Thursday 29 October 2009

Majlis Khatam Al-Quran Dan Berbuka Puasa

Bagi menambah keberkatan bulan Ramadhan 1430H, ahli-ahli PERWAKILAN telah mengadakan Kelas Tadarus Al-Quran. Majlis Tadarus Al-Quran itu telah berjaya dijalankan pada 27 Ogos, 3 dan 7 September 2009 yang lalu bermula pada jam 10.30 pagi hingga 12.00 tengahari bertempat di kediaman Pengerusi PERWAKILAN.


Majlis tadarus tersebut telah dihadiri oleh beberapa ahli serta keluarga dan juga ahli Malaysian Club Deutshland (MCD). Majlis khatam Al-Quran telah diadakan pada 12 September 2009 bersamaan 23 Ramadhan 1430H di bawah pimpinan Ustazah Azmurahima Mat Sa'aid.




Pada hari Majlis Khatam Al-Quran tersebut ahli-ahli PERWAKILAN telah bersetuju memakai pakaian serba putih. Lebih menarik ahli-ahli PERWAKILAN telah menghasilkan sendiri bunga telur mengikut kreativiti masing-masing untuk diagih-agihkan kepada tetamu yang hadir.

Majlis khatam dimulakan pada jam 6.00 petang bertempat di Kediaman Konsul Jeneral.



Usai Majlis Khatam Al-Quran, majlis diteruskan dengan Majlis Berbuka Puasa yang dianjurkan oleh Konsulat Jeneral Malaysia, Frankfurt. Tetamu yang hadir adalah terdiri daripada semua pegawai Konsulat Jeneral dan keluarga, pelajar-pelajar Malaysia yang berhampiran Frankfurt dan juga beberapa rakyat Malaysia.



Para tetamu yang sedang menunggu waktu berbuka puasa




Antara juadah yang dihidangkan pada majlis tersebut. Semua yang hadir sangat bertuah kerana keseluruhan juadah pada majlis itu telah disediakan oleh Selebriti Chef Ismail Ahmad dibantu oleh sebahagian ahli PERWAKILAN dan Malaysian Club Deutshland (MCD).