Saturday 4 December 2010

Morning Coffee ~ Puan Siti Nur Hafiza Mansor

Morning coffee PERWAKILAN terakhir untuk tahun ini telah diadakan semalam Jumaat, 3 Disember 2010 di kediaman Puan Siti Nur Hafiza Mansor di Frankfurt am Main pada jam 10:30 pagi. Hampir semua ahli PERWAKILAN dapat turut-serta.


Majlis ini juga merupakan Majlis Perpisahan PERWAKILAN untuk Puan Peteri Azizah Megat Ahmad Zamil yang akan pulang ke tanahair pada hujung bulan ini setelah hampir empat (4) tahun mengikuti suami beliau bertugas di sini. Beliau yang merupakan Ketua AJK (Ahli Jawatankuasa) Sukan mengharapkan aktiviti sukan seperti bowling akan diteruskan seperti biasa. Beliau juga memaklumkan tugas beliau akan diambilalih oleh Penolong Ketua (AJK Sukan), Puan Norsyika Diana Che Othman.

Semasa morning coffee berlangsung juga diadakan sambutan hari jadi Puan Misnah Salikan. Sambutan hari jadi beliau pada kali ini turut dihadiri oleh anak sulung beliau, Noor Fariha Effa yang sedang dalam percutian di sini.

Daripada PERWAKILAN Frankfurt untuk Puan Peteri Azizah dan Puan Misnah 'Wir wünschen Dir alles Gute!'

Berikut merupakan gambar-gambar yang sempat dirakam pada pagi tersebut..

Asyik mendengar kata-kata aluan daripada Pengerusi Majlis, Puan Sarinah Ali

Tanda ingatan daripada PERWAKILAN Frankfurt untuk Puan Peteri Azizah Megat Ahmad Zamil

Kek cokelat ini dibuat khas oleh anak Puan Misnah, Effa untuk beliau..

Happy Birthday Mama! Moga panjang umur, murah rezeki dan sihat selalu hendaknya..

Bacaan doa selamat oleh Puan Misnah Salikan

Antara hidangan pada pagi tersebut

Hadir sama Puan Faiza Jansa dan Puan Emilia Yusoff-Fluegel