Monday 2 July 2018

SAMBUTAN HARI RAYA AIDILFITRI 1439H PERWAKILAN MALAYSIA-FRANKFURT



Sambutan majlis Hari Raya Aidilfitri telah diadakan dengan sederhana pada 15hb Jun 2018, bertempat di Dewan Tun Ghazali Shafie, di pejabat Konsulat Jeneral Malaysia-Frankfurt.



Semua ahli Perwakilan Malaysia-Frankfurt bersama ahli keluarga masing-masing dijemput hadir untuk turut serta meraikan program tersebut.

Majlis tersebut juga dimeriahkan lagi dengan kehadiran para pelajar tajaan dari Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dan Majlis Amanah Rakyat (MARA).  Semua pelajar tersebut  telah mengesahkan kehadiran kepada Encik Nur Ahmad Fadhli Mohd Naim iaitu Konsul Pendidikan dari Majlis Amanah Rakyat (MARA) dan Cik Noramirah Yusuff iaitu Konsul Muda dari Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA).  Jumlah keseluruhan adalah sebanyak 83 orang pelajar yang telah hadir.

Tidak ketinggalan juga dengan kehadiran pengerusi kelab Friends of 1Malaysia Germany (F1MG), Dato' Noraini Anne Bechler bersama anak-anak turut serta memeriahkan majlis tersebut.




Para hadiran telah mula membanjiri majlis tepat pada pukul 8.30 pagi dengan berpakaian tradisi hari raya iaitu baju melayu berkain sampin bagi lelaki dan baju kurung bagi perempuan.




Semua ahli Perwakilan Malaysia-Frankfurt telah bekerjasama menyediakan juadah hidangan hari raya.  Menu utama pada hari tersebut adalah nasi minyak, gulai daging, rendang daging, ayam masak merah, satay ayam, kuah kacang, nasi impit, kuah lodeh dan jelatah.


Menu juadah hidangan hari raya tersebut telah disediakan oleh-
1. Nasi Minyak – Puan Ling Hassim Ling dan Cik Noramirah Yusuff
2. Gulai Daging – Puan Ling Hassim dan dibantu oleh Puan Ariyanti Razali
3. Rendang Daging – Puan Ling Hassim dan dibantu oleh Puan Ariyanti Razali
4. Ayam Masak Merah – Puan Yaumee Haryati M.Nawi dan Cik Noramirah Yusuff
5. Satay Ayam – Puan Ling Hassim dan dibantu oleh Puan Ariyanti Razali
6. Kuah Kacang – Puan Ariyanti Razali
7. Nasi Impit – Puan Ariyanti Razali
8. Kuah Lodeh – Kerjasama daripada kakitangan agensi Pembadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE) iaitu Puan Nora Othman dan pelajar tajaan daripada Majlis Amanah Rakyat (MARA) iaitu Puan Nor Azizah Othman
9. Jelatah - Puan Yaumee Hayati M.Nawi dan Cik Noramirah Yusuff







Minuman pula telah disediakan oleh Cik Noramirah Yusuff dan Puan Ariyanti Razali. Di antara minumam tersebut adalah teh tarik, teh ‘O’,  kopi susu dan air kordial ala Frankfurt.


Kerjasama dan inisiatif telah diambil oleh semua ahli Perwakilan Malaysia-Frankfurt bagi menyediakan pencuci mulut, buah-buahan, biskut dan kek  iaitu Puan Ling Hassim, Puan Rozila Jurimi, Puan Yaumee Hayati M.Nawi, Puan Ariyanti Razali dan Cik Noramirah Yusuff.











Pengerusi kelab F1MG, Dato' Noraini Anne Bechler juga turut menyumbangkan sebiji kek iaitu kek keju.

Majlis bermula pada pukul 9.00 pagi dengan dimulai alunan takbir hari raya. Selepas alunan takbir hari raya selesai berkumandang, diikuti pula dengan sembahyang sunat Hari Raya Aidilfitri dan kemudiannya khutbah Hari Raya.  Sembahyang sunat dan khutbah hari raya telah dipimpin oleh Encik Syarqawi Muhammad iaitu Konsul Pendidikan dari Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA).  











Majlis seterusnya beramah mesra sambil menjamu selera bersama dengan semua pelajar tajaan dari Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dan Majlis Amanah Rakyat (MARA) serta keluarga masing-masing dari semua agensi kakitangan perkhidmatan yang berpangkalan di Frankfurt, Jerman iaitu pejabat Konsulat Jeneral Malaysia, Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA), Majlis Amanah Rakyat (MARA), Lembaga Pembangunan Pelaburan (MIDA), Pembadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE)  dan juga Lembaga Pengalakkan Pelancongan Malaysia (TOURISM Malaysia) serta kelab Friends of 1Malaysia Germany (F1MG).





Silaturrahim lebih erat terjalin disamping kerinduan untuk beraya di kampung halaman serta menjamu juadah tradisi hari raya terubat rindu bagi program ini. 

Program diakhiri dengan upacara bergambar beramai-ramai dan gotong-royong membersihkan dewan. 



Tidak lengkap kiranya majlis ini tidak dipotret memori  yang akan dikenang selamanya.  Maka sesi bergambar bersama-sama rakan masing-masing buat kenangan.  Manakala sesi bergambar untuk semua yang terlibat telah dilakukan di luar pejabat Konsulat Jeneral Malaysia.


Selesai sudah merakamkan memori Hari Raya Aidilfitri, semua ahli Perwakilan Malaysia-Frankfurt dan semua hadirin pun bersurai sambil bermaafan sesama sendiri.




Sekalung terima kasih kepada Encik Syarqawi Muhammad iaitu Konsul Pendidikan dari Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) selaku ketua projek untuk program ini dan buat semua yang terlibat secara langsung atau tidak langsung bagi menjayakan majlis ini.  

Majlis ini sungguh tidak diduga mendapat sambutan yang merangsangkan dan penuh gilang-gemilang daripada semua pihak.  Secara tidak langsung mengubat jua rindu kepada keluarga yang jauh di bumi tanahair di Malaysia.  Program ini juga boleh dikatakan acara tahunan untuk Perwakilan Malaysia-Frankfurt.


Selamat Hari Raya Aidilfitri dan  Maaf Zahir Batin daripada kami semua ahli-ahli Perwakilan Malaysia-Frankfurt yang jauh di perantauan di bumi, Frankfurt, Jerman.


Dilampirkan foto-foto memori pada hari tersebut.


















Tschuss!!! Vielen Dank!!!



Nota Kaki
Ketidakhadiran
Puan Sharida Ahmad Shahidan dan Cik Hasnani Hamid telah pergi bercuti dan kembali ke kampung halaman masing-masing di Malaysia.