Thursday 16 September 2010

Morning Coffee ~ Puan Siti Roha Ibrahim

Semalam Rabu, 15 September 2010, majlis morning coffee yang kesembilan untuk tahun ini telah diadakan di kediaman Puan Siti Roha Ibrahim di Kronberg. Bertemakan Kelantan Authentic Food, ahli PERWAKILAN disajikan dengan hidangan utama nasi belauk yang berlaukkan gulai ikan dan juga kari ayam serta sikaya pulut sebagai pencuci mulut. Di dalam majlis ini juga, turut diadakan Majlis Perpisahan PERWAKILAN Frankfurt untuk Cik Lim Juat Chin.

Cik Lim Juat Chin atau panggilan mesranya Miss Lim di kalangan teman-teman PERWAKILAN mula berkhidmat di Frankfurt pada 27 Januari 2007. Beliau yang akan ditukarkan ke Port Moresby, Papua New Guinea dijangka bertolak daripada Frankfurt pada minggu hadapan.

Miss Lim banyak memainkan peranan penting di dalam aktiviti PERWAKILAN Frankfurt. Walaupun sibuk dengan tugas rasmi harian sebagai Pembantu Khas kepada Konsul Jeneral Malaysia di Frankfurt, beliau masih mampu memberikan komitmen sepenuhnya kepada aktiviti-aktiviti PERWAKILAN. Memikul tanggungjawab sebagai Setiausaha PERWAKILAN Frankfurt, Miss Lim merupakan seorang yang berpengalaman dan aktif serta sering bersama-sama ahli PERWAKILAN baik semasa aktiviti sukan maupun gotong-royong semasa penyediaan masakan.

Walaupun beliau seorang yang pendiam tetapi beliau merupakan seorang yang senang didekati dan senang untuk dibawa berbincang.

Kami ahli PERWAKILAN memohon maaf daripada Miss Lim di atas kekurangan kami jika ada juga di atas kesalahan yang telah kami lakukan sepanjang kita bersama di PERWAKILAN ini.

Didoakan semoga Miss Lim selamat di dalam perjalanan ke tempat baru dan seterusnya dapat meneruskan tugas baru dengan jayanya.

Untuk Miss Lim, 'Selamat Maju Jaya' daripada kami. Semoga persahabatan yang terjalin ini tidak terputus di sini sahaja. Sehingga jumpa lagi.

Berikut merupakan antara foto yang sempat dirakam di sekitar Morning Coffee dan Majlis Perpisahan Miss Lim..

Inilah antara ahli PERWAKILAN yang hadir..

Ahli PERWAKILAN merakamkan ucapan terima kasih kepada Puan Noor Hayati Abu Noh kerana telah menunjukkan cara-cara mengambil gambar menggunakan fungsi selftimer yang ada di kamera masing-masing.

Pengerusi Majlis pada pagi tersebut, Puan Sarinah Ali

Puan Siti Roha Ibrahim bagi pihak ahli PERWAKILAN Frankfurt memberikan ucapan khas untuk Miss Lim.

Di dalam majlis ini juga Puan Rahizam Abdullah memanjangkan ucapan terima kasih Encik Mohd Marzuki Mohd Amin sekeluarga kepada semua ahli PERWAKILAN di atas sumbangan tenaga dan masa semasa aktiviti rotong-royong aidilfitri yang lepas.

Miss Lim di dalam ucapan balasnya

Penyampaian cenderamata tanda kenang-kenangan daripada ahli PERWAKILAN untuk Miss Lim

Tanda ingatan daripada ahli PERWAKILAN untuk Miss Lim

Inilah antara juadah pada hari tersebut..





WEDNESDAY, 29 SEPTEMBER 2010

Antara ahli PERWAKILAN yang hadir di Lapangan Terbang Antarabangsa Frankfurt untuk mengucapkan Selamat Jaya kepada Miss Lim

Turut pulang ke tanahair pada tengahari tersebut ialah dua orang pelajar dari Universiti Utara Malaysia yang baru menamatkan latihan industri di MATRADE, Frankfurt