogos 2017 : Jom Cucuk Sate sempena Malaysian Gala Dinner anjuran MCD
  3. Jumaat, 1hb September 2017 : Sambutan Hari Raya Aidil Adha di Pejabat Konsulat Jeneral Malaysia, Frankfurt. Ahli-ahli PERWAKILAN telah bersetuju untuk meyediakan juadah masakan Potluck Terancang diantaranya adalah Mee Goreng, Nasi Tomato, Ayam Masak Merah, Rendang, Nasi Impit dan Kuah Kacang.

Yang Berbahagia Pengerusi PERWAKILAN,
Puan Adina Kamarudin bersama setiap ahli PERWAKILAN yang hadir.



Pada mesyuarat kali ini, ahli-ahli PERWAKILAN telah berbesar hati menyediakan juadah Nasi Kerabu bersama kuah tumis, sambal ikan, ayam percik, ulam-ulaman, telur masin, beehon goreng, sandwich sardin, pemanis mulut dan minuman. Terima kasih kepada setiap ahli PERWAKILAN yang telah memberi kerjasama yang baik di dalam menyediakan jamuan ringan ini.











Nota:
Mesyuarat PERWAKILAN Bil. 2/2017 bermula pada pukul 11:30 tengahari dan berakhir pada pukul 1 petang.