Wednesday 19 January 2011

Khabar Gembira..Khabar Gembira..Khabar Gembira

Akhirnya yang ditunggu-tunggu sudah tiba.. khabar gembira untuk semua..

Salah-seorang ahli PERWAKILAN Frankfurt, Puan Norsyika Diana Che Othman telah selamat melahirkan bayi perempuannya pada pagi Ahad, 2 Januari 2011 di St.-Markus-Krankenhaus gGmbh, Frankfurt am Main. Dilahirkan secara normal, bayi comel ini diberi nama Nur Khadeeja Hanna. Ia merupakan anak ketiga dalam keluarga. Turut sama di sisi membantu proses kelahiran ialah suami tercinta, Encik Sharizan Sudin.
Lanjutan daripada itu, semalam, Selasa 18 Januari 2011, sekitar jam 11:00 pagi, PERWAKILAN Frankfurt telah mengambil kesempatan melawat ibu dan anak di rumah mereka di Oberursel. Kelihatan sihat dan bertenaga, Puan Norsyika ceria berkongsi cerita mengenai pengalaman barunya bersalin di sini dengan kami semua. Tahniah buat Puan Norsyika dan suami atas kelahiran ini semoga kehadiran insan baru ini menjadikan kehidupan berkeluarga lebih bermakna.

Untuk bayi Khadeeja.. 'Welcome to the world!!!'


Kesempatan ini juga diambil PERWAKILAN untuk mengalu-alukan kedatangan ahli baru iaitu Puan Zainab Osman. Suami beliau Encik Salleh Abdullah yang bertugas di JPA merupakan pengganti Encik Ruzlan Abd Malek. Beliau yang juga merupakan kakitangan JPA kini bercuti tanpa gaji mengikuti suaminya bertugas di sini. 


Untuk Puan Zainab dan keluarga, terimalah pantun ini dari kami..


kalau puan pergi ke pekan
belikan saya buah kuini
selamat datang kami ucapkan
moga berbahagia hendaknya kehidupan di sini


Berikut di antara kenangan yang sempat dirakam pada hari tersebut..


Ahli PERWAKILAN Frankfurt bergambar bersama
Bacaan doa selamat



Puan Norsyika dan Nur Khadeeja Hanna





























Sedikit saguhati untuk baby Nur Khadeeja daripada kami



Puan Zainab yang diraikan..