Saturday, 14 December 2013

Morning Coffee - Cik Rodziah, Puan Shamsidah dan Puan Siti Nordiana


PINK merupakan tema Morning Coffee Working Ladies kali ini. Jemputan yang dihantar melalui email kepada semua ahli Perwakilan juga menarik dan berwarna-warni! Morning Coffee Pink dihos oleh Cik Rodziah Idris (KLN), Puan Shamsidah Salahudin (JPA) dan  Puan Siti Nordiana Mohd Akhir (Matrade). 




Bertempat di Dewan Tun Ghazalie Shafie pada 13 Disember 2013, sesi Morning Coffee bermula pada pukul 11.30 pagi. Hidangan utama merupakan nasi lemak, juadah kegemaran semua dan sesuai bagi kami yang berada jauh dari negara tercinta. 

Sesi Morning Coffee ini juga memberi peluang kepada kami untuk menyambut ahli baru, Puan Ling Hassim, isteri kepada Konsul JPA yang baru memulakan tugas di Frankfurt. 



 Gambar sumbangan Puan Nora Othman

Istimewa pada sesi Morning Coffee kali ini ialah Bengkel Jahitan Table Runner di bawah tunjuk-ajar Cik Rodziah Idris. Setiap ahli diberi peluang untuk menyiapkan table runner masing-masing dan menyimpannya sebagai cenderahati.

  Gambar sumbangan Puan Nora Othman


  Gambar sumbangan Puan Nora Othman

Terima kasih kepada penganjur dan semua ahli yang hadir. 

Tuesday, 24 September 2013

Rumah Terbuka Sambutan Hari Raya Aidilfitri oleh Konsulat Jeneral Frankfurt

Jumaat 23 Ogos 2013, Sambutan Hari Raya Aidilfitri telah diadakan dengan meriahnya oleh Konsulat Jeneral di Frankfurt. Bertempat di kediaman rasmi Konsul Jeneral di Sachsenhausen, Frankfurt, Rumah Terbuka Aidilfitri dihadiri oleh 200 tetamu, khasnya rakyat Malaysia dan keluarga yang tinggal di sekitar Frankfurt. 

Diantara hidangan istimewa ialah sate ayam, rendang daging, lemang, lontong, nasi impit, kuah kacang dan sebagainya. 


Sekitar majlis dan diantara tetamu yang hadir...

























Friday, 20 September 2013

Sambutan Hari Kebangsaan 2013 di Frankfurt

Khamis 19 September 2013, Konsulat Jeneral Malaysia di Frankfurt telah mengadakan Majlis Sambutan Kemerdekaan Malaysia ke-56. Majlis yang bermula pada pukul 6 petang di Hotel InterContinental, Frankfurt dihadiri oleh para tetamu jemputan khas konsulat. Juadah pada malam itu disediakah khas oleh Hotel InterContinental. 

















Thursday, 19 September 2013

Morning Coffee ~ Puan Pecky Lau

Kali ini Sesi Morning Coffee diadakan di kediaman Puan Pecky Lau di Bad Soden pada 18hb September 2013. Bermula pada jam 12 tengahari, menu utama untuk sesi ini adalah Mee Udang (atau juga dikenali sebagai Hokkien Mee di Pulau Pinang). Tuan rumah juga telah menyediakan tiramisu dan pengat pisang sebagai pencuci mulut. 

Para tetamu yang hadir juga membawa pelbagai kuih muih, buah buahan dan makanan ringan sebagai potluck. 









Terima kasih kepada semua yang hadir pada sesi tersebut. 

Thursday, 1 August 2013

Majlis Perpisahan Encik Roswaidin Mohd Zain dan keluarga

Pada 24hb Julai 2013, Perwakilan Frankfurt telah mengadakan majlis perpisahan bagi Encik Roswaidin Mohd Zain dan isterinya Puan Siti Roha Ibrahim sekeluarga di Dewan Tan Sri Ghazali Shafie di bangunan Konsulat, Frankfurt.

Encik Roswaidin akan pulang bertugas di ibu pejabat semula setelah bertugas di pejabat MIDA Frankfurt selama kira kira 4 tahun. Menu Majlis Makan Malam ini telah disediakan secara potluck terancang oleh ahli ahli PERWAKILAN. 
Konsul Jeneral Malaysia di Frankfurt, Encik John K Samuel dengan Encik Roswaidin Mohd Zain


Penyampaian Cenderahati oleh Pengerusi PERWAKILAN Frankfurt, Puan Karen George Abraham.





Perwakilan Frankfurt ingin merakamkan penghargaan kepada Puan Siti Roha Ibrahim atas bantuan dan sokongan beliau sebagai ahli Perwakilan di Frankfurt. 

Pohon selasih dalam kolam
Anak haruan berenang renang
Terima kasih kami ucapkan
Budi puan jadi kenangan