Friday 1 September 2017

Majlis Sambutan Hari Raya AidilAdha 1438 Hijrah


Yang Berbahagia Konsul Jeneral Malaysia di Frankfurt, Puan Adina Kamarudin bersama dengan para tetamu jemputan yang terdiri dari delegasi Sarawak Tourism Board dan Johor Tourism Board. 



Salam 10 Zulhijah 1438 Hijrah bersamaan dengan 1hb September 2017 dari warga PERWAKILAN di Frankfurt, Germany.


Satu Majlis Sambutan Hari Raya AidilAdha telah di adakan pada hari ini di Pejabat Konsulat Jeneral Malaysia, Frankfurt bagi meraikan kehadiran hari yang mulia 10 Zulhijah yang bertempat di Dewan Makan Tun Ghazalie Shafie. Pelbagai juadah yang enak dan lazat telah disediakan oleh setiap ahli PERWAKILAN bagi memeriahkan Majlis Sambutan Hari Raya AidilAdha ini dan diantaranya adalah Nasi Tomato, Rendang Daging, Beehon Goreng Tomyam, Kambing masak Cili Hijau, Ayam Masak Merah, Nasi Impit bersama kuah kacang dan Gulai Dalca. Kuih-muih dan pemanis mulut turut disediakan oleh ahli-ahli PERWAKILAN. Terima kasih diucapkan buat kesemua ahli PERWAKILAN yang telah memberi kerjasama yang baik bagi meraikan sambutan Hari Raya AidilAdha pada tahun ini.

Majlis Hari Raya ini dimulakan dengan Solat Sunat Hari Raya AidilAdha pada seawal 09:00 pagi dan diikuti dengan Khutbah Hari Raya AidilAdha. Jamuan Hari Raya pula diadakan sebaik sahaja selesai Solat Sunat Hari Raya dan Khutbah Hari Raya. Sambutan Hari Raya AidilAdha ini menjadi lebih meriah dengan kehadiran delegasi dari Johor Tourism Board dan Sarawak Tourism Board yang dijemput bagi memeriahkan acara 20th Anniversary Malaysian Club Deutschland Gala Dinner yang akan diadakan pada 2hb September, 2017 di Marriot Hotel, Frankfurt. Terima Kasih PERWAKILAN ucapkan kepada semua hadirin yang hadir melapangkan Majlis Sambutan Hari Raya AidilAdha 2017.