Thursday 2 June 2011

Semoga Cepat Sembuh!

Terbaru semalam, Rabu 1 Jun 2011 sekitar jam 10:30 pagi, PERWAKILAN Frankfurt berkumpul sekali lagi di rumah Puan Sharifah Noraida Syed Ibrahim di Bad Hamburg. Pertemuan kali ini bagi menziarahi suami beliau Tuan Syed Yahya Syed Othman atau lebih dikenali sebagai Tuan Syed yang telah selamat menjalani pembedahan jantung pada 29 April 2011 lepas. Suami beliau yang baru dibenarkan pulang ke rumah diberikan cuti sakit sehingga hujung bulan ini. Beliau yang suka berjenaka membuatkan kami tidak putus-putus ketawa. Walaupun sedang sakit masih ceria berkongsi cerita.

Untuk Tuan Syed, kami mendoakan semoga tuan cepat sembuh dan  dapat menjalani kehidupan seperti biasa secepat mungkin.  Juga semoga tuan sentiasa ceria dan diberi kesabaran dan kekuatan dalam mengharungi dugaan ini.

Berikut antara kenangan yang sempat dirakam..


Pengerusi PERWAKILAN Frankfurt, Puan Karen George Abraham menyampaikan cenderamata


Berkongsi pengalaman semasa di hospital


Tuan Syed dan isteri bergambar kenangan bersama PERWAKILAN Frankfurt