Wednesday 13 July 2011

Selamat Jalan..Puan Yatt

Sudah menjadi kebiasaan PERWAKILAN berkumpul untuk mengucapkan Selamat Jalan kepada mereka yang akan meninggalkan bumi Frankfurt samada meneruskan kehidupan baru di negara lain atau pulang meneruskan khidmat bakti di tanahair tercinta pula. Hari ini Rabu, 13 Julai 2011, kami beramai-ramai menghantar Puan Noor Hayati Abu Noh dan keluarga pulang ke Malaysia. Memulakan tugas pada Feb 2008 di Cologne sebelum pejabat MATRADE berpindah ke Frankfurt, beliau dijangka melaporkan diri di ibu pejabat MATRADE Malaysia pada minggu hadapan. Untuk puan..selamat maju jaya dari kami.. pastinya kami akan merindui kesedapan chocolate cake dan carrot cake puan! 



Turut hadir pada pagi ini, pengganti Puan Yatt iaitu Puan Siti Nordiana Mohd Akhir (bertudung biru)


Bergambar kenangan di Lapangan Terbang Antarabangsa Frankfurt sebelum berlepas..

Si comel Dina..anak dara Puan Yatt..