Friday 8 April 2011

Kunjungan Muhibbah

Pada Khamis 7 April 2011, PERWAKILAN dijemput oleh  Puan Anne Bechler atau lebih senang dipanggil Anne untuk majlis makan-makan di rumahnya di Bad Soden. Mencipta kemeriahannya yang tersendiri, majlis yang dimulakan pada jam 10:30 pagi tersebut dihadiri oleh hampir semua ahli PERWAKILAN. 
Nasi lemak bersambalkan sotong, rendang ayam, ayam goreng dan juga roti prata menjadi hidangan utama tuan rumah pada hari tersebut. Karipap yang didatangkan khas dari Malaysia juga sungguh enak sekali.. 
Anne seorang yang mesra, peramah dan senang berkawan. Berkongsi cerita dan pengalaman hidup beliau semasa merantau mengikut suami membuatkan kami tidak kering gusi.. sungguh menghiburkan. Untuk Anne, terima kasih daripada PERWAKILAN.. semoga persahabatan yang terjalin ini akan kekal erat sampai bila-bila.
Inilah antara gambar yang sempat diabadikan pada hari tersebut.
Antara PERWAKILAN yang hadir..

Puan Anne Bechler

Hidangan hari tersebut..

Bergambar bersama tuan rumah

 Sesi makan-makan..