Wednesday 27 April 2011

Selamat Datang Puan!

Semalam Selasa, 26 April 2011, ahli PERWAKILAN Frankfurt telah mengadakan perjumpaan pertama dengan Pengerusi PERWAKILAN Frankfurt yang baru, Puan Karen George Abraham.  Bertempat di Bilik Mesyuarat Konsulat Jeneral Malaysia Frankfurt, majlis dimulakan jam 2:30 petang. Beliau sekeluarga baru tiba di Frankfurt pada pagi Ahad lepas. Semua ahli PERWAKILAN hadir pada sesi perjumpaan ini kecuali dua orang ahli bekerja yang sedang bercuti rehat.
Perjumpaan ini lebih kepada majlis suai-kenal, di mana Puan Karen dan ahli PERWAKILAN Frankfurt berkenal-kenalan dengan memperkenalkan diri, keluarga dan latar-belakang masing-masing. Di dalam majlis ini juga Puan Pengerusi dimaklumkan mengenai aktiviti-aktiviti PERWAKILAN yang telah dan sedang berjalan serta aktiviti yang sedang dirancang untuk masa hadapan.

Majlis diakhiri dengan sedikit jamuan ringan yang dibawa secara pot-luck oleh ahli-ahli PERWAKILAN.

Berikut di antara gambar yang sempat diambil sepanjang majlis tersebut..

Bergambar bersama Puan Pengerusi PERWAKILAN yang baru, Puan Karen George Abraham

Majlis suai-kenal