Thursday 29 October 2009

Solat Sunat Hari Raya Aidilfitri 2009

Setelah sebulan berpuasa, akhirnya hari kemenangan pun tiba. Bagi seluruh umat Islam di bumi Jerman ini Syawal 1430H telah ditetapkan jatuh pada 19 September 2009 iaitu hari Sabtu dan awal satu hari dari Malaysia.


Bagi meraikan kesyukuran sebagai umat Islam, solat sunat Aidilfitri telah diadakan di Pejabat Konsulat Jeneral Malaysia, Frankfurt yang beralamat di Level 18, Kastor Building, Platz der Einheit 1. Memandangkan ruang yang minima untuk menampung bilangan saf, maka pihak Konsulat Jeneral telah bersetuju untuk menghadkan kehadiran rakyat Malaysia pada hari itu.

Selain daripada pegawai dan kakitangan Pejabat Konsulat Jeneral Malaysia Frankfurt dan keluarga, majlis solat sunat berkenaan turut diikuti oleh beberapa pelajar dan rakyat Malaysia yang tinggal di kawasan berhampiran.


Khutbah Hari Raya Aidilfitri pula selamat disampaikan oleh Encik Shahrizan Sudin, suami kepada Puan Norsyika Diana Che Othman iaitu salah seorang dari ahli PERWAKILAN.






Melaungkan takbir sebagai tanda kesyukuran kepadaNYA


Ruang solat kaum perempuan


Selesai solat sunat Aidilfitri dan laungan takbir, semua yang hadir telah dijemput ke kediaman rasmi Konsul Jeneral bagi menikmati jamuan ringan.



Hidangan ringkas namun sangat menyelerakan


Tetamu yang hadir mengambil kesempatan bergambar bersama Pengerusi PERWAKILAN, Puan Khadijah Mahmud