Sunday 18 February 2018

JEMPUTAN MAKAN TENGAHARI OLEH MALAYSIA CLUB DEUTSCHLAND (MCD)

Pihak Malaysia Club Deutschland (MCD) telah berbesar hati menganjurkan program makan tengahari bersama dengan ahli-ahli Perwakilan bertempat di Restoran Medina Steakhouse pada 6 Febuari 2018 bermula pada pukul 1245 tenghari.

Rombongan ‘Cik Puan’ yang disertai ahli-ahli Perwakilan telah bersepakat menaiki kenderaan awam yang popular di Frankfurt iaitu keretapi U-Bann daripada Pejabat Konsulat Jeneral-Malaysia ke stesen Dom Romer.

 


Kehadiran ahli-ahli Perwakilan adalah seramai 6 orang. Manakala Malaysia Club Deutschland (MCD) diwakili oleh Pengerusi Kelab, Puan Rosita Rahman Hailek dan Naib Pengerusi Kelab iaitu Puan Amy Lim. Kehadiran diserikan juga dengan kehadiran Encik Abdul Rahman Adun, Konsul Muda dari Konsulat Jeneral Malaysia-Frankfurt.



Perbincangan dimulakan dengan Malaysia Club Deutschland (MCD) telah mengusulkan beberapa perkara dengan ahli-ahli Perwakilan iaitu menganjurkan program bersama bagi sesi 2018.  Di antara usul-usul tersebut adalah program Majlis Makan Malam Gala (Gala Dinner) dan Perarakan Kebudayaan (Parade Culture). Perbincangan secara rasmi akan diadakan setelah mendapat pengesahan bagi tarikh rasmi program-program tersebut.

Kemeriahan diserikan lagi dengan gurauan dan cuitan manja di antara ahli-ahli Perwakilan dan Malaysia Club Deutschland (MCD) tidak lekang di bibir dan senyuman manis keceriaan.


 



Sesi makan tengahari di akhiri dengan merakamkan memori bersama ahli-ahli Pewakilan dan Malaysia Club Deutschland (MCD). Dilampirkan foto-foto memori bersama di bawah ini, 












Sekalung terima kasih kepada Malaysia Club Deutschland (MCD) di atas kesudian jemputan sesi makan tengahari dan cenderahati.

tschuss!!!Vielen dank!!!