Tuesday 31 May 2011

Welcome n Farewell

Selasa, 31 Mei 2010, rumah Puan Anne Bechler sekali lagi dimeriahkan dengan kehadiran PERWAKILAN Frankfurt. Welcome n Farewell, tema majlis makan-makan kali ini. Majlis yang diadakan di kediaman beliau di Bad Soden tersebut bermula jam 10:30 pagi. Kali ini tuan rumah memilih nasi campur dan mee goreng sebagai hidangan utama. Selain daripada pastri dan buahan-buahan yang disediakan oleh beliau, pihak PERWAKILAN juga tidak ketinggalan menambahkan senarai menu sediada dengan pelbagai kuih-muih sebagai buah tangan.

Untuk pertengahan tahun ini, PERWAKILAN Frankfurt menyaksikan beberapa ahli datang dan pergi silih-berganti. Puan Karen George Abraham isteri Konsulat Jeneral Frankfurt merupakan antara tetamu yang diraikan. Selain daripada itu, PERWAKILAN juga menerima kedatangan ahli baru iaitu Puan Shamsidah Salahudin yang baru memulakan tugas beliau di JPA Frankfurt bulan lalu. Manakala Puan Misnah Salikan dan Puan Zalina Zainal akan meninggalkan Frankfurt untuk mengikut suami menyambung tugasan di negara lain pada penghujung bulan depan. Menyusul 2 minggu selepas itu, Puan Noor Hayati Abu Noh yang bakal pulang ke Malaysia untuk meneruskan tugasannya di sana pula. 



Terima kasih sekali lagi kepada Puan Anne Bechler yang sungguh baik hati kerana sudi menjemput kami. Belum puas bersembang, terpaksa pula mengundur diri. Banyak pengalaman hidup yang dapat dikongsi pada pertemuan hari ini. Semoga kita mendapat manafaat daripadanya..

Sekitar majlis..

Puan Anne Bechler yang lincah di dapur


Puan Karen George Abraham (anggun berblaus hitam) - Pengerusi PERWAKILAN Frankfurt yang baru, manakala Puan Zalina Zainal (bertudung ungu) - bakal mengikuti suami bertugas di MAS, London penghujung bulan depan.


Puan Misnah Salikan (berdiri) - bakal mengikuti suami bertugas di Embassy of Malaysia, Seoul penghujung bulan depan, manakala Puan Shamsidah Salahudin (berkacamata) - baru memulakan tugas di JPA, Frankfurt penghujung bulan lepas.

Tersenyum manis, Puan Noor Hayati Abu Noh - juga bakal pulang bertugas semula di Malaysia setelah bertugas selama tiga setengah tahun di MATRADE Koln dan Frankfurt.