Wednesday 22 December 2010

Majlis Perpisahan Encik Ruzlan Abd. Malek dan Isteri

Semalam Selasa 21 Disember 2010 jam 6:30 petang, pihak Konsulat Frankfurt telah menganjurkan satu jamuan Perpisahan untuk Encik Ruzlan Abd. Malek (Konsul Pelajaran) dan isteri di Konsulat Malaysia Frankfurt. Encik Ruzlan dan isteri dijangka pulang pada 31 Disember ini untuk kembali bertugas semula di Malaysia setelah lebih tiga tahun bertugas di sini. 





Majlis tersebut juga meraikan kedatangan pegawai dan kakitangan baru Konsulat iaitu Encik Khairul Nizam Jamalus (Konsul Latihan dan Pendidikan) dan Encik Mohamad Azli Mohamad Aishaari (Personal Assistant (PA) untuk Consul General (CG)). Acara diakhiri dengan sesi karaoke oleh hadirin manakala hidangan makan malam tersebut pula disediakan secara potluck terancang oleh ahli PERWAKILAN Frankfurt.

Berikut antara peristiwa yan sempat dirakam pada malam tersebut:

Antara ahli PERWAKILAN Frankfurt yang hadir. Turut-serta bergambar ialah anak Puan Misnah Salikan dan anak Puan Sarinah Ali yang datang bercuti di Frankfurt.

Apa yang menggelikan hati anak-anak kami ini agaknya..

Sepatah-dua kata daripada Encik Ruzlan Abd. Malek

Pegawai baru, Encik Khairul Nizam memperkenalkan diri

PA to CG, Encik Mohamad Azli memperkenalkan diri

Pemberian cenderamata untuk Encik Ruzlan Abd. Malek sebagai tanda ingat-ingatan

Antara juadah makan malam yang disediakan

Pencuci mulut dan buah-buahan

Tetamu yang diraikan, Encik Ruzlan dan isteri menjamu selera

Hadir sama ialah isteri Encik Mohamad Azli Mohamad Aishaari, Puan Siti Nur Hafiza Mansor

Berpadu suara Encik Ruzlan dan Puan Misnah Salikan

Pegawai baru yang diraikan, Encik Khairul Nizam juga berbakat besar rupanya..




WEDNESDAY, 1 JANUARY 2011 

Antara rakan PERWAKILAN yang hadir di Lapangan Terbang Antarabangsa Frankfurt semalam 1 Jan 2011 untuk mengucapkan Selamat Jalan kepada Puan Peteri Azizah dan suami..

Encik Ruzlan bergambar kenang-kenangan dengan rakan sekerja dan sebahagian besar pelajar tajaan MARA yang turut hadir pada pagi itu..