Wednesday 24 February 2010

Mesyuarat Agong PERWAKILAN Frankfurt 2010

Mesyuarat Agong PERWAKILAN Frankfurt Tahun 2010 telah bersidang semalam, 23 Feb 2010 di Pejabat Konsul Jeneral Malaysia Frankfurt jam 10:30 pagi. Mesyuarat Agong ini telah dimulakan dengan ucapan aluan Pengerusi PERWAKILAN, kemudian diikuti dengan ucapan aluan Penasihat Kehormat PERWAKILAN Frankfurt. Setelah Agenda Mesyuarat 23 Feb 2010 dan Minit Mesyuarat Agong Bil 2/2009 disahkan, semua Ketua Ahli Jawatan Kuasa (AJK) PERWAKILAN Tahun 2009 telah membuat Pembentangan Laporan Aktiviti masing-masing untuk sepanjang tahun 2009. Ini diikuti pula dengan Pembentangan Penyata Kewangan Tahun 2009 oleh Bendahari PERWAKILAN Tahun 2009 dan telah disahkan oleh ahli PERWAKILAN yang hadir.





Di dalam mesyuarat ini juga, AJK PERWAKILAN 2009 telah dibubarkan. Pemilihan dan perlantikan AJK PERWAKILAN Tahun 2010 telah diadakan dengan menyaksikan beberapa ahli sediada dikekalkan dengan bidang tugas masing-masing manakala lain-lain ahli bertukar bidang tugas.

Turut dibincangkan di dalam mesyuarat ini ialah mengenai yuran keahlian PERWAKILAN Frankfurt dan cadangan aktiviti untuk tahun 2010.

Mesyuarat ditangguhkan pada jam 1:00 tengahari dan semua yang hadir menjamu selera dengan makanan tengahari yang telah dibawa secara potluck oleh ahli-ahli PERWAKILAN sendiri. Tarikh mesyuarat selanjutnya akan diberitahu kelak.

Nota:
Laporan terperinci mengenai mesyuarat ini boleh diperolehi daripada Minit Mesyuarat Agong PERWAKILAN Frankfurt 2010.