Friday 14 January 2011

Datang Dan Pergi..Silih Berganti..

Pagi tadi, Jumaat 14 Januari 2011, Perwakilan berkumpul lagi di Lapangan Terbang Antarabangsa Frankfurt. Selepas melakukan urusan check-in di kaunter MAS, Puan Nur Hafiza Mansor dan keluarga bersama-sama PERWAKILAN dan rakan Konsulat Malaysia Frankfurt yang hadir sempat menjamu selera seketika di Restoran Mc Donald sebelum mereka sekeluarga menaiki pesawat untuk berlepas pulang ke Malaysia.

Masing-masing akan memulakan tugas semula di Wisma Putra setelah sekian lama berada di Papua New Guinea dan Frankfurt. Untuk Puan Nur Hafiza dan suami, PERWAKILAN mengucapkan 'Selamat Maju Jaya' semoga kita berjumpa lagi di kesempatan lain pula..

Berikut antara aksi yang sempat dirakam pagi tadi..
Antara rakan seperjuangan yang turut hadir pada pagi itu..

Menjamu selera di Restoran Mc Donald

Telatah si comel yang sentiasa menghiburkan