Wednesday 3 April 2019

Majlis Perpisahan Pengarah Tourism Malaysia, Encik Mohamed Amin Yahya

Pada 28 Disember 2018, Perwakilan Frankfurt telah mengadakan Majlis Perpisahan buat Pengarah Tourism Malaysia, Encik Mohamed Amin Yahya dan isteri, Puan Sharida Ahmad Shahidan di Dewan jamuan Tan Sri Ghazali Shafie, Pejabat Konsulat Malaysia Frankfurt.

Encik Mohamed Amin akan meneruskan tugas beliau di Malaysia setelah bertugas di Pejabat Tourism Malaysia, Frankfurt selama 4 tahun.

Menu Majlis Makan Malam ini telah disediakan secara potluck terancang oleh ahli-ahli Perwakilan. Tetamu yang hadir disajikan dengan Nasi putih, kari kambing, ayam masak kicap, sambal udang, sayur campur, sambal belacan dan ulam-ulaman. Tetamu juga dijamu dengan Mee kari, Sandwich dan tidak lupa juga pemanis mulut antaranya puding jagung dan pulut mangga.


Encik Mukundan Madavan, Konsul Jeneral Frankfurt memberikan ucapan penghargaan

Encik Mohamed Amin Yahya dan Encik Mukundan Madavan 

Puan Sharida Ahmad Shahidan dan Puan Yaumee Hayati bersama cenderahati dari Perwakilan

Pengerusi Kelab Friends of 1 Malaysia Germany (F1MG),
Datuk Noraini Anne Bechler turut sama meraikan majlis makan malam

Mee kari untuk tetamu yang hadir




lauk-pauk yang dihidangkan kepada tetamu

Pelbagai hidangan pencuci mulut

Ribuan terima kasih diucapkan kepada Encik Amin dan Puan Sharida atas segala usaha, jasa baik dan kerjasama sepanjang mereka di sini.


Selamat Tinggal / Penerbangan Pulang


Jumaat, 11 Januari 2019

Tiba masanya Puan Sharida dan keluarga mengucapkan selamat tinggal kepada rakan-rakan yang turut hadir di lapangan terbang.

Puan Sharida bersama ahli-ahli Perwakilan dan rakan-rakan 

Selamat maju jaya buat Puan Sharida dan keluarga dan kenangan bersama akan diabadikan didalam memori selamanya.


Bila ada sumur di ladang,
Bisa saya menumpang mandi,
Bila ada umur yang panjang,
Bisa kita bersua lagi.