Friday 10 September 2010

Rumah Terbuka Aidilfitri Konsulat 2010

Setelah 29 hari berpuasa, semalam tanggal 9 September 2010, umat Islam khususnya di bumi Germany menyambut Aidilfitri. Memandangkan pada masa ini pihak Frankfurt masih belum mendapat pengganti Konsul Jeneral Malaysia, maka sambutan Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Konsulat kali ini dibuat di rumah pemangku Konsul Jeneral Malaysia di Frankfurt, Encik Mohd. Marzuki Mohd. Amin dan pasangan Puan Misnah Salikan di Hattersheim.




Pada sebelah paginya, sembahyang raya telah dibuat di Pejabat Konsulat Jeneral Malaysia, Frankfurt. Ia dihadiri oleh warga kerja Konsulat dan keluarga.


Selepas solat raya, hadirin dihidangkan oleh hidangan nasi lemak dan kuih muih yang dibawa secara oleh potluck ahli PERWAKILAN. Hidangan pagi itu juga dimeriahkan oleh sumbangan kuih-muih, ketupat dan kek yang dibawa oleh beberapa rakyat Malaysia dan pelajar-pelajar yang tinggal berdekatan di mana mereka juga turut hadir untuk sembahyang raya.


Walaupun cuaca petang itu mendung dan hujan turun renyai-renyai pada awal petang, Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Konsulat yang dirancang tetap berjalan lancar. Untuk sambutan rumah terbuka kali ini ahli PERWAKILAN Frankfurt dengan diketuai oleh salah-seorang ahli PERWAKILAN Frankfurt, Puan Rahizam Abdullah telah bergabung tenaga memasak juadah hari raya pada kali ini. Majlis yang bermula pada 4:00 petang dan berakhir pada jam 7:00 malam itu, dihadiri oleh ramai tetamu jemputan termasuk Malaysian Club Deutschland (MCD) dan juga para pelajar Malaysia.

Kepada semua ahli PERWAKILAN, syabas dan setinggi-tinggi ucapan terima kasih untuk semua di atas sumbangan tenaga, masa dan komitment yang ditunjukkan. Begitu juga untuk ahli keluarga terlibat yang sentiasa memahami dan sentiasa memberikan sokongan moral. Kepada yang lain juga terima kasih daripada kami ahli PERWAKILAN. Jasa semua amat dihargai..

Berikut merupakan galeri gambar sekitar majlis berlangsung..
Ahli PERWAKILAN Frankfurt bergambar beramai-ramai di petang hari raya

Ahli PERWAKILAN bersama local staff Konsulat

Inilah antara tetamu yang hadir pada petang tersebut..



Suasana di dalam rumah..


Antara juadah raya yang dihidangkan..


Pelbagai jenis kek dan biskut sumbangan pihak MCD, terima kasih..