Friday 8 July 2011

Morning Coffee ~ Puan Karen George Abraham

Semalam, Khamis 7 Julai 2011 bertempat di kediaman rasmi Konsul Jeneral Malaysia di Frankfurt, majlis morning coffee pertama untuk sesi 2011/2012 telah diadakan. Majlis morning coffee yang dihostkan oleh Pengerusi PERWAKILAN Frankfurt, Puan Karen George Abraham telah dimulai beliau dengan tunjuk-cara membuat tosai dan chutney kelapa kepada ahli-ahli yang hadir.



Masing-masing berkesempatan mengambil giliran untuk membuat tosai sendiri..


Tosai yang sudah siap dimasak.. sedia dimakan dengan chutney kelapa atau kari ayam.. teksturnya lembut..dan rasanya sungguh enak sekali..

Tosai juga boleh distim

Kari ayam dan chutney kelapa.. kedua-duanya mudah disediakan.. menjadi pelengkap resepi tosai pada hari itu..


Di dalam majlis tersebut juga, PERWAKILAN turut membincangkan aktiviti-aktiviti yang bakal diadakan untuk tahun ini dan tahun hadapan..

Puan Karen juga berbesar hati untuk berkongsi koleksi resepi PERWAKILAN posting beliau terdahulu dengan ahli PERWAKILAN Frankfurt.. Terima Kasih Puan!

Selain daripada itu, PERWAKILAN Frankfurt juga turut meraikan dua ahli baru iaitu Puan Shamsidah Salahudin dan Puan Wan Nor Hasima Hj. Wan Abdullah... Untuk mereka berdua dan juga keluarga.. Selamat Datang ke Frankfurt... semoga kalian semua menyukai kehidupan di sini..